8 Nov 2010

Makanan jadi sangat sedapkah kalau dikongsi bersama yang tersayang?

Gediks banget kedengaran tajuk di atas :p

Where?
Very Thai Restaurant, Berjaya Times Square (lower ground level)


Lunch di Very Thai bersama si dia minggu lepas, ketika si dia datang 'melawat'. YB tak nak makan benda lain selain nasi, so gigih la cari tempat makan yang provide nasi.

Berlakunya tragedi hati tersentap di sini. Takpa benda dah lepas,tak payah ingat. Bak kata pepatah, benda yang lepas tak usah dikenang. Ewahhh...

Macam teruja bila tengok menu. Gambar lauk pauk, nama menu yang ditulis dalam bahasa Thai diiringi sedikit descriptions dalam bahasa Inggeris nampak sangat menyelerakan.

Tapi maaflah saya dah tak ingat nama menu-menu yang diorder.
Ingat description saja...


Tofu with basil
Boleh tahan lah. Tofu dimasak bersama oyster sause (if I'm not mistaken) dan daun basil.


Chicken Tom Yum
Saya suka sebab masam and pedas dia terasa. Tapi YB tak suka sebab dia kata ada rasa manis. Bf mak tu pantang makan ada rasa manis-manis uols. Potong stim kata dia!


Steamed Siakap with Lime
Yang ini saya bagi tepukan berdiri! 5 stars punya sedap menepati piawaian tekak saya dan YB. Nom nom nommm...

Sungguh sedap sampai kering kuah dia kitorang hirup *lap air liur!


Tofu and fish served panas-panas. Nampak tak api kat bawah pinggan ikan tu? (Maaf uols, snap pakai kamera handphone...jadi kualiti paham-paham sajork)


Jemput makan!!!

Kepada uols yang minat Thai foods boleh la datang makan kat sini. Recommended as the foods adalah sedap.

10% discount kalau ada Jusco AEON Member Card. Saya terlupa nak bagi card tu time nak bayar, boleh??? Kalau tidak, dapat discount RM9.

8 comments:

swit@kon said...

korang makan macam berlima ok! ;)

cc said...

hahahahaha
ktorg kalau mkn mmg meriah. suka mkn lauk drpd nasik :p

kaezrin said...

dia nya food chain sama mcam amarin thai in midvalley, flying chillis in pavilion, absolute thai in the curve, basil in bangsar village 1..

hah panjang tak list nih..kakakakakakak

but ikan tuh mmg 2 thumbs up

yah-senbest said...

mhlnye skli mkn rm90

cc said...

kaezrin,
hamboi kak elin..musti pernah masuk sume chain rest dorang =P
patut la nmpk familiar je sume tu wpun nama lain


yah-senbest,
mkn kt tony roma's lagi mahal woooo

Wahida Shukeri said...

ko ni mmg leh jadi referee aku untuk makan la..terbaik...yg fruit fresh tu pun dok pending ag ni...haha

reena said...

Haha. Agree with ahkon. BAbe, kalau nak tomyam meletup, ada 1 kat Bangsar. Tapi bukan restoran. Dia gerai tepi jalan je. Depan kedai cina. Selalu bukak malam. Apa ntah nama kedai tu i lupa. Perghhhh wa cakap lu tom yam dia kaw kawww punya (ikut standard i & bf i la). Kira lepas piawaian la.

cc said...

wahida shukeri,
pegi la try babe tutti frutti tuh, YB pun dah addicted skrg nih. hehe


reena,
apa nama kedai tu? nt ada ms harus terjah! :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...