1 Oct 2010

Selamat memegang title baru, dulu puan kini ibu

Tiap-tiap bulan ada je kawan-kawan yang hantar kad undangan kahwin. Cepat betul rezeki dorang, jelesss =p

Antara kawan yang kahwin awal (kawan rapat) si Puan Maya itulah. Last year bulan 2 dia nikah. Bulan 4 buat majlis. Tahun ni bulan 9 dapat baby. Again, cepat rezeki dia. Alhamdulillah.

Dia bersalin sehari sebelum raya hari tu. Kena induce sebab dah seminggu over due. Seronok sangat ke baby duduk dalam perut sampai takmo keluar? Keke =P. Dia cakap sakit NM! Masa dah rasa contraction tu dia belasah teran je sebab tak tahan sangat. Koyak pun koyaklah janji baby keluar. SCARY okehhh dia cerita! (Maya takda blog jadi boleh la menumpang cerita dia bersalin kat sini haha).

Ngilu la dengar perkataan koyak, jahit semua tuh. Ngeri weh fikir satu hari nanti kita pulak yang akan mengalami benda tuh >_<

So hari tu masa cuti raya, sempatlah pergi tengok si ibu dan anak di rumah mereka. PErgi lambat, after 10 days Maya bersalin baru saya pergi. Ngeheheh. Lambat sebab tunggu beli hadiah dulu, takkan nak datang tangan kosong? Tak besttttt!


Hamper buat sendiri yerr. Reben tu pun buat sendiri jugak :D Feduliks la walau tak lawa macam kedai buat, tapi puas hati. Heheh. Yerr saya tau reben satin tu senget benget, saya budak baru belajar kalau tak lawa sila simpan kejian anda di dalam hati. Kah kahhh.


Puas hatilah buat hamper sendiri. At least tahu semua benda-benda dalam hamper tu boleh diguna pakai. Takkan ada yang jadi 'tukun' penyerap habuk :p. Masa cari barang-barang baby nih rasa happy okeh! Seronok rupanya berlegar-legar di bahagian bayi. Before nih mana pernah singgah tempat baby kalau masuk shopping mall. Nak cari apa kat situ kan? Baik buat 'lawatan tapak' kat Ladies Department. Tak pun pergi cosmetic counters cuci mata, syiokkk berganda. Keh kehhh.

Mula-mula plan nak beli hamper yang dah siap je. Tapi bila tengok barang dalam hamper tu alahai some of them macam useless. Botol? Confirm tak pakai sebab Maya fully breastfeed her baby. So, kalau 'angkat' hamper yang ada 2-3 botol dalam tu memang confirm la botol akan jadi tukun menyerap habuk je. LOL

Pergi beli barang-barang dengan YB and my girlfriends. Tukang pilih Awe dengan Pinot, tukang approve menteri kewangan a.k.a diri sendiri haha. Pilih-pilih, reject. Pilih-pilih, approve la 1-2 barang. Hahahaha. Lama jugak la masa membuat proses pemilihan barang tu. Ingat senang nak pilih? Rambang mata tengok barang comel-comel kat situ. Geram aihhhh.

YB? Kem salam dia nak membelek-telek benda-benda kat situ. Masuk kejap je, lepas tu zasss dia tunggu kat luar. Tapi, takpalahkan sebab pilih barang untuk anak member je pun, kira berasas lagi dia malas. Nanti-nanti nak beli barang untuk anak sendiri, kalau malasss? Sendiri mau ingat derr! (wah berbaur ugutan)


Maya dapat baby girl named Qistina Raisya (not sure ejaan Raisya macam mana). Kalau tak silap 2.8 kg kot berat baby masa lahir. Nama baby, bapak baby yang bagi. Kuasa veto gituh. Currently muka baby banyak ikut muka bapak dia. Tapi, nanti dah 2-3 bulan mesti lain. Kan? :D

Untung kan baby zaman sekarang, dapat nama best-best. Makna pun elok. Hari tu pernah berborak dengan YB pasal nama anak (vahhh verangans sangats!)

CC: Derr, nanti ada anak gua nak bagi nama simple je. Kalau boleh satu perkataan je.

YB: Gua ok je takde hal.

CC: Nama sekarang banyak yang fancy, modern sangat. apa kata kita bagi nama anak ala-ala klasik? Nakkk?

YB: Boleh ahhhh.

CC: Ada nama best? Kalau lelaki?

YB: KHATEMON

CC: &*%$#...(*^


Bodoo tak? Haha. Ko tak rasa kijam ke nak bagi nama anak bunyi camtuh? Confirm sepanjang hidup anak tu kena gelak dengan member-member sebab mempunyai nama yang buruk. Confirm si anak pun berdendam dengan mak bapak sepanjang hidup. Bahahahaha.

8 comments:

ayydan said...

macam bunyik "KAU TIMONNN" jer nama bakal anak ko tuh??

wakakakakakakkakaka~
bodo syiall~

misSkiva said...

eh..same lah..suke pilih sendiri..xberape gemar beli hamper sudah siap..pilih2..round2..tawaf2..sume comel..=D..
akak pon mahu name kan anak pendek2 sahaje..kekeke..verangans juga..ekeke..

FAM said...

ok, buruk sgt nama tu. klasik blh tp agak2 la kan. oh ye, 1 tips melawat kwn lps bersalin & baby baru. mmg elok lewatkn sket lawatan tu. means, bukan sehari 2 lps bersalin. bglah tempoh masa (1 week tu ok kut) si ibu, baby & juga ayah nak adjust life dlu. kut klau semlm baru balik rumah, ari ni org dh dtg, kesiankan? penat wooooo..

talking thru experience ;)

Puteri Ogy said...

nama baby girl lak KHATEMONAH? kot berjiwa tok ti CT NURTEMONAH?? pilih..pilihhh.. wakakak

Noryanti said...

Haha..kelakar plak cam name org jawa dulu..mesti nak ade tanwin di belakang..klu makne baik ape salahnya..huhu..

cc said...

ayydan,
haha confirm la aku tak approve nama tu. buruk sgt okeee


misskiva,
kan geram kn tgk brg2 @ benda2 comel kt baby dept...klo utk anak sndr confirm berhabis tak ingat hehe.
mari verangans! =P


FAM,
mmg buruk sgttttt..keji si YB tu.
tp kn kak, kwn sy tuh after bsalin mcm excited siap tny bila nk dtg tgk bby...dia tak penat agaknya..heheheh

cc said...

puteri ogy,
khatemonah? LOL ROTF
agak sengal nama itew.
nama sempena tok ti? koserrr sgt!


noryanti,
nama jawa ada makna ke yan? klo arab tu lain la kan..haha. xde makna aku nak letak nama anak khatemon..buruk ok burukkkk

yah-senbest said...

'KAU TIMONN'?
timon name kucing yah a haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...