12 Aug 2010

Tampal, lekat dan tarik sekuat hati

Muka siapa takda blackheads atau whiteheads, sila angkat tangan! Penipu tu siapa yang angkat. Hahah. Confirm semua orang ada blackheads dan whiteheads cuma kuantiti banyak atau sikit tu yang menjadi perbezaan.

Kawasan tepi hidung adalah johan 'penternak' blackheads terbanyak di muka saya. Tepi hidung ya bukan batang hidung. Kat dagu pun ada jugak.

Sebelum-sebelum ini, saya guna Biore Pore Pack untuk remove blackheads di muka. Bertahun jugaklah guna the same product, tak pernah tukar-tukar sebab I thought they're the best!

Tapi few days ago, ketika 'melawat' Watson's tiba-tiba tergerak hati nak beli pore pack brand lain. Belek punya belek punya belek, saya capai pore pack brand Heal Pharm. Tawakal jelah elok ke tak sebab tak pernah baca review tentang produk nih. Tawakal innahu, dop teraa dop tahu ;p


Dengan yakin saya bagitahu Heal Pharm nih lagi best dan berkesan daripada Biore. Kalau Biore, 'hasil' tangkapan blackheads yang melekat kat atas pore pack tu tak banyak. I mean tak sebanyak bila saya guna Heal Pharm. 'Gam' pada Heal Pharm nih lebih kuat that's why kot lagi banyak blackheads yang berjaya ditarik keluar hohoho. Syiokk woo...kulit rasa licin je lepas blackheads yang degil dinyahkan daripada wajah ;p

Mahu tengok hasilnya???

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Serius nak tengok? Kang menyesal pulak. Horror okeh. Nih dah warning nih, kalau trauma sila tanggung sendiri.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Neyyyyyy...I'm not gonna put the picture here. It's too embarrassing! -____-"

Lepas habis 1 trial pack (condiser trial la sebab belian pertama adalah untuk percubaan) nih, I'm definitely gonna buy this product again!

Ohh BTW, bila dah cukup half an hour and nak remove the pack from the nose, silalah tarik sekuat hati sebab kalau tarik manja-manja kurang kesanlah gamaknya. Selamat memerangi blackheads di wajah anda! ;)


P/S: Product review semua free sajork dengan niat sharing is caring *matik la perli orang lagikkkk

8 comments:

R.S.A.L. said...

hahahha
aku takleh guner...
nanti tumbuh jerawat besorrrr atas idung aku..tatau ape pesai...~~ huuu~~

misSkiva said...

adoi...xtercabut ke hidung?...adoi..adoi...hik hik..over kau..

Dr.Senbe said...

nk 2-3 paket hntr sini? hehe

cc said...

RSAL,
ko tak cuci bersih kot lepas pakai? =P
ko blk kgkan???? aku jelessss!!!


misskiva,
so far guna blm prnh tanggal hidung lg. elok lg hidung ku..hihi


dr.senbe,
over ko nak sampai 3 packs? dlm tu ada bnyk lh!

Puteri Ogy said...

hahahaha.. i tot u really wanna put d pic..

jgn dik.. ahkak x lalu bukak pose sebulan nt.. hahahahah (tp menten scroll down ke bwh..kepochi kannn)

reena said...

Hahaha. Saspen je ingat nak buh gambaq. Siot tol. Dulu suka la letak menatang ni kat hidung, pastu lepas tarik strip tu, nikmattt. Hahahah bongok. Tapi dia cober area hidung je. Blackhead yang di luar kawan tu duduk la berkampung kat situ.

cc said...

puteri ogy,
haaa tau xpe, kang tak lalu mkn susah plak!
tp sy suka je tenung pore stripe tu, rs mcm "padan muka ko blackheads" hahaahahaa

cc said...

reena,
i buat jugak utk kwsn luar hidung, i potong stripe tu jd 2, lps tu lekat kat tepi2 hidung. kat situu bnyk sbb i punya pore kat situ besar2..huhu.
kretif x? =P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...