27 Dec 2010

Tanah Tumpahnya Darahku

Itu cogan kata rasmi t-shirt kelab penyokong bola sepak Malaysia.

Game malam tadi? Worth every penny spent. Tengok kat stadium lain tahu feeling dia dengan tengok di rumah ataupun di Mamak. Walaupun berpeluh-peluh berlengas satu badan, panas dan terpaksa menahan nafas daripada asap rokok yang brader seat depan dok hembus setiap 30 minit (memang penghisap rokok yang tegar!), menyaksikan perlawanan bola antara pasukan Malaysia dengan Indonesia di stadium memang berbaloi!


Tak sia-sia teruja lebih beli tiket awal (kirim kat Abang No.12 sebab rumah dia dekat je dengan Wisma FAM Kelana Jaya hehe), nasib baik tak over beli tiket grand stand =P

...dan disebabkan oleh keterujaan jugaklah, YB dengan murah hatinya telah belanja official supporter t-shirt kat Nike semalam. KEH KEH.

Gua dah standby bawak jersey Chelsea dalam handbag, nak gerak pergi stadium zasss tukar costume sukan berjenama Chelsea HA HA. Tapi dia kata takda semangat Malaysia, tu yang sanggup belikan t-shirt lain. Itulah bf saya, kalau dah teruja ko cakap apa pun sesen tak guna -___-"


Sekali lagi tak sia-sia :p
At least berbaloilah beli lapan-ploh-sembilan-hengget semata-mata bola punya pasal miahahah.

Despite being accused cheating with the laser thingy (tak tahulah supporter team mana yang main benda laser tu), I was really proud with Malaysia's team. Dari first half lagi dah banyak buat counter attack. Cuma takda finishing yang menghasilkan gol. Masuk second half, Indon banyak kontrol bola. Tapi lepas je incident perlawanan konon-konon nak ditangguhkan tu, momentum pemain Indon drop. Rentak percaturan mereka lari, I guess? Kesempatan tu diambil oleh pemain Malaysia untuk menghasilkan gol. Bukan satu tapi TIGA. Well played boys!

Harap-harap kecemerlangan dalam game malam tadi akan berterusan ketika perlawanan timbal balik di Stadium Bung Karno, Jakarta berlangsung hari Rabu nanti. Tolonglah jangan ubah game jadi defensive, nak game laju macam malam tadi please.

Hari Rabu ni jom pakat pakai jersey Malaysia sambil tengok tv kat rumah =P

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...