15 Sep 2010

Dia datang...teng teng teng

Tajuk entry ada berbaur gedik tak? Sila jawab "takda". Ugut nih. Haha. Seperti tahun-tahun lepas (err yang nih dah kali ke-3 kot) YB adalah tidak miss datang beraya ke rumah. Selain malas nak dengar saya bebel bising berserta soalan; "kenapa tak datang?" secara bertubi-tubi, baiklah dia ambik keputusan untuk datang terlebih dahulu. Menunjukkan komitment yang begitu jitu kah kah :p

Brader nih memang dah paham sangat perangai gua, gua cakap lu!

Ohh seperti biasa, kedatangan adalah ala-ala nak kasi surprise. Sebelum tu saya call "Hari ini buat apa? Datang Yong Peng tak?". Dia jawab tak datang, tengah beraya rumah pakcik kat Perling ke apa entah. Alih-alih muncul di halaman rumah. Datang tak bagitahu, memang ku sambut dengan muka tak siap :')

:: Ini bukan YB ::

Datang haruslah bawak 'ecsort', demi menjamin keselamatan katanya. Haha. Nasib baiklah ada kawan baik yang sudi temankan. Huhu. Tahun nih tak dapat nak main Wii macam tahun lepas yerr. Kakak sudah angkut itu mainan ke rumah dia. Tahun ini datang raya dengan konsep makan sampai kembung :p

:: Ini barulah YB ::

Hensem Elok pulak gambar YB saya snap guna iPhone nih. Cukup lighting jadi elok la kot, kalau malam hazabbun. iPhone takda night mode ka? :p

Nak bagi tepukan berdiri kat pakcik nih, sebab 'berani' menyahut cabaran datang beraya hari raya ke-3. Sesungguhnya hari raya ke-3 tu rumah saya penuh gila. Semua adik-beradik pakat ada kat rumah sebab petang tu kami punya family photoshoot.

*kembang kempis lobang hidong gua derr

Kah kah kah kah kahhhh!!!

:: Gambar tipu ::

Sesungguhnya time YB datang saya memang tak bersiap apa. Alih-alih anak saudara jerit dari anjung rumah "Cikna, kawan Cikna datangggggg! Lelakiiiiii!". Siap mention lelaki, sumpah tak tipu. Haha. Skodeng sikit dari pintu dapur, sah la memang lelaki kesayangan yang datang (abis takkan orang lain pulak? wakakak). Terus zasss capai tudung, tempek bedak baby sikit kat muka (itu je pun yang sempat huhu). Dengan muka pucat lesi berserta mata panda, saya sambut kedatangan si dia pujaan hati. Nasib la YB oii, tadah jelah muka haku yang tak menyelerakan di saat itu T___T.

Dah la tayang muka tak siap, pakai t-shirt dengan seluar jeans je pulak tu. Lagi sekali, nasib lu la YB -__-"

.

Tahun ini baru kali pertama mahu menghadap keluarga 'bakal' (ahaiii malu nak sebut kah kah). Lutut adalah ketaq, gigil semua ada. Macam-macam persoalan muncul dalam kepala.

Nak pakai baju apa?

Nak bawak apa?

What if 'mereka' tak suka saya?

Tskkkk. Takuit.

Ini tahun ke-5 kami berkawan, tapi baru first time nak menghadap keluarga dia. Lambatnya? Ada sebab. Dia sebenarnya nak kasi chance kat abang dia yang first tu bawak balik calon dulu. Tapi, sampai laa ni takda bayang calon, terpaksa la potong queue jugak. Dulu dah kena potong dengan abang yang nombor dua. Tahun ni kena potong dengan adik bongsu pulak. Cheq tumpang lalu naa abang besaq :p

Ada tips bagus untuk diaplikasikan ketika berjumpa 'bakal' tak? Mintak tips sikit *kelip-kelip mata.

Esok mahu menghadap keluarga 'bakal'. Dup dap dup dup dup duppppp dap dap.

9 comments:

cikjun said...

sy ade pengalamn..haha

reena said...

Tips? Buat gedik2. Haha. JK. Tak dak tips sebab dah tak ingat macam mana 1st time pi umah bf (Sebab dah lama sgt. Heh). Sekarang pi umah dia pun dah buat macam rumah sendiri siap buat kuak lentang. Huhu.

~eiyra~ said...

Be yourself.. jaga sopan santun insyaallah.. selamatttt..hehehe..

waNny said...

hahaha .. i pegi kt Ganu siap cik C.. dah la time tu tgh hangin mode ngn si comet. pastu gi kemaman. tetiba je sampai ke dungun. tsk.

tips die.hmmmmmm .............

jangan menyampuk sgt ape derang berckp. tp kalu YM duk rumah parent susah gax.coz mcm i comet duk KL parent duk ganu. hahahahahahha

so maybe just be urself and jaga sopan la kot ;)

Azryn said...

sopan santun kena jaga, x salah peramah, tapi jgn sampai macam tertelan cd...hihihi...

bila dh konpem nanti jgn lupa jemput akak yer adik manis...

swit@kon said...

saya takde pengalaman lagi. tapi kan...erm. satu je tips nak bagi. "be yourself". adalah few things yang rasa2 tak seswai tu,takyah la kan. tapi jadi diri sendiri je. kang terlalu kontrol payah pulok kan?

gud luck babe!:)

miss mumun said...

alhamdulillah.. dah slamat kan? hihi..

mamarempit @ Lia @ Norli said...

buat biase2 jer....cam dh kenal 10 taun...hehhee

cc said...

terima kasih semua di atas tips dan bukan tips yg tlg anda berikan :p

Alhamdulillah, all went well :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...