4 Nov 2010

Kadang-kadang kita kena tebalkan muka untuk dapat sesuatu

Kadang-kadanglah...
Jangan selalu...
Nanti orang menyampah...

Kita minta tolong dari orang,
Jangan pula lepas itu kita 'berat' nak membalasnya dengan sesuatu...
Iya, lebih manis kalau begitu...
Walaupun orang yang menolong tidak pernah sekali pun mengharapkan balasan...

Bak kata pepatah...
"Orang berbudi, kita berbahasa..."
Jadi...
Faham-fahamlah...
Patut-patutlah...

.

Apa kes tiba-tiba macam klasik sangat gua menulis ni? Ada bersangkut-paut dengan cerita gua sebenarnya.

Minggu lepas kan gua pergi kursus kat utara, kebetulan batchmates gua yang bertugas di Langkawi pun kena pergi kursus sama. Jadi otak gua laju la nak mintak tolong something kat member gua tu. Heh heh heh (sila bunyikan macam gelak orang ada konspirasi)

Bila gua petik nama 'Langkawi', apa yang terlintas kat kepala lu orang?

Adakah sama seperti mana yang terlintas dalam kepala gua sekarang? Kalau sama lu orang memang boleh geng dengan gua la! Yang mana fikir tak sama, lu orang pergi main jauh-jauh. Kah kahhh. Gua gurau aje, lu orang jangan mengada nak sentap.

Ok berbalik pasal cerita member gua dari Langkawi tu...

Lu orang pernah dengar pepatah 'mahu tapi malu' tak? Tapi gua tak, gua ubah sikit pepatah tu supaya sesuai dengan diri gua.

'Malu-malu tapi mahu'

Sebabnya...









...gua kirim coklat secara pukal kat member gua tu kah kahhh! Kau ado buat muka tak malu macam ni? =P


Toblerone
Gua kirim 4 packs kat dia. 4 packs consist of 6 bars. Dia ingat sebatang tu kira 1 pack. Sudahnya gua terpaksa sharing sorang 3 batang dengan Tajah R. Member gua tu salah faham rupanya...


Hershey's Nuggets Special Dark
Tajah R punya ni. Gua sempat pow dia sikit masa kursus hari tu hehe. Sedap rupanya! Nyesal gua tak kirim yang ni. Gua memang suka coklat yang pahit. Dark choc, Belgian choc tu antara coklat yang gua boleh layan. Choc manis macam Cadbury tu gua kurang gemar.


Daim
Antara coklat yang jadi kegemaran gua. Kalau Daim ni takda caramel kat tengah, memang gua tak layan coklat ni. Sebab manis. Tapi caramel tu yang buat dia jadi sedap.

Gua ni sebenarnya bukanlah peminat coklat tegar. Gua jarang-jarang sangat 'layan' coklat kalau tak terasa betul-betul nak makan. YB pulak vice versa, dia pemakan coklat tegar! Antara penyebab gua kirim coklat kat member gua tu sebab inilah heheh...
Penyayang tak gua ni?

(Derr, sila terharu kalau lu terbaca statement gua ni kahkah)

Gua sebenarnya ada kirim coklat Patchi kat member gua tu. Lu orang pernah makan tak? Gua tak pernah, sebab tu gua kirim kat member gua tu kahkahkahhh. Tapi apakan daya, dia tak jumpa coklat Patchi di sana (gua tak tahu la dia cari kat mana, plus gua tak sure kat Langkawi ada ke tak?). Nampak gaya terpaksa la gua spend RM24 untuk beli 100gm Patchi kat area KL ni nanti...

Lu orang suka makan coklat ke? Kalau ya, coklat apa yang lu orang 'layan' sangat?

8 comments:

ayydan said...

gua nanti nak keremmmm daim dgn si yysptd tuh..kahkahkah~

AJ Nismihan said...

first aku pikir bila dengan langkawi adalah YYSPTD jer

hua ha ha

dan

setiap kali bab makan, mesti ada Raider dan Chelsea.
korang nih berhantu kembar ker?

hua ha ha

ok
aku dah nak pi cari buku Malaysia Kita
nak kena baca
aku tak pandai toyol2nih

hua ha ha

prinzessixx said...

kita geng la dik... ehh tiba2 adik hahaha... suka giler Daim... Patchi xde la kat Langkawi.. kalau ada dah lama angkut.. Patchi org buat hantaran je... macam bau2 je nasi minyak... ooppppppppppppssssssss


kakak dari Song

~ As ~ said...

semua aku sukak...kalau sabah pula beli di labuan, sama mcm langkawi, duty free.

waNny said...

dengar langkawi kompem coklat

pernah makan patchi. ada sedap ada macam waddahel! hahahahahaha

tp tekak lain2 kot. mcm i ske yang ade rice tu :p hahahahaha

ayydan said...

siot jer si aj nismihan ni mengata kite..
weh tak berhantu mahupun kembar. kami cuma menghargai segala peluang dan makanan yang ada. sila jgn cemburu kalau yysptd tak layan permintaan utk beli coklat oke...hahaha..aku nak tuka nama jap lagik la..RSSPtd..wahh..keleessss!!

baru nak beli buku?umangai.ko sama spesis dengn si chelseasss nihss..

hins hins hinss..aku tau ko biasa~

Ita Shadila said...

for an excessive chocolate eater n compulsive shopper.. bila sebut langkawi terus teringat coklat n pinggan correlle + pyrex

@_@

kemudian barulah beaches, coral, snorkling, tugu helang, marina yatch, cable car gunung mat cincang + awesome viewing platform architecture yg mengayatkan.. huhuhuh

i miss langkawi *berangan mode*

Zety Zin said...

coklat!!! nyum nyum nyum!!!

mak suka daim! oh toblerone pun suka!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...