27 Sep 2010

Undangan majlis perkahwinan

Pssttt...

Anda-anda semua,
Saya ada satu soalan.
Mahu jawapan yang jujur, sejujur-jujurnya.

Contoh situasi:
Teman anda (mari kita namakan dia sebagai Kamal) mahu melangsungkan perkahwinan. Katakanlah, dia sudah pun memberitahu berita tentang perkahwinan beliau 3-4 bulan lebih awal. Malah, sudah pun meminta alamat rumah anda untuk tujuan mengepos kad undangan ke majlis perkahwinan beliau. Beliau siap berpesan supaya hadir ke majlis perkahwinannya nanti (bersungguh-sungguh).

3-4 bulan pun berlalu...

Tiba-tiba anda 'dikejutkan' dengan gambar-gambar perkahwinan beliau di sebuah laman web sosial.

Lalu anda pun 'merajinkan' diri menghantar sebuah pesanan berbunyi "Congrats on your wedding. Tak jemput pun?"

Soalan:
Kalau anda jadi Kamal, anda malu tak bila diajukan soalan seperti itu?

.

Beriya-iya mintak alamat, nombor telefon segala...tapi nan hado kadnya sampai. Sampai sekarang 'kawan' saya tu tak reply mesej saya, saya fikir barangkali dia malu. Kah kah.

Anda rasa dia malu tak?

8 comments:

ayydan said...

mungkin die terlupa kot?? :P

reena said...

Nama u terkeluaq dari list kot?

(Keji tak statememt?)

Tapi, kalau i jadi dia, mesti la malu. Sebab dah mintak address bagai kan..

misSkiva said...

ok gak la die ade hati nak jemput..
dr kwn kelas akak..kawen btol2 lepas exam final year..tnye ade x dulang hantaran, nk pinjam..tapi xnk jemput alasan semua belah lelaki yang tangung..tapi nak pinjam barang..tapi xnk jemput...sangat lah apekah kan..

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

huu..itu maciammm pun ada ka...tp...dia igt..dh jmput pki mulut..kire aci je lah....hehehe...

cc said...

ayydan,
maybe kot


reena,
haha!
i siap ckp direct "tak jemput pun?" mesti dia lg malu kah kah

cc said...

misskiva,
canang nk jemput tp nan hado jemput pun...serupa tak jemput kak. dok beriya la tny kita itu ini begitu begini..last2 dilupain terus..sob3 sadis


Lia @ Norli,
jemput pakai mulut, tarikh + alamat tmpt kawen nan hado..cemano nk dtg tuh?

Liyana said...

I rasa dia malu kot. Tapi realitinya, bila sibuk sgt bila majlis dah dekat. mmg tak cukup tgn. Kalau tak buat spreadsheet senarai nama jemputan+alamat, mmg susah nak keep track siapa yg dah atau belum dihantar.

* Maafkan saja, semoga kesilapan mcm ni tak kita buat :)

cc said...

liyana,
xde la tak maafkan..cuma rs agak kelakar sbb dia jugak yg beriya2 mtk alamat dan suruh hadir pg mulanya hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...