2 Nov 2010

Tak tahu nak update apa?

Nak cerita pasal kursus macam bosan gila je hahahahaha. Ada ke orang nak baca?

Ada kot sebab kalau gua letak nama penuh kursus confirm ada yang google nanti! Yelah, batchmates gua ada lg 2/3 belum attend kursus tu. Mesti depa nak tau apa aktiviti sepanjang kursus berlangsung. Untuk preparation la konon-konon. Macamlah gua tak tahu!

Tapi, gua pergi kursus hari tu tanpa google apa-apa hoccay!
(dah 'gua, taip 'okay' jadi 'hoccay' pulak. Baru nak feeling brader-brader, dah kedengaran macam mak hayam)

Gua redah je pergi kursus tanpa baca pun buku Malaysia Kita tu. Walaupun dah diberitahu akan ada exam. Lu orang ingat gua rajin sangat ke? Gua beli je buku tu, sampai sekarang gua belum baca pun kah kahhh. Padanlah muka gua sebab hari tu masa nak jawab soalan exam, menggelupur gua dibuatnya!

Tapi sebab gua sedikit keji kali ini, gua malas nak cerita. Nanti time kursus pandai-pandailah lu orang settlekan apa yang urusetia suruh. Keh keh kehhh *gelak jahat

1 comment:

misSkiva said...

kekekeke...nasib baek guwa xterlibat dalam ini gambar..kalo x musti guwa secare keji nye suh lu buat entry khas..tehehe..>_<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...