2 Dec 2010

Kerja Sekolah - Tentang saya

Kerja sekolah ini diberikan oleh Cikgu Intan. Setelah sekian lama tak buat kerja sekolah macam nih, jadi marilah layankan sajork =P

1. Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Duit. Takda duit semua benda tak jalan. Betul tak?

2. Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Sandwich untuk lunch semalam

3. Di manakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Most probably rumah bonda di kampung (sebab usul nak buat kat dewan telah ditolak mentah-mentah oleh Jah Mon). Tema?Belum fikir.

4. Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Iya =P

5. Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Soalan pelik. Patutnya tanyalah dah berapa lama korang bercinta. Ye tak?

6. Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Tak selalu jumpa

7. Novel/ buku/ majalah terakhir dibeli?
What Were They Thinking by Jeffrey Pfeffer

8. Apakah nama penuh korang?
HLSAS (bagi initial je, bagi full name nanti orang google jumpa lak nama haku - bajet femes wakaka)

9. Antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
Emak of course

10. Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
AC Mizal. Nak mintak tips untuk jadi penyamun moden muakakaka!

11. Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Ya. Tidak kalu siapa mahu tolong basuhkan?

12. Manakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Memenangkan jiwa di tanah suci

13. Pilih salah satu, peluk atau cium?
Gua tamak, nak 2-2 boleh? =P

14. Beritahu 3 perkara tentang orang yang beri tag?
  • Pendidik anak bangsa
  • Tinggal di JB
  • Cantik!

15. Lima 'benda' yang paling disayangi dalam hidup anda?
  • Kici
  • Laptop
  • Smartphone
  • Novel pemberian YB dan kawan-kawan masa birthday tahun lepas
  • Handbag hadiah daripada Abang No.12

16. Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Paling suka - I don't want to miss a thing
Selalu dengar - Kalau berpacaran (asal bukak radio mesti lagu nih keluar!)

17. Bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
09.12.1985 - seminggu he lagi ehemmm =P
Kawan-kawan buat surprise kat KFC

18. Lima rakan bloggers yang korang nak tag:
Pemilik blog:
Life Is A Big Canvas
Switakon Santuary
Konspirasi Bising Memekak
Cik Tudung Merah
FAM's Blog; Womanhood, Mommyhood, Bloghood

Sekian, kerja sekolah tamat.

P/S: Anggaplah diri anda bertuah kerana terpilih untuk membuat tag ini muahahaha.

5 comments:

swit@kon said...

jawapan paling meletup adalah jawapan kepada soalan no. 10. cayalah babe!!!

ayydan said...

alamakk!

FAM said...

eh...apsal ahkak terkena dik? mekasih lee ;p

cc said...

swit@kon,
sarcastic punya jawapan ;p


ayydan,
alapak!


FAM,
lu kena beb!
muahahah ;p

reena said...

Wahahaa. Terkena gua. Okay nanti gua buat. Jawapan no 10 tu tak boleh blah! Haha.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...