26 Nov 2010

Resepi Salad Tuna (5 minit confirm siap)

Hiiii semuaaaaaaaaa *lambai tangan laju-laju*

Berjumpa lagi dalam rancangan... "Mari Masak Campak-campak" *matik la tajuk rancangan tak komersil langsung!* (oh ya jangan lupa depankan gigi bawah anda untuk mengambil mood chef tersohor ngeh ngeh ngeh)

Ada beberapa rules penting yang harus diingat ketika diet. Antaranya ialah; (so far it works for me. Tiada rasa lapar, tiada rasa terseksa. Trust me ;) )

  1. Mental kena kuat. Saya tak makan nasi, tapi keluarga abang di rumah makan nasi. Nasi putih panas tu kalau 'terbang' bau dia perghhhh automatic perut akan nyanyi lagu keroncong. Tapi saya kuatkan mental, cakap dengan diri sendiri "Aku dah berjaya tak makan nasi 4 hari, takkan nak sia-siakan 4 hari tu? Then nak reset balik hanya disebabkan sepinggan nasi? Tak berbaloi!"
  2. Jangan berlapar and don't skip your meals. Kalau lapar, you tend to eat more. Believe me. Been there, done that. Bila tengah diet ni, jangan seksa diri. Kalau biasanya kita makan 3 kali sehari which are breakfast, lunch and dinner. Time diet ni sila tambah kekerapan anda makan daripada 3 kali kepada 5 kali. (Apa ko ajar orang makan banyak ni syaiton?). Hahahaha. Tambah 2 kali snack between breakfast and lunch, another one snack between lunch and dinner. Snack time tu janganlah pulak melantak makan berat, sia-sia sajalah tak makan nasi kalau jumlah kalori makanan lain lebih tinggi. Betul tak? Just makan apple, crackers (bukan Oreo ke Chipsmore ke okay? Pilih wholegrain crackers yang tawar tu, memang tawar dan tak sedap). Kata diet kan? Ko nak makan biskut sedap-sedap tak payah diet la! *matik la sound orang*
  3. Be creative bila masak menu diet. Makan benda yang sama berulang-ulang memang anda akan jadi cepat jemu. End up anda akan give up dan stop diet. Percaya tak? Sila percaya sebab yang tuan punya badan pernah melalui keadaan itu suatu ketika dulu. Bahaha. Variety kan menu diet anda. Kalau rajin google la diet menu yang anda suka. Bersepah resepi kat dalam internet nih ;)

Ok enough with macam-bagus-punya-tips kah kah kah. Mari tengok resepi Salad Tuna yang paling mudah untuk disediakan. 5 minit confirm siap. Kalau tak siap tu bermakna anda tak biasa buat kerja kat dapur :p

(Teruskan ke depankan gigi bawah anda untuk mood chef tersohor lagi!)

Chuncks Tuna in Olive Oil
Kalau tak nak beli yang dalam olive oil, beli tuna in water pun boleh.

Salad dressing made of lemon juice, extra virgin olive oil, salt and pepper
Sebatikan kesemua bahan.

Salads
Saya beli yang dalam packet sebab ada macam-macam jenis dalam tu. Plus jimat masa tak payah nak 'koyak' daun salad 1-1 keh keh keh.


Onion hiris nipis
Ini bahan tambahan nak bagi salad jadi umpphhhh. Tanpa bawang salads ku terasa hambar =P


Campak kesemua bahan ke dalam mangkuk dan gaulkan sampai anda puas hati dengan tahap keserasian bahan-bahan tersebut.
Seterusnya, bersedialah untuk menikmati salads anda!
Kalau nak makan dengan roti pun boleh. Jadikan sandwhich.
Jangan lupa rules #3, BE CREATIVE!

Selamat mencuba puan-puan, kakak-kakak, adik-adik :p

3 comments:

misSkiva said...

hehe..yup..betol3x..dah banyak kali tukar cara diet..paling penting jangan skip makan..hehe..
tp..sekarang x diet..cume jaga makan je..sbb allergic..
sile percaye dengan hanya makan ikan dan nasi, berat anda akan mantain dan berkurangan..
walaupun sebenarnye makan ikan hari2 boleh membuatkan meroyan nak ayam..nak sotong..nak udang..huhu..
berat saye da berkurang sebab da xlalu nak makan ikan..sedey..

reena said...

Hmm..Klu i buat resepi ni, tak sampai 1 minit kot. Bukak tin, terus sapu kat roti. Sebab i tak makan sayoq. *Larikkk*

Sayang.Ibu said...

looking great laa dik.. *sambil tenung babats kat perut yg org lain x nmpk*... :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...