10 Aug 2010

Yaribba! Yaribba! Ke Mexico pula

Dah selalu sangat ke Italy, semalam untuk dinner saya ke Mexico pulak. 'Flight' jam 6 petang. Flight ke dapur menyediakan bahan-bahan untuk masak Chicken Tortilla Wrap ;p

Italian foods macam spaghetti, pizza and pasta dan selalu buat. So, semalam menekadkan diri untuk mencuba Mexican foods pulak. First time try buat Chicken Tortilla Wrap nih. Saya try cari resepi yang paling mudah, lepas tu adjust ikut selera sendiri. Konsep masak seperti biasa, campak-campak sajork. Hihih...


Kulit - Tortilla wrap
Beli kat Tesco. Beli yang dah siap. Koser nak buat (kalau buat entah jadi entah tak haha)

Bahan-bahan chicken filling:
Dada ayam
Bawang putih
Bawang besar
Halia
Cili
Capsicum

Cara-cara masak chicken filling:
Perap dada ayam dengan garam, lada hitam, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan sedikit serbuk kari.
Campak bawang putih dengan halia. Tumis sampai naik bau.
Kemudian campak bawang besar dan cili pulak.
Campak ayam ke dalam kuali. Kacau-kacau sampai masak.
Campak capsicum. Siap!

Sapu mayonnaise pada tortilla - optional. Kalau tak suka tak payah letak. Kalau tak suka mayo, boleh tukar dengan thousand island sauce.
Untuk menjadikan Chicken Tortilla Wrap makanan yang sihat, boleh letak salad, timun dan tomato jugak before letak chicken filling tadi.
Sedia untuk di ngap masuk mulut.


Saya masukkan tortilla yang dah siap diisi dalam oven sekejap, nak bagi kulit dia rangup sikit. Kalau malas tak payah pun takpe. Lepas balut-balut terus boleh ngappppp.

Yaribba, yaribba! Burpppp, Alhamdulillah. Kenyang.

Sekejap je buat benda nih tak sampai sejam. Nanti boleh buat lagi time bulan puasa sebab senang gila nak prepare keh keh keh.

4 comments:

Puteri Ogy said...

agak² kalau buat juadah bersahur kenyang x?? tehehehe

misSkiva said...

gud..gud...rajen sungguh cc nih..

mamarempit said...

bulan pose jgn letak gambo makanan ye...hahahha

cc said...

puteriogy,
kenyang. serius!


misskiva,
belajar2 nak jd isteri mithali ahkak..auwww~


mamarempit,
gmbo makanan?
itu sudah semestinya letak
muahahahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...