18 Oct 2010

Godek-godek dan 'bertukang'

Apa sajalah yang haku tak puas hati dengan keadaan blog nih kan? =P

Tangan adalah gatal buat kesekian kalinya sekali lagi untuk 'bertukang' di blog ini. Takda melibatkan coding (bukan haku reti pun kah kah), cuma menambah something di blog lagi satu itu, yang melibatkan blog ini.

Paham ke tak paham? +__+


Dulu saya tak letak pun gadget 'followers' kat blog nih. Tapi, atas permintaan seorang teman se-Uni yang kebetulan juga blogger...dia minta saya letak gadget itu. Senang dia kata boleh terjah blog nih if ada updates, memandangkan dia tak online setiap hari.

So, basically itu la sejarah tamadun wujudnya gadget followers (I prefer panggil Ahli Mesyuarat Tingkap ngeh ngeh ngeh) sampailah ke hari ini. (Mak bukan berblog nak kumpul followers ye nyah!)

Tak pernah pun paksa sesiapa untukjadi Ahli Mesyuarat Tingkap kat blog nih. Macam la bila saya follow blog orang lain. Saya akan follow ikut suka. Kalau rasa nak follow, saya followlah. Kalau tak nak, haku tak follow. Habis cerita. Muekekeke...

Pada suatu ketika dulu (edisi mari bercerita sekolah rendah?), pernah la 'musim' bloggers berkempen 'I follow you, you follow me back'. I didn't like it tho. Bab nih kan terpulang pada diri sendiri. Kalau nak, tak payah suruh atau paksa pun orang akan buat. So, bila dah suruh follow semula tu saya rasa a bit annoyed lah. Elok-elok haku nak follow back dengan senang hati, terus tak jadi bila dah disuruh-suruh.

Boleh rasa tak? Boleh? Boleh? *panggg sedasss!


Petunjuk: Rujuk gambarajah

Tapi kan, seharusnya saya ucapkan terima kasih kepada Ahli Mesyuarat Tingkap yang sudi follow blog ini :') (motip ko buat ayat ala-ala bagi ucapan kat Anugerah Bintang Fofular?) Wakakaka. Ok serius. Kalau takda dorang nih, tak sure la siapa yang baca blog ini. (kecuali kawan-kawan kat luar la, depa memang baca tapi haram la nak tinggal jejak)

Woi korang, keji la korang dok baca perkembangan aku tapi haram aku tak tau korang buat apa sekarang! ayat ini ditujukan khas untuk Mak Tom, Aainaa, err siapa lagi ahli jemaah budak-budak kelas HM221 yang baca blog nih? =P

Ehh tidak dilupakan juga kepada silent reader. *waving laju-laju at y'all!
Ada juga beberapa orang yang dah tak silent lagi, I LOIKE! Seronok la kenal dengan anda :D

So, apa yang saya buat hari ini adalah...

Saya letak semua link Ahli Mesyuarat Tingkap blog ini ke blog lagi satu tu. Blog yang memuatkan semua link yang almost setiap hari saya klik. Tapi cuba perhatian jumlah Ahli Mesyuarat Tingkap dengan jumlah link yang berjaya dikopipes. Half sajork yang berjaya di'trace'. The rest, sama ada individu yang hanya ada blogger ID, some tak letak link depa kat situ. So, tak tahu macam mana nak dapat depa punya blog URL.


Petunjuk: Rujuk gambarajah

Tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...... *joget-joget

Links Ahli Mesyuarat Tingkap yang telah berjaya disatukan dalam ruangan paling atas kat blog sana. Tadi masa syiok mengkopipes URL blog-blog itu, baru perasan ada few blogs yang saya tak pernah singgah. Vakuum penyedut hampagas sangat tuan blog nih, bukan?

Jangan marah, hari ini jugak saya akan melawat tapak. Sila tunggu dan cogan kata pada hari ini ialah "Selamat Berkenalan" =P

4 comments:

~ As ~ said...

i follow u, u follow me. ahaha , klau best mmg la follow, tak best jgn la paksa. kan kan kan?

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

hahaahaha..lawak..lawak....
gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut..pas makan nasi...


tk kesah la....janji akak hepi...

sori lo..meraban2.....hehehe

mumun si missrivebell said...

hahaha.. siap ada blog khas untuk blog list.. terbaik lah kak.. i like..

Sayang.Ibu said...

apa brg nk paksa org follow??? ai follow u xde org paksa pun... ahahahaaa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...