8 Dec 2010

Tektik baru

Scammers nih memang takda kerja lain kan? Dulu hantar email kat orang, dok kata kita menang lottery! Nama kita terpilih sebagai pelanggan yang bertuah. Kejadah jadi pelanggan bertuah, beli barang daripada depa pun tak pernah.

Tadi check ada email masuk, nama perempuan Melayu. Ingatkan nak tanya pasal handbag ka apa ka. Rupanya...

:: klik untuk besarkan ::

Hamboih!
Mintak duit tak agak-agak, 1.5k Pound Sterling. Hampa ingat 7.5k Ringgit Malaysia tu tak banyak ke? Cheq tetaplah tak mau bagi kalau iye sekalipun hang nak bayaq balik siap bunga.

Hangpa rasa Nor Syara Izawati ni tau dak email dia ada orang hack? Saya pi gugel nama dia sat tadi, keluaq banyak gak nama minah ni. Ada FB, ada group apa entah minah ni join kat Yahoo Group.

Minggu lepas keluaq kat sokabaq pasai sorang cikgu ni kena tipu dengan 'kawan' yang dia kenai hat FB. Kawan from Iran katanya. Mintak 'pinjam' RM15k dengan alasan nak pi mengaji pasai ugama. Keji sangatlah gunakan ugama untuk kepentingan diri.

4 comments:

Cik Tudung Merah said...

beb, i pun penah kene mcm ni.email & akaun fb kene hacked.

hackers tu hantar email kat semua orang gune email i yg dia dah hacked tu. dan luckily sorang yang dia email ni kawan i.kawan i terus call nak clarify. dalam email tu cakap i stucked kat London sebab kene rompak and need cash 1.5pound untuk balik Malaysia. Gilerrrrrrr...sampai skang i takleh nak log in email & acc fb i tu. i dah buat report polis, yahoo & fb tapi biase la, takde tindakan.

aZr|n said...

tu la, salu gak dapat email macam nih. tapi iouls mmg ignore ja sebab tau semua tu fanifu.

eh, pandai uols guna bahasa utara!
hehe.

knv said...

dik, scam cam ni memang banyak kat UK dulu. ini pun mungkin ciplak dari sana kot pasal mintak duit pun dalam pound sterling kan?

dulu kami kena jugak masa buat jual beli kat ebay UK. konon nak beli barang yang kita nak jual, nak bayar harga mahal tapi suruh kita hantar barang dulu. amat suspicious so kami report pada ebay UK. rupa2 memang banyak scam gitu.

hampeh tul depa ni. ingat orang senang2 nak bagi duit gitu.

reena said...

Skang banyak spam/scam guna email nama Melayu..Cam email kawan i pun kena. I ingat dia hantaq email, tapi awat tulis pelik sgt aihh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...