14 Sep 2010

Syawal 1 - 5: random facts

Gabungan cerita beberapa hari. Dibuat dalam bentuk point form sebab penulis tidak beridea untuk menggoreng ayat. Kasihan bukan?

I miss this cheeky boy!

  • Hari raya adalah meriah, terutamanya bersama family. Day one walaupun tak ramai adik-beradik, tetap meriah. Raya ke-3 rumah sudah macam tongkang pecah sebab terlalu penuh. Heheh.
  • Kureng meriah bersama rakan. Sebab? Dari first day tak jumpa rakan langsung. Tak tahu kenapa semua menyombong raya tahun ini. Tiap-tiap tahun kita datang rumah dia, tapi dia tak pernah nak datang rumah kita. Tahun ini, bila kita tak datang rumah dia, lagilah. Takda inisiatif langsung nak ambik tahu pasal kawan-kawan. Bukannya berkira, tapi sesekali cubalah memberi pulak instead of menerima. Betul tak?
  • YB kesayangan hati sudah datang pada hari raya ke-3. Terima kasih sayang sebab 'berani' menghadap family I yang segerombolan itu. YB paksa saya pergi rumah dia tahun ini. Perasaan bercampur baur, gembira ada gigil pun ada (lebih banyak gigil)
  • Maya sudah bersalin, dapat baby girl. Saya belum pergi melawat lagi. Mahu beli hadiah dulu baru pergi tengok. Segan nak datang bersama tangan kosong.
  • Adik-beradik telah mula bubar. Hari ini ramai yang akan pulang ke rumah masing-masing. Akan sunyilah rumah lewat hari ini.

...masih menanti pulangnya roh blogging ke pangkuan diri.

3 comments:

Liyana said...

Hari raya adalah hari paling sesuai memperkenalkan 'bakal'. Kalau hari lain lagi cuak :P

cikjun said...

erkk..belom penh jumpe lg kah?

cc said...

liyana,
first time nk dtg ke rmh bakal..serius nervous..huhu


cikjun,
bila plak aku g jumpa mak ayah dia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...