22 Sep 2010

Dulu kecik, sekarang...

...besar punyeeee!

Apa?
Siapa?

Yang besar haku jelah kot. Sobsss. T___T
Ehh tak, ada lagi yang lebih besar. Tuuuuu...si Zain bakal ketua kampung tu, lagi besar. Memang dari kecik besar, dah besar...bertambah besar :p *hampon Pak Jen =P

Since start puasa (ke sebelum?) puasa hari tuh, saya dengan kawan-kawan lama plan nak buat reunion. Reunion untuk batch tadika KEMAS. Gila old skool! Haha. So, bertindaklah diri ini sebagai peng-contact kawan-kawan. Yang mana bagi kerjasama tu Alhamdulillah la, senang dihubungi dan datang. Ada yang cuba dihubungi tapi haremmm tak reply langsung SMS. Penat tau haku berusaha cari nombor telefon dorang, tapi nan hado nak balas bila haku mesej. Huhh nyampasss!

;p


Yang lelaki tuh tuan rumah. Thank you Zapi sebab sudi men-sponsor halaman rumah ko untuk dijadikan tempat perjumpaan :D

Yang baju coklat tu sekarang kerja kat Singapore. Duduk JB. Lama gila tak jumpa dia sebab masa form 1 @ 2 dia pindah Perak.



Tidak le ramai yang dapat hadir, ada lah lebih kurang 10-12 orang. Ada yang last minute cancel. Ada yang datang sekejapan cuma. Tapi itu kira okay lah kan, at least tunjuk muka jugak and support event yang kawan-kawan buat.

Yang baju merah tu kerja kat JB. Saya tanya kerja dengan company apa, dia jawab; company biasa-biasa. Cessss jawapan sungguh tak memberangsangkan.

Yang sebelah baju merah tu tak tahu kerja apa, tadi dalam Facebook asyik la dok update status berbunyi; mahukan RM90,000 - RM200,000 dalam masa 2 minggu? PM saya untuk mengetahui rahsianya. Saya skodeng FB dia, rupanya dia join club apa nama tu yang semua drive kereta mahal?

Yang hujung sekali dan yang 'maintain' besar tu lah bakal ketua kampung. Keh kehh kehhh... Taukeh air soya dan tauhu. Siapa tak kenal, satu kampung beli tauhu dengan dia.


Ini 'avang' yang baru balik dari Jepun. Takdalah baru sangat, tahun lepas kot dia balik. Engineer kat company apa entah lupa nama huhu. Bawak kereta Mazda Rx8 y'all! Bila entah haku nak dapat tumpang naik kereta mahal dia tu kih kihhh ;p

Yang baju kuning antara nampak dengan tidak dalam gambar tu kerja kat majlis daerah. A father to be, wife dia pun datang malam tuh. Sedondon pakai kuning.


Yang tudung hijau nih perlu ke nak diperkenalkan? Tengok pipi dah tau siapa. Wakakak. Heppp, jangan komen lelebih tang pipi haku yerr, kang haku sentap! (sentap lagi, lempang mau?)


Member saya yang nih rumah dia dekat je dengan rumah saya. Dulu waktu sekolah menengah pun sama sekolah. Selalu sangat pergi pekan naik motor dengan dia. Dua-dua takda lesen belasah je (anda pembaca takde kerja dengan JPJ kan? Kan?). Dia muda setahun BTW. Kira satu batch jugaklah sebab walaupun dia masuk sekolah Tadika umur 5 tahun dan kami 6 tahun. Ohh lupa pulak, beliau ialah cikgu.


Sambil catch up latest news daripada kawan-kawan, sambil menikmati hidangan yang telah disediakan oleh tuan rumah. Heeeeee~

Mee Kari yang nom nom nom.

Tengok la dia punya isi, tak ke ghairah teruja nak makan?

Ayam panggang berempah.

Tengok macam tak semenggah kan? Tapi ketahuilah ianya sooodap! 2 ketul selamat mendarat ke dalam perut malam itu.

Nasi impit berkuah kacang berserta err...aksesori mee kari.

Ini si baju merah punya kerja. Kami yang wanita nih berat bontot malas nak bangun banyak kali. So, mintak tolong la kat dia ambik kan nasi impit dengan kuah kacang, untuk dimakan secara berjemaah. Ambikkkk...sekali datang, bukan takat kuah kacang, siap tauhu + taugeh + cili merah dia bubuh atas tu.


Siap ada acara membakar duit yerr malam tu. Entah siapa yang sponsor bunga api 24 das tu tidaklah saya pasti. Abang kawan saya yang bertindak sebagai tuan rumah kot. Seram je tengok bunga api meletup-letup atas kepala.


Yang lelaki paling 'halus' kat belakang tuh la photographer. Gambar-gambar yang takde watermark nama saya tu semua gambar dari kamera dia. Gua rembat dari FB keh kehhh. Dia sekarang jadi photographer as part time job. Ok gak hasil kerja dia walaupun newbie.

Yang baju kurung putih tu datang lambat sikit, that's why dalam gambar-gambar kat atas takda muka dia. Kerja apa saya adalah tidak tahu. Huhu. Haku tak kuasa nak tanya. Bolehhh? Muahahah. (tu anak bini muda Haji Shuk yang sebaya dengan gua. Gua malas nak explain @ elaborate lebih sebab nanti gua emosi. Lu orang tau la sebab apa...)

Overall, seronok sangat jumpa kawan-kawan lama. Gelak memang tak hengat punya. Pot pet pot pet tengok jam dah pukul 11 lebih. Lincah angkat punggung, takkan nak sembang sampai tengah malam?

Dorang ada plan nak buat reunion untuk batch 1985 pulak, lebih grand dengarnya. Malas nak pikul 'tugas' lagi. Pass baton kat orang lain pulak la. Hehe (pandai je gua nak mengelat =P)

5 comments:

misSkiva said...

hu mak eh..tadika tuh..dasat..dasat..

Sayang.Ibu said...

hadoiiii..reunion tadika pon ada ke dik?? caya laaaahhhhhh

cikjun said...

yg penting, anak haji shukur yg itu pon pic nyer ade bersame2 ko..ngehehe

cc said...

misskiva,
hehe tau xpe!


sayang.ibu,
idea spontan..hehe


cikjun,
kawan comolot ko kn?
wakaka

Dr.Senbe said...

ko lg lawa dr hapizah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...