26 Nov 2010

Kerabu Sotong Nangis Punya

Pedas NM kerabu sotong nih, tahap mengalir air mata. Tapi walaupun pedas, rasa adalah sedapppp NM *matik la perasan* (eh tapi memang betul sedap tau ;p)

Mendapat ilham setelah melihat gambar Kerabu Sotong yang amat menyelerakan di blog CIB suatu ketika dulu. Yelah kan tengah diet ni, macam-macam terbayang kat kepala, tekak pun terasa nak makan macam-macam HAHAHAHA. Itu yang out of nowhere terbayangkan Kerabu Sotong.

Menggunakan konsep yang sama seperti CIB, saya guna aje apa yang ada dalam fridge tu. Jadi resepi di blog beliau lain sikit, saya punya macam biasa...campak-campak style ;p

Ohh lupa pulak...bersama lagi dalam rancangan Mari Masak Campak-campak (sambil ke depankan gigi bawah)

Ambik gambar guna pinggan baru beli from IKEA ;p
Perasan gambar makanan jadi lebih lawa daripada biasa sebab guna pinggan baru kah kah.
(BTW, snap guna iP saja)

Resepi Kerabu Sotong my style ;p
Sotong - 8 ekor, medium size (rebus dan tos air. Hiris ikut suka nak besar mana)
Bawang besar - 1/2 biji
Daun sup (sepatutnya letak daun ketumbar, tapi sebab takde belasah masuk daun sup hahaha)
Cili padi - 3 biji
Jus lemon -1/2 biji
Black pepper
Bawang goreng
Sos ikan - 2 sudu makan (bahan yang TERPALING penting. Kalau ini takda, jangan cuba-cuba nak try resepi nih bahahaha! Eh serius, sos ikan tu yang bagi rasa kerabu tu jadi sedap :D)

*update*
tambah serai untuk lagi umpphhhh!

*Bahan-bahan tu adjust sendiri ya?

I love my new iP's application. I bought it few days ago. Can you see the blurry effect on the picture? No way la kalau YB nak tukar handphone dengan haku! ;p

Ehh, dah lari topik ;p


Argghhhh...tengok gambar ni membuatkan saya nak membuat Kerabu sotong lagi! *lap air liur*

8 comments:

Sayang.Ibu said...

apsal nampak sedap sangat??? apakah kesan daripada gambar hasil IP, atau kesan daripada melihat gambar ketika perut kosong di saat jam 12.55pm??? muahahahaaa... tapi, dik.. mmg btol.. toksah pening2 kalo bhn x cukup, guna aje apo yg ado... campak2.. dan yg penting utk kerabu ialah sos ikan.. gerenti yummehhhhhhhhh

reena said...

Mana pinggan Corelle?

Oh lupa. Nak kasik pengantin. Muahaha!

swit@kon said...

terliur.

reena - pinggan mahu simpan dalam kotak. kang nak bagi pengantin tak elok plak. ahaks

Cik Tudung Merah said...

memang menangis ok tgk..sedap!

aS_c0mei said...

disebabkan entry u ni,i gigih la buat kerabu udang td!haha...sotong takde,nak jugak kerabu ni,belasah udang jeee...hihihi

cikcadbury said...

sos ikan brand ape eh u pakai? i tgk kat tesco brand pelik2 tulisan cina lak tu. xkose haku nak beli tp nak try kerabu ni..sbb jgn cuba2nk try kalo xde, kan..ekekke..

cc said...

sayang.ibu,
sy rs jwpn ialah pilihan yg ke-2 tuh ;p
lupa plak nk bubuh serai..klo letak serai confirm lg sedapppp :D


reena,
LOL!
sila kawen dulu utk dpt corelle haha


switakon,
try la babe, sng gila nk buat :D
(ya dlm kotak, dh beli okeh ;p)

cc said...

CTM,
jadi apa tunggu lg?
sila cuba, kalau tidak chef merajuk ;p


as comei,
udang pun sedappppp ;)


cikcadbury,
ya mmg brand pelik2 dlm bhs thai. kat tesco ada. i beli yg ada gmbr ikan bawal (tak ingt apa brand) made in thai. make sure ada logo halal okee? ;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...