27 Sep 2010

Ini bukan entry keji

Selamat hari Isnin untuk semua orang!

How was your weekend? Mine was errr...how to say eh? Hari Sabtu macam hilang, tetiba dah hari Ahad. Begitulah lebih kurang.

Ahad dipenuhi dengan aktiviti tidur. Bangun tidur lambat, petang tidur lagi. Kah kah. Memang Ahad yang sungguh tidak produktif. Siang lemau, tapiiii...malam cergas bukan main. Buat laundry dan menggosok baju kerja untuk stock seminggu. Clap clap clap! Sudah berbulan lamanya tidak menggosok baju secara pukal. Jadi, malam tadi bila dapat menggosok 5 pasang baju, siap dengan tudung sedondon, iadikira sebagai satu kejayaan! =P

Sabtu adalah sangat meletihkan. Memandu lebih daripada 6 jam hanya untuk ke sebuah majlis perkahwinan. Tempatnya tidaklah begitu jauh, tapi sesat dan 'de tour' yang tak patut menyebabkan masa terbuang begitu sahaja. Tak seronok I tell you.

Disebabkan terlebih tidur pasa siang hari (semalam), malam tadi saya masuk tidur jam 430 pagi (lebih kurang). Terfungus-fungus (terkulat-kulat?) dan terpisat-pisat bila perlu bangun pagi tadi. Tapi, tak apalah walaupun Monday tidak dialu-alukan, perlu hadapi juga.

Berharap Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis berlalu dengan cepat minggu ini kerana tak sabar menanti hari Jumaat tiba.

Selamat bekerja untuk semua orang!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...