20 Sep 2010

Tuan blog cuti raya, blog terkena tempiasnya

Bila kat kampung mood nak berblogging adalah lari. Masa berkualiti dihabiskan untuk tidur beramah mesra dengan keluarga terchenta. Makanya, blog telah dianak-tirikan sepanjang tuan blog bercuti raya sepanjang minggu lepas.

Tapi, ada jugalah update sikit walaupun tak banyak macam 'duit raya' pemberian gomen. Jadilah daripada tak ada kannnn? :p

:: Tak mengaku meja macam nih! ::

Ini gambar dalam office sebelum cuti raya. Gila bersepah macam tongkang nak karam. Nak mengaku meja sendiri pun segan aihhh. Mood nak kemas takda, roh dah balik ke kampung di saat dan ketika itu. Jasad je yang masih tertinggal dalam bilik ni. Huhu.

:: Ini lagi memalukan ::

Snap dari jauh boleh ampun lagi sepahnya. Bila zoom in, hambekkkk ko! Memang tak dapat nak ditolong tahap kesepah-hannya. Ingat lagi last day tu, surat masuk berduyun-duyun takda simpati punya tahap. Boss minit sikit zassss surat-surat tu tiba ke meja :')

Saya yang menurut perintah T___T

.

Hari ini baru kembali bertugas. Pagi-pagi masuk office terus 'singsing' (bukan nyanyi-nyanyi ye) lengan, selempang tudung, sarung selipar...dengan satu niat. Mahu make over bilik! Zasss (asyik-asyik zasss, kau ingat kau Padiyappa?) tarik meja, tarik kerusi. Angkat pc, angkat printer. Ubah kedudukan mereka.

Hasilnya...


:: Barulah boleh kembangkan lobang idong ::

...selepas mengalami transformasi :p

Hinsss! Hinsss! Vangga dengan kejayaan diri. Kah kah. Barulah nampak luas meja tu. Space nak menulis pun banyak, tak macam sebelum nih. Dah berhajat nak alihkan pc since bulan puasa hari tu, tapi gila apa nak buat time puasa? Tak pasal-pasal fitams (ceh over haha!). Tapi memang penat jugaklah menolak rak dan meja tadi. Pagi-pagi ketiak dah basah =p

Kemas bilik? Done

Sekarang mahu menyusun atur surat dan segala kertas pula.

Tapi mata adalah mengantuk melampau-lampau. Ini celik pun sebab paksa diri. Kalau ikutkan HATI, mahu saja landing bawah meja lalu tidur tanpa rasa bersalah. Tapi, itulah orang tua-tua cakap; IKUT HATI MATI. Jadi, tak boleh ikut hati. Mungkin perlu ikut MATA. Mata kata tidur tidur tidurrrrr...

Susun atur surat dan kertas atau menurut kata hati dan mata? Cuba teka yang mana jadi pilihan? Ngeh ngeh.

2 comments:

Sayang.Ibu said...

ikut dua2 je dik... hehehheeee... lama btol ahkak x khatam blog kengkawan.. sibuk beno ler kekdahnya, ntahape yg disibukkan pun x tauu.. :P

yaNa MaLeK said...

hehehhe of cos laa ikut mata..time lunch td siap zasss lelap mata jap..nak nak kt opis ni ada trip..

ur working place sangat kemas setelah ditransformasi..i punya bertimbun kertas..hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...