22 Oct 2010

Lari tak lari sangat

Rentetan entry lari semalam.

Gua memang dah cadang nak zasss je lari balik ke rumah laju-laju, tapi atas dasar keperimanusiaan tak sampai hati la pulak membiarkan si dia terkontang kanting keseorangan di kaki masjid kat luar office tuh.

Kalau dia drive ke sini, memang gua dah biarkan!

Kalau ikutkan hati, memang nak biar je.

Tapi itulah...

Orang tua-tua kata kalau ikut hati, MATI.

Ikut rasa? BINASA.

Ikut nafsu? LESU.

Ikut tangan?
Dapatlah penampar sedas dua...

Tak payahlah gua bukak pekung di dada (walaupun gua tak pakai pekung, lu orang kena tahu peribahasa Melayu) kes apa sampai dia sanggup buat kerja gila datang ke office gua semalam all the way from JB.

Nasib baik jugaklah si dia tak terlebih gila naik ke office gua semalam. Tidak kaluuu? Gua pasti berlaku drama swasta dalam office ni. Habis rosak reputasi gua yang tinggi kat sini. Kah kah kahhh.


Kesimpulannya:
Biarlah perkara yang dah berlaku tu jadi pengajaran. Jangan diulang. Kalau diulang nescaya gua tak akan bertanggungjawab di atas segala musibat yang bakal berlaku.


P/S: Sayang jugak lu kat gua derr!

2 comments:

Sayang.Ibu said...

ko merajuk ke dik sampai brader tu sanggop turun kl?? hakhakhakkkk

cc said...

iye kak...merajuk tahap dewa tu yg sampai dia nekad dtg KL. ahahahahhh!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...