20 Sep 2010

Rebellicious. Tentang bertunang

Ada ke such word?

Perihal dan kisah tentang bertunang

Cerita 1:

Aku sentap sikit la sebab weekend baru nih member sekolah aku bertunang. Dia jemput kawan-kawan rapat, yang rapat dengan aku pun dia jemput. Tapi aku tak termasuk dalam senarai. Kalau kau jadi aku kan, kau sentap tak? Mungkin aku tidak termasuk dalam kategori kawan rapat dia lagi kot? Haha. Lantak.

Bukan apa, dulu dia ada cakap nak order cupcake @ cake kalau dia bertunang. Alih-alih tau dah bertunang. Oii, aku bukan sentap sebab dia tak jadi order cupcake @ cake la! Aku memang dah tak amik order dari Johor. Gila ke? Aku kat KL, dia bertunang kat Johor. Siapa nak ambik, nak hantar? Ke dia yang sentap sebab aku tak dapat nak buatkan cupcake @ cake untuk majlis tunang beliau? Kah kah.

Takkan la kerana cupcake @ cake, sampai macam tu sekali =P

.

Cerita 2:

Ada sorang lagi member aku, dulu bertunang buat majlis jugak. Pun aku sentap jugak (apa hal perempuan nih asyik kerja nak sentap je? Tumpang laluuuuu) sebab dia bagi alasan buat kecik-kecik je, family je yang tau. Tapi, dalam gambar ada kawan-kawan lain. Again, kawan yang rapat dengan aku. Kalau kau jadi aku, sentap tak?

Ini aku bercakap tentang kawan-kawan yang rapat dan agak rapatlah. Yang kawan biasa-biasa (definasi 'biasa-biasa' itu merujuk kepada jumpa time raya, wedding atau occasion tertentu sahaja) tu kalau bertunang ke, kahwin ke beranak ke tak jemput pun tak apa. Sebab tak selalu dengar khabar, entah ingat lagi kat kita entah tidak. So, bila tak dijemput maka tak rasa apa-apa.

So, boleh bezakan ya mengapa aku sentap untuk kedua-dua cerita di atas.

.

Cerita aku pulak:

Nanti bila sampai turn aku, harap-harap kawan-kawan yang rapat dengan aku tak akan sentap kalau tahu aku dah bertunang ke apa. Sebab?

Bertunang itukan adat. Pada aku, bertunang tujuannya nak bagitahu kat sesiapa yang berkenaan diri kita ni dah berpunya. Tunggu masa je untuk disatukan dengan pilihan hati. Kalau bukak balik buku Pendidikan Agama Islam pun, bertunang memang itu tujuannya.

Tapi, kalau dah macam kes aku nih yang dah berkawan bertahun-tahun, tak bertunang pun tak apa kot. Takkan la masih ada yang tak faham aku dah ada pilihan hati kan? Kalau bertunang pun sekejap ajelah, buat cukupkan syarat. Kang tak bertunang langsung orang kata gelojoh pulak kah kah.

Orang zaman dulu kan kebanyakannya bercinta selepas kahwin. Jadi, tempoh bertunang tu lah masa untuk saling mengenali sesama sendiri. Kes aku dah tak apply dah benda nih. Masuk tahun nih dah 5 tahun aku 'berkawan' dengan si YB tu. Setakat saiz spender baju, seluar tu tak payah cakaplah. Semua dah ada dalam kepala.

Aku memang tak akan buat majlis. Aku fikir tak perlu majlis bertunang segala nih. Membazir pada aku. Lebih baik simpan modal untuk wedding terus. Sorry kalau ada yang tak setuju. Aku tak banyak duit, jadi aku rasa majlis tunang besar-besaran tu membazir je. Lainlah kalau aku mampu dan banyak duit...buat majlis tunang macam wedding pun tak apa. KALAU. Semua boleh jadi dengan adanya kalau heheh.

Dulu time anak saudara aku bertunang, ikutkan dia, dia tak mahu majlis langsung. Tapi family sebelah lelaki nak sangat datang hantar rombongan. Nak tak nak, kena buat jugak. Majlis kecik pun habis 2 ribu. Hohhh! Tu baru majlis kecik. 2 ribu tu kalau buat kahwin, dah lepas duit photographer. Aku memang berkira bab ini. Lainlah kalau buat majlis-majlis gini ada yang sudi nak jadi sponsor (ingat kau artis? kah kah). Kira bonus la tu kalau mak ayah memang willing untuk sponsor (willing ya bukan sebab anak yang merengek mintak sponsor!).

Bila buat majlis, nak kena ada makan-makan (dah namanya majlis kena la ada makan :p). Hantaran lagi. Tu semua nak kena ada modal. Ohh, cakap pasal hantaran, aku nak time aku kahwin nanti, dulang hantaran tu sama banyak. Equal for both sides. Kalau pihak perempuan 5 dulang, pihak lelaki pun 5 dulang jugak. Aku tak faham kenapa mesti ada yang komen 'tak boleh'as if jatuh hukum berdosa kalau buat macam tu. Kena jugak ikut adat kalau lelaki bagi 5 dulang, perempuan kena balas 7. Aku nak tanya, dari mana mulanya adat tu? Kenapa mesti perempuan bagi lebih 2 dulang? Any specific reason? Yang memulakan adat tu kan manusia.

Teringat cerita Abang No.12 pasal dulu dia tak dapat join kawan-kawan pergi camping kat air terjun hanya kerana Kakak No.5 bertunang. Dia cakap sampai laa ni dia tak dapat relate kan kenapa dia tak boleh pergi camping time kakak bertunang? As if kalau dia tak ada, kakak tidak dapat bertunangkah? Lawak je.

Lagi satu, aku rasa aku tak 'mengidam' majlis tunang yang gah sebab aku dah tengok kakak-kakak aku punya majlis kot sebelum-sebelum nih. Tak seronok pun. Malu lagi ada sebab jadi tumpuan setiap mata yang memandang hahaha. Nasib baik jugak parents aku jenis tak kisah and tak memaksa macam sesetengah orang. Anak tak mahu buat majlis pun, seboleh-bolehnya mahu. Siapa yang nak bertunang nih? Mak ayah ke anak? =P. Kat situ kena give and take lah, tak syiok maa kena paksa dan dipaksa.

Majlis bertunang impian aku ialah TIADA langsung (paling teruk haha), tak pun bakal in law je yang datang. Bakal MIL sarung cincin, settle. Adakah impian majlis anda semeriah ini? Kah kah.

Aku kan rebel. Semua benda aku nak argue. Yang orang lain tak buat tulah aku nak buat. Kalau tak rebel, bukan aku namanya. Hahah. Aku tak suka benda simple tapi jadi leceh. Bersengkang mata nak buat hantaran, tak tidur semata-mata nak cari fresh flowers murah kat Chow Kit (oppss!). Gila. Kalau untuk majlis kahwin masuk akal lagi. Bertunang aje pun, belum menghalalkan apa yang haram. 'Rugi' derr wakakakakakakakkkkkk!!

Pelik aku orang 'kita' nih selalu sangat menjunjung adat, sampaikan tak tahulah apa yang dijunjungnya tu. Orang buat, 'kita' ikut. Membabi-buta ikut. Kadang-kadang entah apa-apa punya adat pun ikut. Macam majlis tepung tawar tu, dah sah-sah pengaruh Hindu, pun tetap nak buat. Kalau tak buat, tak sah ke kahwin? Tabur-tabur beras, dah sah-sah membazir. Lagi satu...pakai inai sampai ke ketiak lengan siku segala. Itu pun tak ke pengaruh Hindu? Bila tengok orang pakai cantik, 'kita' pun nak buat jugak. Hukum-hakam belakang kira. Kannn? Seriously lah, berapa kerat sangatlah pengantin yang study benda-benda kecik (kecik untuk orang yang tak ambik kisah) macam nih untuk wedding dorang? Kalau ada, serius aku respect.


Tengokkkkkkk...asal tadi cerita pasal bertunang. Dah menyimpang ke cerita kahwin pulak. Aku kalau disuruh menyimpang memang champion =P

9 comments:

reena said...

Tu id aOstajah dah suh bukak buku Pendidikan Islam. Eh i dulu Pendidikan Islam selalu score 100 tau (Score atas paper je la..Huhu). Anyway babe, high five skit. Kita mmg berkongsi sentimen yg sama tentang tunang. I ni memang tak nak tunang. Reason mcm u ckp. Buang duit, masa, tenaga etcetc. Biaq duit tu guna kat kahwin terus. Mmg busuk2 RM2K habis wei even buat kecik2 pun. Tambah skit blh dapat Daniel Zain kot for wedding. Lagi bagus invest kat situ drpd kat majlis tunang. Bagi kita yg dah kenal lama, mmg tak payah tunang la. Tunang tu just utk kenal hati budi. Kita yg dah kawan 5 6 tahun nak kata knl 100% tu tak la tapi i tau gak la size boxer dia. Huhu. Bab balas dulang tu pun i tak faham. Apa significant lebih dua dulang & whatnot. Kalau ikut i, hang bagi aku handbag Chanel sebijik, aku bagi hang iphone sebijik, sudah. Walaupun beza harga punya jauh. Wakkakaa :p (I know i'm gonna eat my words regarding hantaran later. Ye la taka bagi 1 je kott. Hihi)

knv said...

betul tu. islam tu simple dan mudah. tak payah nak berat2kan apa yang tak wajib. kita sekarang lebih kepada takut orang punya perception kalau kita tak ikut arus perdana.

it's good that you and family couldn't care less about the-not-so-important thingy.

yang penting berbahagia dunia akhirat. amin.

:D

misSkiva said...

nak tambah..kalo ade yang xsetuju mintak maaf banyak2..ehehe..ni cume pendapat je..
kenape mase tunang or kawen harus pilih lelaki lembut untuk me'make'up kan muke?..xfhm..

cc said...

reena,
5 tinggi! (high 5? =P)
tunang kn benda simple, buat apa nk menyusahkan kepala otak buat benda yg tak perlu..hehe

cc said...

knv,
sy rebel, kadang mak kata buat pun sy tak mahu. mcm cth xmau majlis besar2, klo blh lps nikah nk buat mkn2 je tp emak dh sound kena ada mjls sbb nk jemput ramai org (kwn2 dia) huhu

ini nt mjls kawen sy takmo sanding, dia dh ckp "sanding la, kawen skali je huhu..."
yg tu kena pasrah sket la kot :p

perkara lain yg kurang penting mak n abah mmg tak kisah hehe

AMINNNNN :D

cc said...

misskiva,
ini sbb sy: cr lelaki pandang ppuan kn lain, even tho lelaki tu lembut, tp still lelaki. itu yg depa make up nmpk lebih cantik kot hehe. tp dh ramai make up artis ppuan yg setanding pun. so zmn skrg cuma perlu buat pilihan, tny diri sndr. klo xnk dosa, pilih yg ppuan..klo sanggup tanggung dosa, amik la pak andam :)

misSkiva said...

setuju...cume pendapat saye ni bagi part di mane lepas nikah ialah part batal air sembahyang..hehe..;)..

kalo bole saye nk tunang n kawen di kampung..belanje adalah murah berbanding di bandar yg sume cekik darah..huhu..sbb kehidupan lepas kawen lg penting kot dr mjlis yg sehari itu..=)

Azryn said...

mmg btol pon aper yang adik manis tulis tu. bapak akak pon mmg sejak dari awal2 lg tak bagi buat majlis tunang secara besar2an. Alasannya: bercinta dah lama, dtg pon sekadar utk menetapkan majlis pernikahan bila. Sebab dia kalu boleh soh bertunang 3 bulan jer. Lepas tu kawen.

Alhamdulillah, walopun kami tak dapat nak ikut kehendak dia utk bertunang 3 bulan saja, kam bertunang tdk lama, tak smpai 6 bulan, kawen dah.

Masa adik akak ari tu lagi la pulak, mak mertua dia sarungkan cincin kat dlm bilik lepas semabahyang. kami sekeluarga tak tgk pon masa tu. tau2 lepas dorang sumer balik, adik tunjukkan cincin. 5 bulan lepas tu kawen.

yang pentingkan nikah. yg lain tu sampingannya saja.

pieka said...

klu tunang selama 2 tahun ?? opinions please

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...