25 Nov 2010

Hello Multigrain Bread!


Yogurt as today's morning snack.

Diet kali ini lebih mudah kerana tiada rasa keterpaksaan. Bukan kerana ada yang menegur diri semakin kembang ataupun disebabkan skala dalam mesin menimbang semakin 'melencong' ke arah kanan. Hanya inisiatif diri sebelum berakhirnya 2010. Resolusi tiap-tiap tahun yang tidak pernah tercapai. Atas kesedaran itulah, gerakan memboikot 'katakan tidak pada NASI' dilancarkan sejak Isnin lalu.

Jangan gelak =P

Iya, baru sahaja memulakan diet tidak mengambil nasi sejak Isnin lalu. Mengikut pengalaman lepas, tanpa nasik;
berat adalah lebih mudah untuk diturunkan

Bertambah motivasi selepas si dia berjanji untuk memberi sesuatu sekiranya sasaran dapat dicapai (walaupun pada mulanya tuan punya diri yang meminta kah kah kah). Keji bukan? Sendiri yang mahu berdiet, pasangan yang dipaksa memberikan imbuhan. Pasrah sajalah kamu wahai pasangan, mendapat aku sebagai pasanganmu.

Hello MULTIGRAIN BREAD!

3 comments:

Cik Tudung Merah said...

kamu kujadikan sumber insprirasi. sudah setengah hari 'belum' mengadap nasik. harap berterusan *pandang babat*

Sayang.Ibu said...

gud luck... dik... gud luckkkk... sungguh seronok bila dapat menge'pow' orang kankankan... hahahaa

yaNa MaLeK said...

whoootttt harusla semangat kan kalau ada ganjaran nya...hehehhe gud luck bagi memboikot NASI :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...