28 Dec 2010

Laporan bergambar di Stadium Bukit Jalil :p

Masih dalam mood bola sepak, ey? Ya gamaknya selagi tak selesai perlawanan malam esok. He he. Lama dah tak pergi tengok match kat stadium, last time pergi masa zaman student dulu. Tahun 2008, tengok final Piala Merdeka Malaysia lawan Vietnam. Malaysia kalah penalti T___T.

Penulis adalah malas untuk goreng entry, jadi entry kali ini ialah gambar berserta caption sajork. Dasarrr... pemalas

"Negarakuuuuuu..."
Semangat babe time nyanyi lagu negaraku. Excited pasal dah lama tak nyanyi kot? Haha. Mahap la yerr, dapat gambar back view para pemain je. Tiket gua tiket biasa derr, bukan grand stand :p

Mari berpelukan sepasukan

Ado pulak mala'un mana entah jatuhkan 'suar' dekat-dekat seat yang kitorang duduk tu. Habis berasap beberapa minit. Terpaksa tutup hidung dan tunduk.

Final score yang indah...
Time Indon dah kena bubuh 2 bijik, ramai fans Indon yang dah start angkat punggung. Bila kena 3 bijik, lengang terus seat yang pada asalnya penuh. Bitter la tu tak sanggup nak tunggu sampai game habis. Haha.

Bf siapalah nih =P
Pakcik nih memang semangat habis la. Suara sampai serak dok menjerit tak ingat dunia. Lagu 'Inilah Barisan Kita' tu entah berapa kali dia ulang. Tiap kali gendang bunyi je nyanyi. Gendang bunyi je nyanyi. Haku yang dengar ni yang letih, dia tak letih-letih. Belum masuk terkinja-kinja atas kerusi lagi. Hadoih -__-"
(Saya pakkal je segan nak berdiri atas kerusi, tidak kalu dah join sekaki :p)

Bakal abang ipar =P
First time jumpa, time raya hari tu tak jumpa sebab dia dah balik KL. Ado yang berkenan? Single and available lagi nih keh keh keh...

Nasib baiklah pakai Tie Rack yang ado kale kuning, 'masuk'lah jugak dengan t-shirt Nike 'Tanah Tumpahnya Darahku' tu. Tidak kalu? Konsep caca marba guwe malam itu haha.
Seronok weh tengok bola kat stadium (final jelah, game biasa koserrr haku :p), lain kali kalau si suami or si bf ajak tengok sila ikut =P


Tak sabar nak tunggu game malam esok! :D

4 comments:

~ As ~ said...

esok anak aku pakai jersi yg sama lg utk semangat bola! eekeke

Joy said...

salam. i was there too! teruja yg amat. tiap kali score. lompat2 lupa daratan n x sabar utk game esok jugak ;)

reena said...

Alaaa i tak minat bola beb. Bf tengok bola, i sedap je berdengkur. Hihi.

reena said...

Tapi at least i tau World Cup tu apa. Tetttttttttttt! :p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...