6 Dec 2010

Ahad yang produktif

Boleh tak gua lupa esok adalah cuti umum? Sejak minggu lepas memang tak teringat langsung Awal Muharram adalah cuti. Hari ni gua masuk kerja, tengok kat punch card ada tulis 'cuti am'. Danggg! Gua rasa rugi gila tak apply cuti rehat hari nih. Kalau tidak, tentu sekarang gua tengah bersenang-lenang menghirup udara segar di kampung halaman.

Punyalah gua concentrate dengan kerja, sampai gua lupa minggu nih ada cuti am. Pasti boss gua bangga dapat pekerja berdedikasi macam gua nih. Kah kah kah.

Lu orang buat apa hari Ahad semalam?

Gua buat macam-macam. Sehari suntuk gua tak rehat. Tapi badan gua tak rasa sakit atau sengal pun. Gua rasa mesti sebab multivitamin dengan calcium yang gua telan tiap-tiap hari tu berkesan. Tak sia-sia gua beli mahal-mahal.

Pagi-pagi lagi gua dah bangun buat laundry. Walaupun malas gua kena buat jugak sebab bakul laundry gua dah penuh. Baju dalam kotor pun banyak. Kalau gua tak basuh, gua nak pakai apa minggu nih, kan? Jadi gua basuh jelah walaupun malas.

Lepas tu gua kemas bilik pulak. Gua dah bosan dengan susun atur perabot dalam bilik gua tu, jadi gua ubah kedudukan mereka. Sekarang gua punya bilik lebih lapang. Gua nak bentang tikar senaman sambil buat push up pun boleh. Kah kah kah.

Semalam gua jumpa macam-macam harta karun masa kemas bilik. Lu orang baca la entry nih sampai habis, nanti lu orang tahu la apa gua jumpa. Lu orang jangan skip tau? Penat nih gua menaip sambil otak ligat berputar mencari sebuah idea. (Tengok? Kan gua dah start...)

Lepas tu tengahari, gua bawak anak-anak buah gua keluar tengok wayang. Anak-anak buah gua baru first time nak merasa tengok filem kat panggung. Nasib baiklah cerita Repunzel tu best. Anak buah gua gelak rilek-rilek je, gua pulak yang ketawa terbahak-bahak. Gua suka la Maximus si kuda tu, agak annoying tapi kelakar.

Lepas balik tengok wayang, gua bawak budak-budak tu pergi Sogo. Beli peralatan untuk berenang. Anak-anak buah gua sibuk suruh ajar swimming. Being angelic (lu orang jangan ketawa!) auntie, gua pun swap la credit card belikan budak-budak tu swimming board dengan google sorang satu T____T.

Anak-anak buah gua tu cepat 'tangkap', gua ajar bubling dengan kicking cepat je dorang pandai. Cerdik macam makcik dia jugaklah kan? *hins hins*

2 jam gua berendam kat swimming pool. Time anak murid gua lari pergi kolam cetek, gua pun practice la balik skill breast stroke yang gua belajar kat swimming class dulu. Sekarang gua dah takda masalah swimming dari hujung ke hujung kolam. Ehh, gua bukan nak berlagak :p *waving kat member-member gua yang sama-sama pergi kelas berenang dulu* Keh keh keh...

Malam tadi gua buat kerahan tenaga kat anak-anak buah gua. Gua mintak tolong dorang lipatkan baju kurung, tudung, t-shirt dan 'sotong kering' gua yang dah 2 bakul menimbun tu. Lepas dah mengepow gua sepanjang hari, ingat gua tak kenakan upah ke? Silap orang la. Dorang mana berani nak malas-malas, gua ugut cakap je "...tak nak bawak pergi swimming pool lagi!" semua jadi patuh pada arahan gua secara automatiknya. Tektik beb. Keh keh keh.

Gua paksa suruh anak-anak buah gua susun koleksi tudung gua jadi macam dalam gambar tu. Cantik tak? Masing-masing beriya melipat dan menyusun dengan begitu kemas sekali. Kah kah kah. Gua sukalah guna tenaga buruh kanak-kanak. Dorang tak banyak songeh. Muahahah.

Lu orang ingat lagi tak, sebelum puasa hari tu gua ada bilang gua kehilangan something yang bapak gua bagi?

Semalam masa tengah alihkan katil, gua jumpa balik gelang emas tuuuuu. Gua dah story mory sama Jah Mon. Dia kata gua kena buat sujud syukur semalam. Gua cakaplah dah ucap Alhamdulillah dan syukur banyak-banyak kali dalam hati (sebenarnya gua takut nak bilang gua tak ingat apa bacaan sujud syukur. Gua takut Jah Mon basuh gua kaw-kaw). Ke sujud syukur takda bacaan? Gua confuse pulak sujud syukur dengan sujud sahwi. Lu orang jangan gelak-gelak, gua dah lama habis sekolah.

Selain gelang, gua jumpa note 50 dalam envelope kecik dalam laci. Yang note 10 tu pulak gua jumpa dalam kotak make-up. Kalaulah tiap-tiap kali mengemas, gua jumpa duit...seronoknya. Confirm gua rajin mengemas!

Gua punya Ahad sangat produktif, Ahad lu orang macam mana?

4 comments:

reena said...

Oohh ada udang di sebalik batu ye belanja budak2 tu swimming suit bagai..Heheh.

Ahad i tak produktif sangat. Nak produktif macam mana, dah sakit.

ayydan said...

OSTAJAH,

sujud sahwi tu sjud kalo kite terlupa baca qunut atau terlupa berapa rakaat yg kita tgh solat.

Sujud syukur ni ha caranya:

Rukunnya
1 Niat
2 Takbiratulihram
3 Sujud
4 Memberi salam

Syarat-syaratnya
Disyaratkan sujud syukur dengan beberapa syarat :
a. Suci dari hadath besar dan kecil
b. Suci dari najis samaada di badan, pakaian dan tempat
c. Menghadap ke kiblat
d. Menutup aurat

Cara-cara melakukannya.

Pertama : Niat, SAHAJA AKU SUJUD SYUKUR KERANA ALLAH TAALA
Kedua : Mengangkat takbiratulihram, ( ALLAHUAKBAR )
Ketiga : Sujud, sepertimana sujud dalam Solat

reena said...

This is the real Ostajah (Merujuk kepada pengkomen di atas). Dapat banyak pahala ni :)

misSkiva said...

kite baru beli hanger tudunng cam cc punye...suke..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...