21 Sep 2010

of M.A.C

Akibat menulis ayat berbunyi begini;
"Staff kata muka saya flawless hari ini, perasan kejap =P (terima kasih make-up!)"

...saya telah dihujani (ceh over padahal 2-3 orang je yang tanya kah kah) soalan daripada ahkak-ahkak dia Twitter. Ohh ya, Twitter adalah salah satu sebab mengapa blog ini agak sendu sejak kebelakangan ini. Seronok berkicauan di Twitter heheh. Marilah join kami di Twitter (wah, dan-dan jadi duta Twitter ke apa nih?) Wahahah!

Free ads katanya. Oppssieee!

Okay, sebelum menyimpang jauh dan tersasar sebagaimana entry seblum ini, elok saya pulang semula ke pangkal jalan dengan menulis ke perkara asal.

:: Rembatan di M.A.C, KLCC ::

Menjadi GF durhaka dengan membeli benda-benda di atas tu, sebab YB dah sound awal-awal before saya terjah KLCC tempoh hari. "Tak payah beli apa-apa, kang hujung bulan takda duit merengek kata takda duit."

Kena sedasss! Being me yang rebel, apa haku pedulik kalau dah niat nak beli tu, tetap beli jugak. Wahahah. Adik-adik jangan ikut perangai ini.
So, benda yang telah dibeli ialah:

MAC Studio Fix (NC35*)
Beli ini bagi menggantikan Studio Fix with SPF. Studio Fix lagi murah RM105 saja berbanding Studio Perfect with SPF 15 Foundation (refill RM140 - if I'm not mistaken). Kalau dengan casing, RM160 (sekali lagi kalau tidak silap). Saya pilih yang murah sebab function is totally the same, yang membezakan cuma tiada SPF. Kerja dalam air-cond tak payah nak SPF bagai :p

*Edited: NC35 for my skin color

Next,

MAC Mineralize Skinfinish Natural (*Edited: Medium Dark)
Purposely beli untuk buat shading. Pipi daku kan boolat yang amat, jadi perlukan shading untuk mengempiskan sedikit tahap ketebalan pipi. Kah kah. Shade @ tahap kegelapan yang perlu dibeli adalah mengikut warna kulit masing-masing. Yuri (SA di M.A.C,KLCC) kata kulit saya fair, so medium dark sudah cukup untuk saya. Ohh, bercakap mengenai Yuri, dia sangat baik. Definitely akan cari dia bila ke M.A.C lagi!

Next,

MAC Fix +
Masa attend make-up workshop hari itu, the make-up artist yang introduce benda ini. Boleh sembur before and after apply make-up. Hasil selepas menggunakannya? Make-up tahan lebih lama and my skin became less oily. Saya adalah sangat sooka! I personally think that this is a must have item untuk orang yang hari-hari bermake-up.

:: Free sample ::

Yuri gave me this Lightful Deep Ultramoisture Creme sebagai free sample. I'm totally loving it! Dah la bau best, the product itself memang best sebab walaupun texture dia creamy, tak buat kulit saya berminyak. Sample dah nak habis so gonna get this one later.

(Kot ada sesiapa yang baca ni bertugas sebagai SA, jangan la kedekut bagi free sample kat customer @ potential customer. You see the impact of free sample berdasarkan cerita di atas?)

My everyday make-up ke office adalah sangat simple. Untuk muka; toner and moisturizer seperti biasa + Clinique foundation + The Body Shop loose powder. That's it.

4 comments:

Sayang.Ibu said...

akak pun pakai bedak studio fix tu je, murah sket.. eh mac fix + tu mcm best jer, brp hinggit dik?

cc said...

studio fix murah kan. klo tau beli tu je dr dl. org MAC mmg suka introduce brg yg mahal2..cissss
fix+ tu rm68 sajork :D

no need to reveal said...

sebelum ni kita pakai studio fix pastu tukar pada studio perfect tp rasa cam sama je hehe tp lepas ni ingat nak tukar balik laa studio fix huhuhu

ubabe said...

Same! BF pun selalu cakap "Tak payah beli apa-apa, kang hujung bulan takda duit merengek kata takda duit." Tapi xmampu mesti nak jugak beli :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...