3 Dec 2010

Acara menepek gambar makanan lagi (edisi menu orang diet)

Siapa kata makanan orang diet tak sedap? Salah sama sekali. Senang je nak jadikan menu diet anda menarik, be creative :D

Bertemu sekali lagi dalam rancangan Mari Masak Campak-campak dari dapur... Chef Tuu. (jangan lupa ke depankan gigi bawah anda!)

Menu 1:
Dada ayam dan sayur dimasak bersama sos tiram dan lada hitam.


Sayur yang diperlukan;
Brokoli
Saleri
Lobak merah

Cara2:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia (saya guna minyak zaitun untuk menumis).
Masukkan ayam dan kacau sampai ayam hampir masak.
Masukkan sayur dan kacau (saya kacau kejap je sebab suka sayur tu rangup dan tidak 'benyek' bila dimakan).
Masukkan sos tiram, sedikitttttt garam dan lada hitam. Siap!


Menu 2:
Makaroni sup


Masak sup macam biasa jadi tak payah ajar :p


Menu 3:
Dada ayam dipanggang dan salad


Dada ayam diperap bersama;
Sos BBQ
Madu
Bawang putih
Lada hitam

Salad dressing guna jus lemon dan minyak zaitun


Sekian melapor menu diet untuk minggu ini.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...