6 Sep 2010

Raya checklist!

Tahun nih beriya nak beraya, mood datang sangat cepat tanpa dapat ditahan-tahan. Agaknya inilah penangan orang merantau kot? Dok terbayang kampung halaman desa terchenta. Ecehhh! Tak sabar mahu pulanggggg

Wahai perantau-perantau di kota. Pulanglah ke desa berhari raya...

Preparation memang over the budget as usual. Malam tadi kan lepas iftar berdesup pergi IKEA. Then, balik sambung merambu berjalan lagi, ke Jalan TAR pulak. Sampai situ pukul 11 lebih, Abang No.7 kata; "Sejam lebih je. Pukul 1 sila standby untuk balik". BAIKLAH >_<

Ishhh...orang kat KL nih memang tak reti tidur ke apa eh? Tengah malam + pagi-pagi buta pun sakan je shopping *matik la buat statement keji orang KL. Bahang nak raya tu memang terasa sangat-sangatlah kat sini. Bazaar kat belakang Jalan TAR tu MasyaAllah memang sesak dengan manusia. Booth banyak gila. Saya ikutkan je kaki nih ke mana dia nak pergi. Sepanjang-panjang lorong tu saya terjah. Kata first timer kan? Agak jakun di situ. Heh.

So, barang-barang yang ingin dibeli dah dibeli. Cuma belum cukup memuaskan hati sebab belum dapat cari tudung glam yang sesuai untuk baju warna hijau (one of my baju raya). Esok hari last di KL before balik Johor, mau terjah Jalan TAR buat kali yang terakhir. Tudung glam perlu dicari :p. Muahahahahah.

My raya checklist:
Baju raya - checked (2 beli ready made. 1 dah siap lama. 2 lagi last week baru hantar kat makcik tailor, InsyaAllah sempat siap) *Ehh tetiba banyak pulak baju raya haku?
Tudung raya - 'selai' je lagi thehehhhe. esok mesti cari sampai jumpa!
Brooch - alamak belum beli!
Duit raya -checked (sampul duit raya tak ada la pulok)
Kasut raya - tak payah beli. pakai je yang sedia ada, mana-mana yang match dengan baju
Biskut raya - checked (beli tart from Kak Ilot and beberapa jenis lagi daripada staff kat office)
Hadiah Jah Mon + Haji Shuk - belum wrap, kena beli wrapper
Pam tayar kereta + isi minyak - malam esok buat

Apa lagi ehh?


Anda punya checklist bagaimana? Sudah lengkap dan hanya perlu tunggu kedatangan 1 Syawal sajakah?

6 comments:

Sayang.Ibu said...

apsal baju raya & tudom raya utk hadiah ahkak x masuk dlm list tu??? muahahhahahaaaa.....

misSkiva said...

hamboi..tuuu dia penangan duduk diperantauan..hehe..
best kan..taun ni akak raye ikat perut..kire duet raye pon berpinar2 je bijik mate..kenape musti roadtax ku mati ini bulan...sob..sob..sob..

ella said...

i tak suka jln tar tu sebab sesak dan panas, KECUALI, masa bulan pose sbb nak amik bahang nak raya tu.. boley?? tp thn ni dpt pegi skali je, jd larr..

anyway, checklist raya ni mmg sampai bila pon tak abes la.. i pon mcm, alamak time ni la lipstik feveret nak abes, blusher abes, kete tak basuh lg nak balik kg. tu blom kira mop lantai umah, vacuum kapet, sapu sawang. semua belom buat! arghh mcm2 la!!

cc said...

kak ely,
motipppp?
blm ckp kayo la kak. org kaya gaji 40k pun xde baik ht nk blanje org oppsss :p

cc said...

misskiva,
adoih sy sgt bsimpati.
next year sila allocate duhet siap2 utk renew roadtax hehe

cc said...

ella,
mmg hazabun la pegi jln tar (esp bazaar) ckp la pegi skali...nk 'rasa' punya psl huhuhuhu

houseworks blm masuk dlm list sbb semua2 tu confirm kena buat bila blk kg nt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...