21 Oct 2010

Gua gian, kek cawan jadi mangsa

Sejak gua pakai handphone baru yang kualiti gambarnya boleh tahan ok, (tapi tengok keadaan jugak la) gua dah jarang angkut kamera godang bila keluar. Gua malas nak berat-beratkan handbag dengan kamera size XL. Bahu gua pun selalu lenguh time bawak kamera tu.

Tapi, itulah...

Sejak-sejak dah lama tak ambik gambar guna kamera besar tu, gua jadi gian pulak. Gian sebab dengan kamera godang tu gua dapat snap gambar dari banyak angle. Nak buat teknik "bokeh" pun boleh. (Pergh, sejak bila gua pandai guna photography term nih? kah kah kahhh)

So lu orang jamu mata layan ajelah gambar-gambar yang gua ambik weekend lepas kat rumah.


Gua lepaskan gian kat kek cawan yang gua buat. Habis penat kek cawan tu semua gua paksa posing. Kejap-kejap angle ni, kejap-kejap angle tu. Kalau boleh bercakap, gua confirm kek cawan tu akan maki gua, "Kau tak reti penat ke syaiton?" Haha gua agak jelah.


Lu nampak manik-manik kecik atas pinggan tu jadi blur? Itulah "bokeh". Gua sebenarnya bukan tahu apa-apa pasal photography term nih. Tapi, hari tu gua baca blog member gua Puan Photog tu, dia ada tulis dalam blog dia pasal bokeh ni. So, gua tau dari situ la. Gua bodoh sebenarnya (gua pecah rahsia diri sendiri hahaha). Terima kasih kat member gua tulah sebab share knowledge!


Ini bukan bokeh sebab imej manik-manik adalah sangat sharp dan clear. Ini dinamakan fokus. Kah kah kah. Gua bagitahu macamlah semua orang tak tahu kan? (Sila lempang gua laju-laju)

Semalam gua pesan kat kakak ipar, tolong bawakkan balik sebuah kotak, gua nak guna. Gua nak buat light box untuk photography. Tapi, dia tak bawak, gua rasa dia lupa. Gua pun lupa nak ingatkan dia petang semalam. Nanti dah ada light box misti lagi cun kan gambar-gambar yang gua ambik? Ok gua dah start teruja.


Gua hias cupcake ni warna-warni untuk anak-anak buah gua. Gua makcik mithali rapia lu orang tak payah sebut pun gua dah tau. Gua ambik-ambik gambar lepas tu gua masuk bilik, simpan kamera. Gua keluar balik, alih-alih gua tengok kek cawan dah habis. Abang gua pun sama naik macam anak-anak dia, tak ketinggalan belasah kek cawan gua. Gua pasrah.


Kira gua dengan lu orang sama la, dapat jamu mata je tak dapat jamu tekak. Tapi, apa ada hal...bila-bila gua terasa nak makan, gua buatlah. Kalau lu orang pulak yang terasa nak makan? Lu orang tenung la gambar ni lama-lama kah kah kah.

Gua memang suka ambik gambar. Gua ingat nanti bila ada duit lebih (pernah ke duit gua lebih?), gua nak rembat satu DSLR, upgrade kamera godang yang sedia ada. Siap dengan carrier, bawak pergi jalan-jalan pergh misti gua jalan meninggi hidong. (Lu orang tolong lempang gua lagi sekali!)

Gua paling suka ambik gambar makanan. Lu orang suka ambik gambar apa?

3 comments:

~ As ~ said...

nnt blh la lu pose sendiri ambik gmbar sendiri guna tripod, wahhhh mcm fashionista gitu...

Sayang.Ibu said...

gua suka amik gambo anak2 gua, dan gambo gua sendirik.. gua kan gila-camera.. :P

misSkiva said...

guwa xsuke amek gambo..

no camera please! please no camera! (bajet artis..hakhakhak)

ni yg xsabo nk tgk cc rembat di es ell arr nih...da beli, lu buat review baek punye tau..

guwa pon tgh usha2 line nih..boleh guwa refer lu punye pemandangan..;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...