21 Dec 2010

Kezutan hari lahir ;p

Cerita basi sebab dah seminggu lebih 'peristiwa' ini berlaku.
Baru cilok gambar daripada Abang No.12 weekend lepas.
(Gambar-gambar adalah hak milik abang guwe, guwe letak watermark sajork keh keh)

Nak cerita ke macam mana my sister plan the surprise? Macam malas nak menaip panjang-panjang
(Dulu rajin, sekarang malas. Azam tahun baru ialah; update blog pendek-pendek je hahahaha).

Bagi ringkasan jelah eks? Kakak aku mintak tolong jagakan Kazim sebab dia nak attend wedding (tak boleh bawak baby katanya. Aku yang lurus bendul ni percaya la bulat-bulat memang wedding tempat grand tak boleh bawak baby *sejak bila entah aku lurus pun tak tahulah) . So basically dari situlah aku terpedaya dengan segala komplot yang melibatkan kakak, abang, YB dan BFF aku.

Aku masuk-masuk je dengar dorang nyanyi lagu Happy Birthday. Siap dengan staff kat Chilli's tu nyanyi jugak -__-". Aku tutup muka dengan handbag, tak caya pergi tanya dorang :P. Tindakan refleks namanya haha.

Kalau aku tau ada surprise, aku make-up vogue sikit supaya keluar efek menarik dalam gambar muahahaha. Ini make-up 15 minit, cincai boncai macam muka tak siap. Kesian aku :p

(Anda lihatlah betapa insafnya birthday girl, order air suam je ko! Kah kah)

Nah ulang tayang kek birthday aku daripada entry ini. Kek berperisa Red Velved from Just Heavenly. Aku suka kek dia tapi frostingnya aku kureng gemar sebab too creamy. Makan sikit dah muak dowh.

Makanan-makanan kat bawah ni semua kakak dengan abang aku yang order. Bil pun depa yang bayar. Aku datang lenggang kangkung bawak perut je lalalala~
(Nama menu satu pun aku tak tahu, aku malas nak buat 'research' kat website Chilli's. Kalau korang nak tau, pergi cari sendiri. Keji gila aku hari ni haha. Nasib la)

Dada ayam yang digoreng dan dicelup dengan BBQ sauce. Aku kurang suka sebab sos tu rasa manis.

Yang burger ni, aku mengelat sebab makan beef patty dia sajork. Rotinya aku tinggal. Hahahahah.

Yang ni sedap! Aku makan 2 keping =P. Isi dalam dia ayam dengan kentang kalau tak silap.


Budak kecik ni tak heran pun orang amik gambar ke apa. Dia dapat fries, terus senyap dia kat meja tu. Elok je dia duduk (ke berdiri? :p) diam-diam makan kat tepi.

Walaupun mata tengok kamera, makan tetap makan :p

Apasal muka aku kerek dalam gambar? Birthday girl mesti mau kerek, bajet best sebab jadi orang yang diraikan. Muahahahaha.

(Kazim masih khusyuk makan fries =P)

BFF aku tak cukup korum dalam gambar. BFF yerr, bukan BF. BF memang ada satu je maka yang disebelah itulah orangnya. Jangan berani-berani nak menambah bilangan BF jadi DUA, nescaya kayu besbol akan hinggap dikepala (tak tahulah kepala aku ke kepala si polan yang lagi satu yang akan kena :p).

Dua orang BFF aku tak dapat datang. Sorang outstation kat Kuantan, sorang lagi ada urusan keluarga. Maka PK, Pinot dengan Dot datang bertiga sajork.

Sekian laporan bergambar tentang kezutan hari lahir saya =P

3 comments:

Wahida Shukeri said...

dalink, mcm bese cantik tie rack ko...nak jugak...muka dia nampak suci bersih la..jeles...anyway, happy bufday yang....

Kasim Ahmad said...

hepy besday..heehe

New Post : kah kah kah kah kah

CikJJ said...

cume mampu temankan si tudung putih tu cari baju kaler hijo kat sini..hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...