2 Sep 2010

Dah sampai ke belum?

Tahun nih lain benar rasanya bila raya nak menjelma. Hati melonjak tak sabar nak balik ke kampung. Mood raya pulak awal-awal sudah datang. Sekarang nih mood kerja adalah yilek. Dalam kepala dan penuh satu badan mood nak raya. Macam mana tu? Siapa nak tolong? Hehehehe...

Lagi satu, sendu bila teringat kat kawan-kawan. Masing-masing dah ada life sendiri. Haluan semua lain-lain. Sorang tercampak kat sini. Sorang kat sana. Semua 'bersepah' duduknya, ikut rezeki yang dah tertulis.

Being me yang kadang-kala masih kuno dan bersifat sedikit ortodoks...


...aku titipkan kad raya sebagai pengganti diri mohon maaf zahir batin di atas semua salah silap yang telah aku lakukan.

Kad raya begini memang sudah ketinggalan zaman. Usah kata kad raya, snail mail pun dah hampir pupus. Mujurlah di sekolah masih diajar cara-cara dan format menulis surat. Kalau tidak, generasi akan datang pasti tak tahu apa itu surat. Siapa 'main' tulis-tulis surat sekarang? Semua guna emel. Hujung jari ajeeeee...

Tapi kad raya atau surat yang bertampal setem dan perlu di pos itu mempunyai sentimental value yang tersendiri. Setuju tidak?

Dulu waktu kecil remaja, kalau posmen bunyikan hon kat depan rumah terus menggelupur nak keluar. Tak sabar nak tengok apa posmen hantar hari tu. Time-time macam sekarang nih lagi la, mengunggu kad raya. Kalau dapat kad raya, sumpah senyum sampai ke telinga! Sampai ke petang tersengih tanda gembira, biarpun kad yang diterima sekeping cuma. Rindunya saat itu :')

Hidup dalam zaman serba-serbi canggih dan dikelilingi teknologi ni, apa salahnya sekali-sekala balik kepada yang purba...

Oleh itu, tunggu kad sampai ya kawan-kawan :)

10 comments:

reena said...

Hari i dapat my 1st kad raya for this year!

Jangan lupa pastu gantung-gantung kad tu. Hehe.

Eh, untuk i ada tak? Nak gantung ni.

Sayang.Ibu said...

dah lama x dapat mahupun hantar kad raya...sobsobbbb

hawa said...

thanks for the card c'lin~ baru dapat tadi...hu3

wahida said...

kad raya...suka2..sentimental value tu tetap ade oooo...aku pun masih menggunakan kad raya untuk bg kat kwn2 terdekat...tapi skrg setem mahal la...:(

cc said...

reena,
hr tu i nk mtk ur ofis address sebenaqnya, tp segan. takut u ckp poyo dekat pun hntq kad >.<

cc said...

sayang.ibu,
br thn nih start blk..dh lama tinggal. thn nih rajin lebih :p

cc said...

hawa,
sama-sama :)

cc said...

wahida,
tau xpeeee babe. aku post 1 card setem 50 sen okehhh...adododoiiii

hamzah ian said...

dah raye!!!!!

cc said...

hamzah,
amboi overrrr =P
blm lg la, sabar2...seminggu je lg..hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...