7 Oct 2010

Mahkota wanita, perlu dijaga dengan sempurna

Anda ada masalah rambut?
Gunakan syampu Bawang.
Masalah rambut tiada lagi.

(tetiba teringat iklan syampu Bawang nih)


Ohh tak, saya tak pernah guna. Last month ketika berkesempatan trim rambut di salun, sempatlah tanya amoi salun tu, syampu Bawang tu elok ke untuk masalah rambut gugur? Dia kata tak. Syampu tu bagus untuk orang yang nak lebatkan rambut sajork.

So tak jadi nak beli. Hehehehehe. So, masa dia cuci rambut tu, sempatlah tanya few things and dia pun bagilah free consultation about hair care.

Saya ada masalah keguguran rambut yang kronik. Plus, scalp gatal. Dulu saya ingatkan kalau tak nak rambut gugur, jangan cuci hari-hari. Rupanya salah uols! SALAH BESAR di situ T_____T.

Amoi tu kata cuaca Malaysia nih panas, so scalp memang cepat gatal and produce minyak (ke apa entah kat kulit rambut kita). Makanya, tiap-tiap hari kena basuh rambut. Cuci rambut siap syampu sekali. So, sebenarnya rambut saya yang gugur secara banyak tu puncanya adalah kerana kulit kepala yang gatal dan kurang kerap dicuci (sounds gross yikes!).


Macam masalah rambut saya nih, instead of gugur sebenarnya ia kering and scalp gatal. So, amoi salun tu suruh saya basuh rambut selang sehari guna syampu untuk rambut kering and the next day syampu untuk scalp pulak. So itu yang saya buat since one month ago. Masalah rambut gugur kini tiada lagi. Yahuuuudotcom!

Shampoo yang digunakan dalam misi menyahkan rambut kering dan mengurangkan kadar rambut gugur:
Rambut kering - L'Oreal Total Repair
Itchy scalp - Sunsilk Anti Dandruff

Conditioner - Sunsilk (beli Sunsilk shampoo time tengah promo, dapat conditioner sekali :p)

I'm totally satisfied with the L'Oreal shampoo but not Sunsilk. Sedang mencari-cari syampu lain untuk masalah kulit kepala yang gatal. If anyone of you have any shampoo untuk direkemen, silalah bagitahu. I'm dying to get a new shampoo yang boleh menghilangkan kegatalan kulit kepala. Serius nih weh.


Then untuk my dried hair (hujung je kering, pangkal rambut ok) as recommended by the hair styler I bought this Lumi Oil from L'Oreal. Pakai this oil kat hujung rambut je, everyday bila rambut kering selepas dicuci. Verdict? Puas hati. Walaupun minyak, after applied kat rambut dia tak greasy. Kat tangan pun tak meninggalkan kesan berminyak. So, SUKAAA :D

Selepas mengikut tips yang diberikan oleh amoi salun, kadar keguguran rambut telah menurun sebanyak 90%. Serius. Tiada lagi rambut gugur yang bergelimpangan di lantai selepas menyikat rambut.

My SIL suggested me to use Kerastase shampoo. Dia kata walaupun agak mahal, tapi memang berkesan habis. So, selepas membelek-belek product range di website Kerastase, I've found this perfect shampoo for my scalp problem.


It's from Kerastase Specifique range. Harap-harap masalah kulit kepala yang gatal akan dapat dinyahkan. Kerastase shampoo memang jual kat salun sajakah? Drug store (Watson's @ Guardian) confirm takda kan? Kat mana nak beli nih? Hehe.


Nota kecik: Terpaksa la korek tabung -__-"

8 comments:

cikjun said...

dulu selalu je ade masalah rambut gatal, tp sejak pakai sunsilk anti-dandruff, tiada lagi masalah kegatalan di kepala

ade bley dpt komisyen tak buat iklan ni?

~eiyra~ said...

Wah! Bagus. Saya pun ada masalah sama. Igtkan kena shampoo selang 2 ari. Ok pasni bleh cari shampoo loreal tu. Tp utk scalp gatal saya guna shampoo safi limau je. Budget ciput punye pasal.. heheh

cc said...

cikjun,
aku pakai sunsilk tp tak berkesan la..tsskkk


eiyra,
dh prnh cuba jugak safi limau purut tuh, itu lg worst dr sunsilk (worst bila sy pakai la hehe), xdak kesan langsunggggg. gatal adalah tak hilang T_____T

misSkiva said...

kepale akak penah dijangkiti kelemumur oleh kerana syampoo wats*n..cube sunsilk,pantene xberkesan..kazen suruh try sensun Blue..serius berkesan..gune sebotol je..

untuk scalp care kite pakai syampoo Schwarzkopf BC Bonacure scalp care..memang bagus..sebotol RM45..huhu..

cume gugur je belum dapat ditangani..nk try la loreal tu..

tengs bg info yg sgt bagus..=)

cc said...

misskiva,
sensun blue tu kat mana ado jual? xprnh dgr langsung..hihi
Schwarzkopf rm45, kerastase tuuuuu dekat 100 kot tsskkk T_____T

misSkiva said...

selsun blue kt jusco ade..kt watson ade..kaler biru cm botol nila ujala tuh..ekekeke...rn20lebey rasenye..
karastase tuh dekat satus ke?..maybe lagi bagus dr schwarzopf kot..hehe

kyo said...

hai..saya pon ada masalah rambut gugur jugak..cari2 info..jumpa blog ni...nnt nk cuba la product kt atas tuh... :)

syira syiro said...

sekadar ikhlas nak membantu dan kongsi pengalaman.

untuk rambut gatal dan kelemumur teruk, boleh cuba shampoo selsun blue penutup purple. murah rm 19.90 di farmasi. boleh google. amat berkesan. masalah kelemumur tiada lagi. selamat mencuba.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...