9 Sep 2010

The Wall of Fame

Kalau kat LA sana ada The Walk of Fame, kat rumah saya ada so called 'the wall of fame' kah kah ;p


Dinding oren ala-ala restoran nasi ayam Linda Onn ini jadi tempat pameran bergambar anak-anak Jah Mon dan Haji Shuk.

Barisan ke-3 tu gambar family day dan gambar raya. Bila tengok balik gambar-gambar lama ni, tersengih sorang-sorang. Banyak kenangan woo...

Kalau terer cuba cari gambar graduation saya. Dapat? Tak dapat? Kalau dapat memang anda dasar penipusss besar punyaaa haha.

Hal ini kerana (perghhh guna kata wacana siot) gambar saya tidak berada pada dinding ini >_<

Mengapa???
...sebab saya belum ambik kat UiTM sampai sekarang. Grad tahun lepas bulan 6, ni dah bulan 9. Agak-agak pihak studio masih simpan ke tak eh gambar saya?

Reason kenapa saya malas nak ambik, last year on the way balik daripada majlis graduasi saya terlibat dalam kemalangan. First time accident sepanjang tempoh saya driving.

Bila ingat pasal grad, automatic teringat pasal accident. Pagi amik scroll, petang amik surat saman. Haihhhh...


Ada ruang kosong kat sebelah gambar adik saya tu. Space untuk saya kot :p

Over okeh gambar budak tu dah ada 2 frames kat dinding 'glemer' nih. Grad form 3 and form 5 pun nak letak? Harus lepas ni haku 'cucuk' Jah Mon suruh dia turunkan gambar-gambar tu. Keji tak? Wakakakak...


P/S: Blogsphere lenggang sudah, ramai yang dah tak update. Masing-masing dah busy, mak pun busy tapi tatap nakkkkk update. Nak 'jaga' 10 buffered earnings yang tengah melekat kat blog ni keadahnya heheh...


- Posted using BlogPress from my iPhone

1 comment:

yah-senbest said...

x pyh a hina keji nk dengki gmbr yah kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...