10 Sep 2010

Angpow raya

Selamat hari raya uols! Meriah tak suasana pagi raya tadi? Rumah saya sederhana je sebab tahun ni adik-beradik giliran beraya di rumah mertua. Tapi ada jugak yang beraya kat rumah. Abang No.4, Kakak No.5 dan Abang No.12 ada kat rumah. Haji Shuk pulak giliran kat rumah satu lagi.

Depa beraya kat rumah sebab yang sorang tu dah takda mertua, yang sorang rumah mertua dekat je kat Kluang and lagi sorang mertua beraya kat oversea.

So sebab pagi tadi tak ramai orang, kadar 'cukai' adalah masih ditahap minima ;p


Ketika process memasukkan 'ang pow' ke dalam sampul. Pagi tadi baru hulur dalam sepuluh sampul kat snak-anak buah. Yang lain InsyaAllah raya ke-3 nanti akan diberi habis bila kakak-kakak dan abang-abang saya balik sini.

Saya sengaja tukar duit raya lebih sikit, so nanti time beraya kat rumah kawan-kawan yang dah ada anak, bolehlah bagi :)



Yang dalam sampul Maybank tu untuk anak-anak sedara. 34 sampul yerr uols. Nasib baiklah tradisi bagi duit raya setahun sekali je, kalau raya haji pun kena bagi memang nangis time huluqqq :'). Yang dalam sampul InTrend extra allocation.

Kalau nak duit raya, sila datang rumah ok? Saya akan beri untuk budak kecik je yang dah ada segala bulu-bulu (you know what bulu Im referring to, don't you? Haha :p) tu kemmm salam nak dapat muahahah!!


P/S: Motippp sangats la sampul gambaq artis kan? Takda sampul lain la uols, saya beli majalah dapat sampul tu sekali. Belasah jelahhh. Takkan la sampul raya pun nak beli bagai kan? Kata cheapskate hohoh.

P/S/S: Anak buah saya baru bersalin 2 minggu lepas, so bertambahlah lagi sorang cucu saudara saya. Kena tambah satu lagi sampul duit raya for the newborn baby. Welcome to the big family cucu ku :p


- Posted using BlogPress from my iPhone

5 comments:

cikjun said...

kami punye raya langsung tak meriah...=(

cc said...

uik...mengapakah tidak meriah? semua blk rumah mertua ke?

cikjun said...

ya betol.wawawaaaaaaaa...!!!!
:'(

aS_c0mei said...

raya kat sini confirm la tak meriah.hohoho...

shop,u ada berapa adik beradik?macam ramai je.seronok time raya ni kalau adik beradik ramai kan.ehhe

cc said...

cikjun,
jgn risau..nt giliran dorg blk..meriah la rumah ko tu :)


as comei,
siblings 13 org..hehe. mmg ramai, kalau semua blk rumah pack gila

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...