3 Sep 2010

'Selai' cukup

Semalam melancarkan misi pencarian tudung raya. Dek terjebak dengan model menawan dalam majalah, terus rasa ngada-ngada nak beli. Haha. Tempat yang telah dituju Butik Fareeda The Mall.

:: tengok plastic bag je, isi malu nak tunjuk ::

Ya ampun harga tudung-tudung kat situ mahal uols. Pitam hakak nak membayarnya. Nasib baiklah yang dicari jumpa selai (read: sehelai) je, tidak kaluuuu...??? Sambil lap air mata time nak membayarnya :')

:: tudung yang dihajati - Sara Marissa ::

Nawaitu pergi Fareeda adalah nak cari tudung macam kat dalam gambar atas nih. Sara Marissa 2 layers. Curlast kan nama tudung dia? Hihi. Belek punya belek punya belek tak ada warna yang saya nak. Hampa di situ. Padahal punyalah excited nak beli sebab tudung nih sarung je lepas tu pin. Siap. Lagipun tak labuh sangat jadi bila pakai boleh nampak bling-bling kat leher baju muahahah. Keji sungguh niat senang nak pakai ;p

:: Suraiya 2 layers ::

OOT: Model yang pakai tudung tone merah-biru tu lawa gila kan? Jadi lesbo kejap sebab suka sangat tengok muka dia muahahah. Suka betullah tengok perempuan jelita! Sebab dialah saya teringin sangat nak beli tudung kat Fareeda. Kau ingat bila pakai boleh jadi macam dia ke? Kem salammm kah kah kah.

Saya beli macam pattern kat atas nih, tapi lain warna. Suraiya 2 layers, 2 colors. Matching dengan baju raya. Hehe. Nasib baik ada jugak warna yang saya nak. Kalau tak, balik dengan tangan kosong adalah hampa uols. Siap try kat kedai, yelah kot-kot tak 'masuk' dengan muka saya nih dah satu hal pulak. Muka mak kan boolat nyah T____T. Semalam mintak Kak Sal temankan, so bila try tu dia cakap ok, tu yang zasss beli terus. Wakakak. Takdelah nampak ke'apam'an muka ku kah kah.

Tapi apa yang lebih penting kerjasama senang nak pakai takdelah terbelit-belit nak pin sana-sini. Hakak nih dah la bersiap lambat, kalau pakai tudung pun ambil masa...kang orang dah siap bergambar hakak baru hegeh-hegeh nak keluar bilik.


Gambar-gambar tudung yang digayakan oleh model adalah milik Butik Fareeda, saya pinjam je hehe.

Semalam kat butik ada jugak yang 2 tones macam dalam gambar atas nih. Sumpah lawa-lawa tapi takda color yang saya nak. Mujur jugak takda, kalau tidak 2 helai sekali haku beli :p. Saya nak tone tudung sejibik macam yang tengah-tengah tu. Kalaulah semalam pattern Suraiya @ Sara Marissa ada color tu memang dah rembat dah. Pejam mata je time nak bayar, confirm menggigil la tangan hahahahaha.

Memang terkejut beruk ah time tengok harga tudung kat situ. Pitamssss! Saya kan selama nih pakai tudung bawal and Tie Rack saja. Mana pernah beli tudung berawning sebegini, baik Ariapan Ariani, Munawarrah dan yang seangkatan dengannya. Kalau nak tengok harga tudung yang agak nak memitamkan tuh, boleh tengok kat website Butik Fareeda.

Perlukah saya ke cawangan Fareeda yang lain? Perlukah saya ke PKNS, Plaza Shah Alam atau Giant Shah Alam? Wahahahahahhhh. Atau perlukah saya cari je tudung chap lain? Hehe.


Ohh yang bersulam-sulam nih bukan tudung. Semalam tetiba gedik pergi beli. Konon nak pakai time pergi open house hahah. Haihhh la penangan mood beraya punya pasal -___-"

Achik yang tegar dengan Ariani nih cakap awning tudung Ariani agak kureng sekarang. Adoi, baru ingat nak terjah kedai Cik Ani tu tak esok, lusa ;p. Anda boleh bagi idea tak kat mana saya boleh cari tudung untuk raya?

Cukuplah kot shopping untuk raya tahun nih, ehh kecuali tudung lagi 'selai'. Weheheheheh...

17 comments:

Ealyie said...

De'Zahra!!!!!!!!!! ngee..:p

misSkiva said...

lina bole pakai ek tudung ade oning?..kite xboleh..byk kali da try..ariani..hawa..ratu...muke xmasuk..cm org "seberang" je..huhu..sedey..belikan mak je..hawa pon cantik gak..tp..suke fareeda 2 layer tu..cantik!..

Mona said...

mmg hampeh ariani skrg.... hari tu beli siap turun kaler awning dia melekat kat tudung.... tension je... beli masa tu buy 1 free 1

Puteri Ogy said...

eh cantik cik-cik tudung sekalian tuh.. mau terjah itu web sikit jam..

monstorious wife said...

Terus akak pose2 klik website dia..

Aiyohhh!! Harga memang meninggal uollss... Dapat 5 tudung RATU dgn harga 1 tudung theyolls..

reena said...

Wahhhh hargaaaaa!

Pengsan.

I pakai TR pun kena kutuk, lagilah kalau pakai tudung ni. Huhuuu.

Yang sulam2 tu apa? Jubah?

wahida said...

eik..meriah nye tudung ko...aku x sesuai pakai tdg awning2 ni..pakai spek, nnt kembang....tudung bawal je la jadi pujaan skrg ni...:)

cc said...

ealyie,
de zahra pun harga tak nak kalah mahalnya kak tsskkk

cc said...

misskiva,
takuit nk try tp semlm ms g fitting room elok plak tletak kt muka. hihi...tu yg beli. klo muka jd kelakar confirm tak beli =P

cc said...

mona,
knp eh agak2nya kualiti ariani dh menurun? hmmmm...

cc said...

puteri ogy,
sila terjah, klo 'tersangkut' beta tidak btanggungjawab..ahahahaha

cc said...

monstorious wife,
semlm ms first tpandang harga kt tudung tu...rs nk tcekik kak. nasib baik xmkn pape masa tu, klo tidak confirm tcekik!

time nk byr semlm siap mtk discount lg, tp nan hado dpt...tssskkk

cc said...

reena,
nasib baik ofis i xde org sibok2 tny i pakai tudung apa..hihi. tp CC kt admin tu pelik agaknya, tiap2 minggu ada je parcel dtg utk i =P

tp lantak la...dorg bkn tau isinya apa hahahaha

yg sulam2 tu kebaya...auwwww :p

cc said...

wahida,
aku pun khuatir muka apam aku tserlah babe. tp semlm try xde la apam sgt...nmpk ok je tu yg terus beli hehehehehe

ala aku pon pengguna setia bawal, dr dl smpi skrg masih pakai :D

aS_c0mei said...

waddduuhhh..anggun sekali tudung2 ya.haha.penat la ckp indon.tak kose nyahhhh...

mahal ek tudung fareeda ni??awat memberjual kat fb tu rm45 jerrr.tak penah beli lg fareeda ni.nak tengok la website dia sat lg.tengok je,kompom tak beli.hahhahaha....

cc said...

as,
sy g butik dia xde plak yg rege 45, paling murah 80. tuan kedai tu kata, ramai org cilok pattern tudung fareeda tp bukan ori from dia..tatau la..heheheh

selai jela sy beli...tak mampu nk beli bhelai-helai. mahaiii banget! *lap air mata

LESTARY CHENTA said...

model yang u tuantanah minat sangat tu satu opis dgn i.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...