2 Sep 2010

Perkara-perkara yang membuat saya berfikir hidup perlu diteruskan

(Tajuk entry adalah sangat over)

Hari ini hari Khamis. Esok hari Jumaat.
Hari Khamis minggu hadapan Insya-Allah sudah pulang ke kampung. Pulang ke pangkuan ayah dan ibu. Bahasa sedap sahaja, mana mungkin saya muat lagi duduk di pangkuan ibu T__T
Hari Jumaat minggu hadapan pula Insya-Allah ummat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut Aidilfitri. Tak sabar wohhh! 8 hari je lagi.

Sekejapan sahaja kau hadir wahai Ramadhan. Walaupun sedih, aku gembira kerana kepergianmu akan digantikan oleh Syawal.

Insya-Allah mengikut perancangan, saya akan pulang ke kampung hari Rabu minggu hadapan. Tak sabar nak temankan Jah Mon berbuka puasa. Jadilah, walaupun cuma 2 hari terakhir. Sedih sebab Abang No. 7 kata Jah Mon berbuka sorang-sorang on weekdays, setiap hari. Haji Shuk? Di rumah satu lagi, setiap hari. Menemani isteri muda yang dah tak muda berbuka. Isteri sedang uzur, perlulah dijaga. Tanggungjawab suami, bukan?

Kalau diberi pilihan, memang saya nak duduk saja di kampung. Cari rezeki di kampung halaman. Kalau dapat kerja dekat dengan rumah lagi bagus, boleh berulang saja dari rumah. Boleh temankan Jah Mon setiap hari. Ohh, Abang No.7 cakap hari tu Jah Mon demam, muntah-muntah. Penat sangat barangkali, terpaksa masak 'punjungan' seorang diri. Disebabkan tiada yang membantu, terpaksa masak 3 kali.

Tau punjungan itu apa? Itu bahasa Jawa yang membawa maksud memberi jiran tetangga juadah berbuka puasa. Kat kampung dah jadi tradisi. Seronok tahu kalau dapat punjungan. Boleh makan macam-macam jenis lauk-pauk time berbuka. Hehe. My favorite sudah semestinya Ayam Masak Kicap. Lebih enak kalau dimakan dengan nasi impit. Nom nom...

Tengok Jah Mon, beranak ramai-ramai tapi tak sorang pun duduk dengan dia. Anak-anak semua merantau cari rezeki. Dah tertulis rezeki kat tempat orang, terima dengan hati terbuka sajalah. Tapi, tak apalah anak-anak kan harta akhirat.

Bukankah bila seorang anak Adam itu menginggal dunia, maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu:
  • Doa anak yang soleh
  • Amal jariah
  • Ilmu yang boleh dimanfaatkan orang lain


3 harta inilah yang akan membantu ketika di akhirat kelak. Harta dunia macam rumah besar, kereta mewah, handbag Chanel mahal akan ditinggal jua. *Muhasabah dan peringatan untuk diri sendiri

Jauh punya 'konar'. Daripada cerita pasal raya terbagi tazkirah pasal harta pulak. Huhu. Sekian tazkirah cerita hari Khamis.

10 comments:

isz_3707 said...

aku pun suka ayam kicap tp xpenah plak dpt time puasa, pg raya adalah.

tu yg anak ramai, anak sorang (setakat ni) ntah macamana la karang

mamarempit said...

org YP & BP masih amalkan lagi ek munjung2 ni...tapi kt labis tk jumpe la...sbb jawa tk ramai....

mamarempit said...

sedih la kt Jah Mon....tp tak pe..nt raya semua balik kan....

reena said...

Sian Jah Mon..Hmm..

Bestnya punjungan. Dapat rasa macam-macam lauk. Kira macam pot luck eh?

fatenton said...

yeah 8 hari lagi nak raya dah :D

cehhhhh patutlah i masuk blog u invalid!

hohohoho ;p

cc said...

isz_3707,
kt kg tetiap weekends confirm dpt. thn nih sedih la xdpt blk time puasa...rindu nk mkn mcm2, masakan jhr

akak, bsyukur la ada sorang (ada plan nk tmbh x? hehe) drpd takda langsung. harta tu kak :)

cc said...

mamarempit,
labis ramai keturunan apa kak? banjar ke?
this year turn beraya kt rmh mertua, tp mana yg xde in law @ in law beraya kt tmpt lain tu blk kg la. yg lain blk ry ke-3 kot

cc said...

reena,
tulahhh...thn nih mesti dia terasa sgt keseorangan sbb thn lps i still kt kg lg (alamakkk sebakkkk tsskkk)

potluck yg complete set. hehe. sayur, lauk, nasi..suma cukup :D
best gilaaa tau

cc said...

fatenton,
i lupa nk inform...my bad T___T

skrg sudah valid kn kn kn? eheehhh

azrinna said...

cc,
org jawa jgk kh? samala kita. klu dpt punjungan byk sgt mmg tk termakan. lastly jdi pujungan utk ayam plak.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...