28 Sep 2010

Menjadi diri sendiri

Aku kagum dengan orang yang boleh menulis dengan bahasa yang bagus-bagus. Yang vocabulary-nya canggih-manggih, puitis. Kadang-kadang aku malu dengan diri sendiri. Tulis blog entah apa-apa. Bahasa tunggang-langgang.

Aku kalau masuk blog 'mereka' ni, jangan harap nak tinggal jejak. Sebab aku segan nanti 'mereka' masuk ke blog aku menggunakan blogger ID tu (tu pun kalau depa sudi klik ID aku la haha). Lepas tu kang, 'mereka' baca pulak entry-entry aku, malu aihhhh.

Lagi satu, kalau nak komen blog mereka yang puitis bahasanya nih, kena ikut tune. Takkan bahasa orang tu dah indah-indah, kita nak cacatkan dengan bahasa cacamarba? Lagi sekali segan. Huhu. So blog genre puitis dan menulisan kristis macam ni memang jarang-jarang aku baca. Err...sekali sebulan bolehlah kot? Haha.

Itu aku la, orang lain aku tak tahu. Kalau ada yang kata melalui penulisan macam tulah kita boleh belajar. Well I guess, aku belajar dengan cara aku sendiri.

Tapi, bila aku fikir balik...

Untuk apa aku malu sebenarnya?

Yang menulis di sini adalah diri aku yang sebenarnya. Aku tak perlu berpura-pura nak menjadi sesiapa. Buat apa nak ikut-ikut orang kan? Aku tulis benda yang aku nak. Mostly, benda-benda yang aku suka. Blog inipun tiada tema. Aku 'bubuh' segala macam cerita dalam blog ni. Rojak.

Kalau aku tengah happy, aku tulis la benda-benda yang happy. Kalau aku tengah tak happy, maka entry yang keluar pun haruslah yang berbaur emosi =P. Entry blog sejajar dengan mood semasa tuan punya badan yang penulis. Kahkahkahhh.

Samalah macam aku baca blog orang. Kalau boleh aku tak nak beratkan kepala otak baca cerita yang semuanya emosi. Semua cerita tak gembira. Cerita jiwa kacau. Adoiiii...lemahhh okeh. Lemah dan lemau. Kalau setakat 1-2 entry emo-emo takpelah jugak, tu normal (kan?). Ini kalau semedang hidang cerita emo, simbol 'X' aku tekan laju-laju kekeke.

Aku tak faham macam mana ada orang boleh jadi lain kat luar, lain dalam blog. Contoh macam, dalam blog 'nampak' macam peramah tapi in real life pendiam NM. Kira macam fake la. Tapiiiii...ada jugak yang dalam blog nampak mean, kat luar memang ternyata mean. Hahahaha. Well, aku dah jumpa dah orang macam nih. Kalau tak jumpa, tak terbukti depan mata takkanlah aku suka-suka je nak buat cerita? Tak koserrrr.

Kalau orang yang dah kenal aku baik kat luar mahupun dari dalam blog, takkan punya cakap aku sombong. Kalau yang cakap aku sombong tu tak lain dan tak bukan...orang yang tak kenal aku. Tak kisah, dah biasa. Sombong is my middle name =P

SEKIAN bebelan tanpa sebab.
KESIAN anda sebab baca. Kahkahkah.

9 comments:

Puteri Ogy said...

ya..saya sokong!! (tiba2)

reena said...

Haha. Apa contoh blog 'puitis' ni?

I plak cara tulis ikut emosi semasa. Tu yang sat 'aku', sat 'saya' la apa la. Kadang plak rasa macam nak bebahasa baku kebangsaan gitu. Entahlah. I ni sewel skit kot. Tapi one of the most compliment paling best i pernah terima tentang blogging ni ialah "dlm blog hg sebijik macam kat luaq" which my own friend la yg cakap.

Hish u manada sombong. Muka je nampak garang kalau tak senyum :p

P/S: Sapa mean kat dalam, mean kat luaq ni? Haha.

misSkiva said...

ish..cc ni mmg sombong giler ah..giler pon xsombong cm die..hakhakhak..gurau je..;)
cc sempoi..da penah jumpe..suare cm org nak nanges..penah x org ckp cmtu?..hikhikhik

ayydan said...

aku aku???
aku cane?

dlm dan luar blog sama tak?
mesti tak sama kan??

wakakkakakak~ =P~

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

same la weh....kdg2 mula2 ayat...ayat pertama je..ayat ke2...ke lautttt...hahaha

Ita Shadila said...

aku ske gossip, tp dlm blog aku x bergossip sbb takut org yg digossip baca blog aku

releven x komen ni? hihihi

cc said...

puteri ogy,
ya marilah menyokong bakal YB anda..keh keh (tetiba jugak)


reena,
alaa yg tulis entry pjg2 mcm karangan spm tuh. pastu bhs vadevas. xpun, entry tak pjg tp semua mcm sajak..huhu.

ala u know who, gedix tau saja tny2..haha


misskiva,
suara kite serak ekk? tp pelik la sepjg kwn dgn YB kan, dia tak prnh lak kata suara kite serak >_<

cc said...

ayydan,
ko kat blog lain sket, some restrictions maybe? kt luar kalo dh datang sengal nye tuh xdpt la nk tolong..kakaka


lia @ norli,
bhs skema2 apa brg kn kak? dl dh puas tulis essei ms sekolah =P


ita,
ko tumpang baca goss kt blog org lain jadi lerr..keke

ayydan said...

haha..

itu namanya "camouflage" :P

babe, thanks tadik yer...i lambat dua minit..gugugugu~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...