23 Oct 2010

Pengaruh rakan bloggers terhadap Tutti Frutti

After baca review Cik Reena dan Cik Yana tentang keenakkan Tutti Frutti, hati jadi kepingin untuk mencubanya. Jadi laju-laju pergi search Tutti Frutti franchise yang terdekat dengan rumah. Times Square it is! (so far itu yang terdekatlah, tapi akan ada 'opening soon' Tutti frutti Fanchise at Solaris. Yeayyy!)


Pandai tau depa sediakan mangkuk besar punyaaa. Lagi besar lagi banyaklah orang isi kan? Disebabkan hari tu Reena dah warning 100gm they will charge RM5.30, so time ambik tu pose-pose berwaspada dan insaf gitew :p

Hari tu ada sorang amoi (rasanya dia pun first timer jugak) ni dok ambik youghart penuh semangkuk, bila letak topping hambik kau membukit. Tak tahu la berapa dia kena charge tapi time dia nak duduk muka dia terkejut gila wakakaka. Dia cakap apa entah kat member dia (cakap Kantonis mana gua nak paham). Saya punya yang 'segan-segan' je isinya tu pun dah belasan ringgit.

(Babe, I kena charge RM12 'je' keh keh keh)



Tutti Frutti kat Times Square nih kecik je. Menjajaulah jugak nak mencarinya. Toppings selections and accessories pun tak banyak. Ada few fresh and canned fruits je. Yang lain tu macam accessories je.


Saya ambik yogurt perisa mangga. Ada 5-6 jenis flavor yang ada. Original yogurt (flavorless?) pun ada.

Tutti Frutti was brought to you by Naza group (tengok kat bawah banner dalam gambar tu, ada logo Naza)


See? Tak penuh mangkuk yang saya isi. Takuit nak isi penuh-penuh, kang pitams pulak bila tengok chargenya ahahaahahh.


Bon apetit!

Seriously the taste is sooooo good! Yum yum.

Nanti next time pergi saya nak ambik yogurt sajork, sebab menurut pemerhatian yang telah patik jalankan; yang membuat mangkuk menjadi berat ialah buah-buahan. Setakat yogurt, marshmallow dengan chocolate rice tu tak berat mana pun.

Tapi jika anda first timer, silalah opt for fresh fruits untuk merasai kelazatan Tutti Frutti to the max! :D


Licinnnnn ;p

Makan sorang pun memang boleh habis. Akan habis punya - guarantee! Tak sabar nak ajak YB pergi rasa Tutti Frutti (haku nak biar dia yang isi sambil haku mengipas dari tepi "isi penuh-penuh nanti kita share"). Nak tengok reaction muka dia time kena bayar nanti kah kah kahhh. (apa punya gf la keji machiam nih?)

Sudah ada plan untuk hari ini? Apa kata anda terjah Tutti Frutti yang berhampiran? Sekian pesanan khidmat masyarakat dan iklan tak berbayar dengan slogan 'sharing is caring' :D


- Posted using BlogPress from my iPhone

6 comments:

reena said...

Wakakakakk! Mesti muka amoi tu macam muka i masa i kena hari tu. Depa pandai kan saja buat mangkuk besaq. Tu la pasni nak amik yogurt byk2 (i suka stoberi banana & original) pastu buh toppings yg bkn buah. Arghhhh nak Tutti Fruitti lagiiii!

cc said...

mmg kala gila muka amoi tuh, muka tkejut lps tu sok-sek-sok-sek dgn mbr dia hahahaha.

jom g today babe! :D

~ As ~ said...

aku pun google la (mcm ayat ko) tutti fruitti kat KK, nan hado!...hahaha...tunggu bulan depan aku dataaaaang.

Wahida Shukeri said...

ok..thanks for the info n i shud have a try one day!!

CikJJ said...

yg ni ade cop2 kupon gak tak?
(refer sebb ko byk btol kumpul cop kan)
miahaha..

tiefazatie said...

wah!!!best gle sis!nak jg!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...