9 Dec 2010

Cheesy bread hantam sajalah labu

Malam semalam perut lapar kriok kriok tapi perasaan nak memasak adalah amat malas sekali. Tapi terpaksa 'turun' ke dapur jugak sebab kalau tidak, confirm tak boleh tidur sebab kelaparan.

So disebabkan malas, menu dinner adalah cincai boncai sahaja. Guna konsep hantam sajalah labu asalkan perut haku kenyang.

Tajuk menu: Cheesy Multigrain Bread (ala-ala pizza) *nama menu tak komersil langsung*




Ketika proses pembakaran...

Roti tu buat macam roti telur biasa. Salut dengan telur di kedua-dua belah permukaan, masak atas non stick pan (minyak letak sikittt je).

Lepas dah siap goreng, letak atas baking tray. Taburkan daun sup, daun bawang, cili dan sosej (grilled atau rebus dulu).

Tepek cheese atas roti. Kalau guna Mozarella lagi sodap. Bakar pada suhu 200 darjah celcius selama lebih kurang 5 minit (atau sampai cheese cair). Siap!




Mahu potong 3 segi ala-ala sandwiches pun tarak hal...




Tak mahu potong, biar saja 4 segi pun tarak hal...

Tapi, saya suka makan macam ni...




Lipat dan nikmati!
Letak cili sos banyak-banyak, lipat dan ngappp. Syorgaaa!

Makan 2 keping sama dengan kenyang NM! Kalau makan roti gitu je kadang-kadang 2 keping pun masih lapar kekeke :p

Location:Jalan Dutamas 2,Kuala Lumpur,Malaysia

3 comments:

reena said...

Ya allah tengok sedapnyaaaa! Oitttt orang diet mana boleh makan sosej. Harommmm :p

~eiyra~ said...

perghhh.. mcm sedap NM gak!

Sayang.Ibu said...

dik..berdezuppp hakak pi buat kat dapo... thank u dik, ada gak idea hakak nak mencekik apa ptg2 nih.. :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...