21 Sep 2010

Belajar dan hasil 'menconteng' muka

Adalah malu nak tepek gambar sendiri (walaupun di blog sendiri), apatah lagi membuat entry pasal make-up sebab tuan blog bukannya reti bermake-up sangat pun. Walaupun tiap-tiap hari pakai make-up. Huhu.

Itu pasal tuan blog telah mengambil keputusan untuk pergi ke kelas make-up akhir bulan lepas, dengan nawaitu 'sahaja aku pergi kelas make-up sebab tak nak membazir make-up yang sedia ada, ada tapi tak reti sangat nak guna'.

Bolehhhh...??? =P

(Ada ke si Awe dengan Pinot ingat haku pergi kelas untuk further master kat Shah Alam tu? Teori lagi satu, lagilah tak boleh blah. Aku pergi ambik kursus kahwin. Kejadahnyaaaa! Baik ambik kursus kat office nih haa, free sajork ahahah)

:: Gambarajah 1 ::

Muka make-up secara cincai boncai. Sendiri belasah cara pakai make-up based on baca from magazine dan tengok video. Ini gambar sebelum attend make-up class. Staff yang kata muka ku flawless pasti pitams kalau tengok gambar ini. Jelas kelihatan pimple scars di pipiku itew. Tsskkk.


:: Gambarajah 2 ::

Hasil kerja tangan sendiri di muka sendiri, selepas mendapat tutorial daripada cikgu make-up :p. Err, adakah muka saya kelihatan lain? Cikgu make-up ajar cara-cara pakai make-up from base sampailah ke lipstick (no specific way to apply lipstick tho). Make-up memang terasa tebal gila sebab guna Krayolan. Tapi serius tutup semua cela di wajah. Baik kesan lebam akibat tidak cukup tidur, jeragat, bekas jerawat mahupun redness tidak kelihatan sama sekali. Ahahahhhh!

Mata konon-konon nak buat smokey eyes, tengok cikgu buat jadi cantik je. Sendiri buat? Lu sendiri tengok la. Kah kah. Dah macam lebam kena tumbuk -__-"

Keluar daripada kelas, pelik tengok muka sendiri sebab tak pernah make-up tebal-tebal. Huhu. Kesat apa yang patut kasi kurang sikit ketebalannya sebab lepas kelas tu ada 'date' dengan Adik Hensem :p

:: Gambarajah 3 ::

Gambar di ambil selepas photoshoot tidak rasmi pada pagi 1 Syawal yang mulia (ecehhh!). Guna teknik yang cikgu make-up ajar, tapi alter ikut suka hati sendiri. Wahahah. Alter dari segi product yang digunakan. Haku mana ada barang-barang from Krayolan T___T. Guna teknik cikgu, make-up sendirian berhad. Yang pastinya, teknik shading yang dipelajari amat berkesan sekali! Kah kah kahhhh *joget-joget

Ok sebelum mengakhiri entry, ada 1 soalan yang perlu anda jawab.....


Baju raya saya cantik tak? Bye.
(nak tanya muka cantik ke tak, kang sentap pulak semua jawab tak cantik wakakakak)

12 comments:

Sayang.Ibu said...

baju raya cantik, org yg pakainya pun cantik. best ko dik, pi kelas mekap.. akak x pernah pi dan rasa mmg patot pi sbb mekap pun asalboleh sajorkkk.. hahahhaaa

yaNa MaLeK said...

cantik bj tuan punya baju pun cantik..kelasss tu gi belaja make up..berguna kah semua brushes tu?hehhehe sure konpom teror dah pasni sila buat tutorial ye!!..i la yg xpandai makeup gi opis dengan rupe simple itu je..hahaha

FAM said...

cantik!!! semua cantik dik oii. ;)

mamarempit @ Lia @ Norli said...

pas ni akak mtk ko jd tukang andam akak la...utk shooting (bukan tu naik plamin)..

baju adalah sangatttt ijoooo....cantik rr..beli kat mane????

misSkiva said...

mate nampak besor pada gambarajah 3..suke!..bibir comel..tp pling suke mate lah..

aZr|n said...

santek!

wahida said...

cantik2...baju ko mmg cantik...n ko pun cantik..pandai make up hang skrg....tahniah....

reena said...

Semua cantik babe! I like your baju raya. And maeup jugak.

cc said...

sayang.ibu
kembam lobam idom ku ahkak oii puji2 gitu..kah kahhh.
alerr akak tak g kls tp make up cunggg jahh


yana,
berus2 itew sgt2 bguna. ms g kls tu pun mmg cikgu suruh bwk klo ada brush. hihi
tutorial? aiyohhh, sgt la tak reti T__T

cc said...

FAM,
hinsss...hinsss (tgkkk kembang kempis lobam idom ku)


mamarempit,
make-up utk shooting @ photoshoot mmg kne tebal yg amat kak. lg tebal lg lawo..hoho
baju beli kt PKNS, shah alam

cc said...

misskiva,
ilusi optik..kih kihhhh
mataku kecik nmpk besooo =P


azrin,
mekasehhh *blushing

cc said...

wahida,
bole jd model utk photoshoot ko tak?
kah kahhhh


reena,
auwww..thank u laling

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...