6 Oct 2010

Karangan Bahasa Melayu: Aku sepasang kasut


Nama aku Nikki. Aku berwarna oren. Aku tinggal di sebuah 'rumah' yang sangat meriah dan sentiasa di kelilingi oleh adik-beradikku yang ramai.

Pada suatu hari, datang seorang perempuan muda membelek-belek diriku ketika aku sedang santai di rumah (ceh kau kasut, santai konon!). Setelah puas membelek, perempuan itu menyarungkan aku ke kakinya pula. Perempuan itu nampak gembira ketika 'memakai' aku.

Aku dibawa ke kaunter dan dimasukkan ke dalam kotak. Beberapa jam kemudian, kotak dibuka dan aku melihat suasana baru di sekelilingku. Ohh, perempuan itu sudah membeli dan membawa aku jauh dari rumah asalku rupanya. Tapi takpa, aku tak sedih. Rumah baru pun kelihatan menarik juga.

Tuan baru ku tersenyum-senyum sebelum meletakkan aku ke dalam sebuah rak yang berisi kasut-kasut lain. Aku pun tumpang seronok! Tak sabar rasanya nak berkhidmat untuk tuan baru ku. Aku sudah berangan-angan menemaninya ke gym, tasik, padang dan tempat-tempat riadah yang lain. Tak sabarnyaaaaa! (ceh gedik pulak kasut nih)


Beberapa bulan selepas itu...


Huwarggghhh...!

Aku tension duduk kat rumah baru nih. Selepas hari diletakkan ke dalam rak, aku dah takda keluar melihat dunia lagi. Dunia aku hanya di dalam rak kecil yang gelap gelita itu. Aku fikir bila dapat tuan baru, hidup aku akan bertambah meriah tapi malang nasibku. Apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mengapa aku dilahirkan ke dunia ini? Mengapa? Kenapa? Daripada aku duduk dalam rak dan disimpan sepanjang masa, lebih baiklah aku dilahirkan sebagai tukun.


Luahan hati,
Nikki si kasut sukan


P/S: Hampagas punya tuan! Ko simpan je aku nih nak buat apa? Bila nak pergi gym? Bila nak jogging? Kalau ko tak bawak aku keluar dalam minggu ni, aku nak bunuh diri!

7 comments:

misSkiva said...

hakhakhak
nikki jangan bunuh diri k..nanti tak masuk sorgaa..ekekeke..

aNiS tHe BumbleBee said...

kah kah kah!!! lawak tahap cipan tergeliat hockey???

sy rasa kasut bola lakiku pun tengah meraung2 kesepian gak.senasib laa pun ha..

cc said...

misskiva,
ok nt blk sy bgtau si nikki tuh =P (tuan nikki bercakap)


anis,
hahaha cuba interview si kasut sukan tuh, mesti dia pon nk luahkan prsn

Sayang.Ibu said...

wakakakakaa... blh jadik karangan terbaek nihhh....:P

Ita Shadila said...

sian si nikki
tetibe teringat kasut sukan yg dah lama x guna since tuannya di sahkan peknen.. that was like 1 and a half years ago.. lagi sedeh

cc said...

sayang.ibu,
matik la klo ada bdk skola yg gugel karangan psl kasut kn? copy bulat2 entry ni confirm cikgu bg GAGAL
kahkahkahhh


ita,
hahahaha..confirm kasut sukan ko pun depress tperap je. campak sungai la buat tukun :p

reena said...

Wakakaka! U tak baik dera Nikki tu. sian dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...