18 Sep 2010

Ayam Penyet Benafe

Sejak puasa hari tu dok mengidam + teringin sangat-sangat nak makan ayam penyet Benafe. Kat KL mana nak dapat, ada kat JB sajork. Kat KL bukan takda ayam penyet, ada. Tapi..... (ada tapi huhu)

.....tak sedap.

Saya pernah try makan kat Ayam Penyet AP kat Wangsa Walk, tapi tak memenuhi piawaian dan citarasa tekak. Sebab dah makan yang lagi sedap, tu pasal rasa ayam penyet kat AP tu kureng best kot. Heheh.



Yummmmmy..!!

Habis licin nasi satu pinggan (nasi separuh pinggan je sebenarnya sebab separuh lagi dah 'donate' kat pinggan YB muahahah).

Tak tahu la apa yang lain ayam penyet kat Benafe dengan AP. Sambal belacannya kot. Sambal kat Benafe walaupun pedas, masih boleh dimakan dan ditelan. Yang AP punya sambal, pedas berapi. Wuuuu...pijar lelangit time makan tsskkk. Pedas tahap melampau. Serius.




Dia makan lagi banyak tapi aku yang besar. Howww??? *lap air mata :')

Waaaa...mengapalah kat KL takda Benafe? Kalau ada kan senang nak pergi makan. Ada tak ayam penyet yang best kat area KL, selain AP?

Ehh kat Wong Solo ada ayam penyet kannn?


- Posted using BlogPress from my iPhone

3 comments:

wahida said...

satu ag ayam penyet yg best kat lanai kijang, dlm bank negara...murah sgt dan sedap...5rgt je....murah giler...layanan high class..

p/s: cantik tudung raya ko kat entry raya tu...i loike.....:)

farrah said...

kat curve ada satu..waroeng Penyet..bg fara AP dgn WP ne..kat WP lagi sedap..

cc said...

wahida,
bank negara kt jln kuching/kinabalu tu ke? dkt je dgn ofis blh la try bila2 free nt hehe


farrah,
ok nt g the curve blh try. thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...