28 Sep 2010

Di sebalik tabir,

...sesi penggambaran filem Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat Keluarga Haji Shuk & Jah Mon pada 3 Syawal yang lalu (phewww semput baca senafas!)

3rd Syawal adalah sesi photoshoot yang official untuk family kami raya tahun ini. Sadly Abang No.12 cannot join us sebab dia kerja. Abang No.1 pun takda sebab beliau dah balik pada Syawal pertama. Jadi, Syawal ke-3 beliau standby di rumah sahaja menunggu kedatangan tetamu (agaknyalah). Adik pun tiada dalam gambar disebabkan beliau berada dikejauhan berjuta-juta batu di perantauan *Hi adik - waving (bluwekkk)

Kegiatan yang berlaku di rumah semasa tempat photoshoot sedang diset-up. Adik sibuk nak tengok secara live kemeriahan Aidilfitri di rumah. Maka, menjadi kakak mithali, saya pun on laptop dan sign in skype, lalu bermulalah lintas langsung di hadapan skrin komputer di antara Yong Peng dan Nashiville. Layankan saja budak kurang kasih sayang yang jauh tu (keji tak ayat? Kahkahhh)


Tengok muka teruja kakak menghadap adinda bongsu di hadapan skrin? Dikelilingi oleh anak-anak yang turut jakun melihat makcik di sana yang tak kurus-kurus. Wakaka.

Kakak: Ehh, jangan lupa aku nak kirim Corelle, Vision, Corningware, etc pot pet pot pet pot petttt...


Edisi mengembangkan lobang hidung. Yang lelaki tu, yang perempuan elok saja senyum. Nasib baik anak-anak buah masih ingat dan kenal pada Cik Yah. Tidak kalu mesti perempuan tu sentap! =P


Kan kelihatan macam dekat saja. Aku di hadapan skrin, kau di hadapan skrin juga. Walau terpisah beribu batu, kau tetap dekat di mata. Eceh!

Terima kasih teknologi!

Tak terasa adik dah berada lebih daripada 3 tahun di sana. Untung ada skype dan YM. Dulu zaman kakak menuntut di UK, teknologi macam nih tiada lagi. Surat masih menjadi pengantara kata, jadi pengubat rindu antara kakak dan keluarga. Paling hebat telefon dan emel.

Baiklah, back to business...

:: Versi kesopanan dan kesusilaan ::
(klik untuk membersaranlah - kalau nak)

Semua orang pandang kamera dan membuat muka layak untuk masuk dalam gambar.

Yang ini pula...

:: Versi kurang senonoh ::

Muka masing-masing mintak menampar hahahahaha. Cuba tengok pasangan doktor suami isteri tuh (kanan hujung, baku purple sedondon), bukan main lagi berpelukan di khalayak ramai. Over tau! Tak tau ke banyak under age kat situ? -__-"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...