25 Oct 2010

Malam tadi

...tak boleh tidur :'(

Asyik tergaru-garu miang satu badan. Tak boleh tidur langsung. Baru nak terlelap dah terjaga semula sebab gatal. Garu punya garu sampai penat. Ngadu kat YB dia cakap memang tuan badan (yang bercakap ni) miang sejak azali. Keji tak???

Dah la dia bagi statement "Belajar la susah sket..."

Masalahnya haku kat sini tak susah pun sebab bilik penginapan macam bilik hotel bertaraf 3 bintang. Siap ada air-cond (cuma malam tadi air-cond tak hidup, berpeluh-peluh tidur). Ni bukan sebab tak biasa tidur tempat lain (walaupun tilam dengan bantal keras gila), cuma badan saya ni super sensitif dengan habuk.

Tengok malam ni macam mana, boleh tidur ke x? Harap-harap dapat 'sebati' dengan tilam dan boleh tidur dengan lena.



Dalam gambar:
'Ubat' tahan mengantuk ketika mendenger ceramah. Si Daim yang penuh caramel lazat dan Hershey's Nuggets Dark Choc yang pahit - my fav!

Pelembab bibir - walaupun dengar ceramah, bibir tetap kena maintain menawan wakakakak

Cermin mata - sedar diri rabun sob sob. Kena tambah power speck ku ini kerana tuan badan sudah semakin merabun. Makan lobak merah nampaknya tak memberi apa-apa impak :')


- Posted using BlogPress from my iPhone

5 comments:

reena said...

Alaaa sian u..Since u bawak keta, maybe next time boleh bwk cadar/toto sendiri. Leceh klu susah nak tido. Siang mesti ada byk aktiviti. Dgn ceramah lagi..Hazab klu x cukup tido.

Sayang.Ibu said...

ceramahhh?? huwaaaaarrggghhhhh.. *sangappppp*

hawa said...

nak coklat daim gak~~~hu3

misSkiva said...

sedap nye daim!...

aNiS tHe BumbleBee said...

ouuuuhh! rindu kt daim!kalo pegi langkawi mesti borong.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...