20 Dec 2010

Resolusi 2010 - baki bawa ke hadapan

Ko ingat resolusi tu buku lejar? Baki boleh forward? Feduliks ;p

Mengimbas kembali entry Resolusi 2010 yang saya tulis pada 2 Januari 2010, terdapat 3 perkara BESAR yang saya tumpukan pada tahun ini. Hasilnya? Hanya 1 daripada 3 perkara tersebut berjaya saya capai *tutup muka

  1. KERJAYA
  2. JASAD
  3. HARTA

Yang pertama sahaja berjaya saya gapai pada tahun 2010. 2 perkara lagi terpaksa 'baki bawa ke hadapan' ke tahun 2011. Kah kah kahhh.

Kerjaya.
Alhamdulillah semakin stabil. Terhapusnya status 'kontrak' di dalam perjanjian yang dimeterai.

Jasad.
Masih berusaha untuk mengurangkan keberatan :p. Wishlist hari lahir hari tu semua dapat uols! *joget joget. Pinot bagi saya digital scale. SCARYYY (like seriously!) okeh naik digital scale. Keji tau penimbang tuh, berat bertambah 2kg berbanding penimbang biasa T_____T *edisi tak dapat terima kenyataan

Anyway, tak depress. Bak kata Cosmopolitan Malaysia, itu berat bahagia :p. Diet without nasi dah dihentikan kerana kurang berkesan. Metabolisme badan makin menurun rasanya. Jadi resolusi baru adakah untuk makan seperti biasa (walaubagaimanapun - *hambek ko kata wacana dalam karangan haku bagi!* kuantiti pengambilan nasi akan dikurangkan, sekali sahaja dalam satu hari), beserta senaman di gym.

Plus, baju-ajaib-yang-menyiksakan akan dipakai semula berkuatkuasa serta merta. Awal tahun tempoh hari, saya memakainya secara tekun selama 2 bulan. Hasilnya? Tiada penambahan berat badan berlaku. Serius. Jadi, marilah teruskan siksaan dengan cogan kata 'No pain, no gain'.

Harta.
Force saving akan dibuat iaitu membuka akaun ASB untuk simpanan hari tua. Simpanan disertakan dengan doa dan niat; duduk diam-diam dalam akaun dan membiaklah engkau wahai duit. Amin...

Kahwin?
Insya-Allah bukan tahun 2011. Sekian.

9 comments:

~ As ~ said...

tak nak try premium beautiful??? mahal tp semua org bagi testi mcm best je. (jgn tnya aku sbb mahal betul bah)

FAM said...

ASB is good, kena disiplin utk simpan sendiri. never go for loan. rugi sebenarnya.

lailasani said...

selamattttt!! moga2 resolusi ASB itu terus berkembang biak (ade ke perkataan ni?)...
inshaallah.... kena disiplin tinggi mcm disiplin nk turunkan berat jugak..:)

CikJJ said...

Kahwin?
Insya-Allah bukan tahun 2011. Sekian.

boleh tak cuba buang 'bukan' tu..ngeh3

swit@kon said...

tahniah atas pencapaian.
kebetulan plak 'ahkak' ni bukak email tatkala 'ahdik' belum mendapat surat. skang dah satu jabatan pung.

badan tu, biar sihat je. berisi sikit tapi. jangan sakit. :)

ASB - silalah buat force. kalau tak?? lebur gitu je lah. bercakap sebab dah merasa.

kahwin - nanti bitau k. nak buat baju siap2. :P

cc said...

AS,
baju-ajaib-yang-menyiksakan itu merujuk kpd PB lah ;p


FAM,
if buat personal loan then invest dlm ASB rugi eks? serius?


lailasani,
mmg kena disiplin kak. sedar diri dah tua, baru la hegeh2 nk menyimpan..tsskkk
tp ok la kn ado gak kesedaran drpd xdo langsung..hehe

cc said...

cikjj,
AMIIIINNNN (tengok aku aminkan dgn penuh perasaan ;p)


swit@kon,
'ahdik' bg laluan kat 'ahkak' dulu maa..mana blh langkah2...jadi pesanan btukar tangan, nt nk kwen bgtau k? nk buat baju siap2..muehehehe

i.s.z.a.n said...

kenapa BUKAN? alaaaaa

reena said...

yg last tu typo kan tertaip 'bukan'?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...