2 Dec 2010

The best Assam Laksa

...is no where other than at Little Penang Cafe. Terpaling sedap ditekak sayalah, tekak orang lain saya tak tahu :p


If makan kat LPC wajib order Assam Laksa. Kalau order benda lain rasa macam berdosa pulak. Ceh overrr!


Mangkuk sangat besar dan portion semangkuk laksa ni memang banyak wa cakap lu. Mewah dengan isi. Kuah pekat. Tiap-tiap kali makan memang failed untuk habiskan sebab memang banyak gila tak boleh nak habiskan.

*lap air liur*

Memang tak ralatlah bayar RM10.90 untuk semangkuk laksa yang sedappp macam nih!


'Lobak'. Isi ayam yang disalut dengan tofu. First time try makan Lobak ni. Serius sedap gilaaaa! Dipping sause dia pun sedap. Definitely akan order kalau singgah kat LPC lagi.

Menelan liur dari tadi di ketika menaip entry ini haihhh.

P/S: Sekarang musim sejuk (macamlah kat Malaysia ada winter ;p) maka memang banyak entry pasal makanan. Blog ini pun bermusim-musim juga. Winter, lapar dan makanan kan tak dapat nak dipisahkan? Nasiblah.

4 comments:

FAM said...

tiap kali lalu nak singgah jadi bantut dek sbb ada tulisan cina tu. ragu2 psl halalnya.

swit@kon said...

laksa yang sedap tidak boleh manis. masam nyer secukup rasa. ikan mesti manyak. cili untuk bagi kick dan sedikit berair supaya sedap untuk hirup. aaaa drooling!

aZr|n said...

asam laksa sedap dah jumpa.

kat mana lak nak cari laksa johor sedap??
craving for laksa johor.
asik2 makan kat laksa shack sajork.

any idea uols???

cc said...

FAM,
yakin sahaja kak.
kalau nak cakap pasal sijil halal, memang banyak premis makan takde sijil halal from jakim. food court kat KLCC sbg contoh, 1 pun takda sijil halal daripada jakim.
setahu sy, owner LPC mmg chinese, tp crew masaknya Melayu, muslim insyaAllah :)


swi@akon,
aiseh baca ur description mbuatkan spt nk mkn lg -__-"


azrin,
wpun i org jhr, tp i kureng suka mkn laksa johor babe! all time fav mmg laksa penang :D
so tatau la kt mana blh dpt laksa johor yg sedap..huhu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...