29 Jul 2010

Midnight baker, I am

Have you heard the news?
What news?

Dapur dah berasap balik *pukul gong - dongggggg! hehe. Cukuplah kan rehat 4 bulan. Kalau preggie dah masuk second trimester pun
(Eh betul ke? ke salah? Hentam saja al-maklumlah belum sampai masa ;p)

:: First order in KL ::

This time memang buat as part time only. Siang hari tugas kat office plus itu kerja utama jadi kena didahulukan. Hukumnya adalah wajib. Yang ini? Misi memenuhkan tabung ayam kah kah! Eh tak, actually dah rindu sangat nak 'beraksi'. Nak 'main-main' balik dengan peralatan deco tu semua. Mahal weh beli, kalau tak guna membazir ;p

This time (lagi) takda buat khidmat penghantaran. Pandai order pandailah amik ngahahah. Gila nak deliver tempat kat KL nih? GPS pun tarak. Kang customer suruh hantar area TTDI, haku drive pergi Ulu Yam. Tak ke naya? So, daripada haku membazir minyak kereta pergi entah mana-mana, baiklah suruh depa datang pick-up.

Kalau kat Batu Pahat lain, customer cakap Taman Sekian-sekian dah boleh bayangkan dalam kepala. Kepala sendiri jadi GPS. Kat KL? Haram nak tau situ kat mana, sini kat mana tsskkk.


So, sesiapa yang dah lama teringin nak rasa (macamlah ada kah kah kah!) air tangan seni kulinary (cehhh!) saya, bolehlah melawat tapak tabung ayam di sebelah sana. Cuma sekarang peralatan belum lengkap, masih kat kampung. So, currently simple design jelah yang boleh saya buat. Nak cupcake yang berhias fondant untuk wedding ke engagement ke birthday ke InsyaAllah saya akan buat selepas Aidilfitri nanti.

Ohh, untuk tempahan raya hanya cheesetart dan steamed moist chocolate cake saja yang diterima. Produk lain kena tunggu lepas raya.
Ehh sempat promoteeeeee ;p

Nih lagi 1 nak pesan, kalau place order janganlah lambat at least 5 days in advance. Saya tak nak terkejar ke sana ke mari nak cari bahan. Sebabnya Monday to Friday jadual saya fixed pergi balik office setiap hari and ambik anak buah kat sekolah agama.
Planning ialah kunci utama.

Cepat-cepat siapa nak order sempena nak puasa nih, sempat lagi ;p hehe. Nanti dah start puasa tutup dapur balik sampailah tuan tanah kedaung puas beraya. Weheheh.

Ada udang di sebalik batu

Zaman sekarang ramai orang dah tukar peribahasa 'ada udang di sebalik batu' kepada ada udang di sebalik mee. Mengapa udang saja yang asyik mendapat nama? Tak bolehkah peribahasa diberikan kepada haiwan laut yang lain? Contohnya macam ada kerang di sebalik kuew teow?

Cisss, perempuan ini pagi-pagi lagi sudah mengusutkan kepala orang -___-

Ingat lagi cerita anak jiran saya? Saya pernah tulis tentang paksaan dia dalam entry ini. Paksaan yang membuat saya berasa sangat annoyed dengan jayanya.

Bulan lepas sudah keluar bersama dia sebenarnya. Keluar 1 kali. Macam tak baik pulak kan tak jumpa langsung? Kawan sekampung, jiran depan rumah plus she is one of my bestie waktu kecik-kecik dulu. Dululah...
Sebelum usia mematangkan dan mengubah diri manusia.

Finally, I know apa intention dia beriya-iya ajak saya keluar tempoh hari (bulan lepas I guess). Kan sampai siap dia paksa saya pergi tengok movie semua. Masa jumpa hari tu, mula-mula ok until dia ajak pergi 'office' tunang dia untuk letak barang and nak amik kereta untuk hantar saya balik. Yes, that time takda kereta sendiri lagi huhu.

I thought pergi 'office' tunang dia untuk letak barang lepas tu chiow terus. Ohh rupanya tidakkkkk. Silap BESAR di situ. Tunang dia call ajak naik office pulak. Saya macam pelik;
'Ehh, business apa nih sampai hari Sabtu pun bukak sampai petang?'

Bila masuk building tu ramai gila orang. Ramai tengah duduk bincang apa entah kat satu kawasan nih. Yang jiran saya tu pulak dok bawak saya pergi tengok spa (kat dalam business card tunang dia tulis nama spa tu - saya lupa pulak! Then nama tunang dia. Position? Business Partner). Wahh, saya impress kejap tengok post dia hahahaha. Spa? Lelaki? Hurmmm...
Ohh lepas tengok spa, dia bawak saya pergi tengok award yang 'company' tunang dia dah achieved, sijil-sijil penghargaan, etc. Saya tak tahu apa motif dia but apa-apa yang dia tunjuk pasal 'company' dia tu takda mendatangkan kesan sikit pun.

So kami naiklah ke tingkat 2 ke 'office' tunang dia tu. Ramai sangatttt orang. Ada 1 'event' tengah berlangsung dalam dewan kat situ. Kat bahagian luar pulak banyak table and penuh dengan orang. Semua tengah sibuk bincang apa entah. Tunang dia pun tengah duduk kat one of the tables kat situ. Takda pun office? So saya joinlah tunang dia and dia duduk situ. Ohhhhhhhhhhhhh...barulah tahu, tunang dia nih 'business' MLM rupanya. Hahahahahahaha. Gelak guling-guling dalam hati. Dalam hati jelah ;p

Ini rupanya his so called BUSINESS tu. Yang income 10k every month tu. Adoiiii, kalau haku tau MLM dari awal memang aku tahan teksi je, baik balik sendiri. Tak payah nak ikut dia pergi letak barang ke apa. Rasa buang masa nak mampos ikut dia pergi bangunan DCHL hari tu.

So time duduk tu, ada la seorang wanita yang tetiba duduk join sekali dengan kitorang. Pakai blazer, make up tebal. Nampak macam 'lebih' dari orang lain yang ada kat situ. Dia nih PENYEBOK gila! Tanya haku banyak benda, macam-macam dia tanya.
Kerja apa, kat mana, etc.
Aku jawab kerja gomen biasa. Dia kata 'I pun kerja gomen jugak'.
Bila dia tanya post? Aku jawab peeteedee, dia diam kejap pastu buang sikit muka kerek. Nak sangat tahu!
Saya kalau boleh memang malas nak mention, tapi bila jumpa orang perasan bagus nih kena 'ajar' sikitlah. Sorry, bukan niat nak berlagak.

Perempuan nih cerita macam-macamlah from duit gaji from gomen tak cukup untuk tampung kehidupan harian sampailah pasal macam mana dia boleh join MLM. Berdedar-dedar perempuan nih cakap and explain macam-macam. Saya just be polite, dengar saja. Mengangguk tidak, menggeleng pun tidak. Lama-lama saya tak tahannnn, terbuat jugaklah muka menyampah, tak lama lepas tu dia diam. Hahahahahaha.

Pasal duit tak cukup? Hello kak, kau dah tau kerja dengan gomen nih cukup makan je lagi mau complaint? Kalau nak mewah kerja private atau buat business sendiri. Sengal tak? Kata je kerja gomen dah 10 tahun tapi tang gaji tak boleh pikir cukup ke tak?
Kalau gaji kau A, berbelanja and hiduplah seperti kau bergaji A. Takkan kau nak hidup macam si B yang bergaji 2 atau 3 kali ganda. Kau nak ikut gaya B memang kaulah yang mati.
Gaji cukup atau tidak, kita yang adjust. Kita yang belanja, bila tak cukup salahkan gomen sebab bagi gaji sikit? Meh aku sekeh kepala kau sekali! Salahkan la diri sendiri.

Saya tak tahulah eh kenapa orang MLM kalau cakap berdedar-dedar. Dorang nih memang dilatih untuk cakap macam tu ke? Macam tunang jiran saya tuh, bila saya kata;
'SORILAH AKU MEMANG TAK MINAT MLM. KO CAKAP APA PUN TAK GUNA. CARILAH ORANG LAIN KALAU KO NAK AJAK JOIN KE APA.'
Yes I've said it right in front of his face. Dia jawab;
"Kita nih siapa nak kata tak minat? Orang yang boleh kata tak minat tu orang macam PM ke, CEO bank ke. Kita nih yang gaji sikit tak boleh kata tak minat."

Lagi sekali isu gaji sikit. Saya fade-up gila. Tolonglah jangan bagi saya jumpa dengan orang MLM lagi. Tak tahu nak describe perasaan menyampah tu macam mana. Setakat CAKAP TANPA BUKTI, mat indon dengan bangla pon boleh. Cuba time duduk bincang tu, kalau betul duit dalam akaun bank kau ada 20k tunjuk buku bank kau. Kalau kau drive BMW yang memang kau punya, tunjuk dokumen dari JPJ and bukti pembelian kereta. Setakat kau drive and park kereta besar nak bagi orang lain tengok, cerita income puluh-puluh ribu tapi bukti YILEK, kau tak ubah macam tin kosong.
Kalau BMW tu 'company' kau punya, still itu bukan kau punya. Kau cuma drive harta 'company' saja. Faham situ ada beza.

Ohh, bila cerita pasal nih darah tetiba mendidih!

So lepas keluar sekali tuh, anak jiran saya dah takda call atau sms lagi. You see? Dia bukan ikhlas cari saya kat KL nih sebab mengenangkan kawan lama sekampung ke apa. Tapi sebab nak TRY ajak saya join business MLM dia tu. Piraahhhh!

28 Jul 2010

Tinjauan telah dilakukan

Ingat entry ini?
Saya sudah ke Sogo untuk membuat tinjauan harga terhadap pinggan chap Corelle. Kan saya tengok kat website harga tak sampai RM200 pun 1 set. A set of 16 pieces.
Harga kat Sogo???

Enam ratus lebihhhhhh...!

Ya ampun jauh gila beza harga Corelle kat Malaysia dengan US. Patutlah orang kat Malaysia kalau ada pinggan Corelle macam bangga gila, sebab sini harga mahal rupanya. Kat US entah-entah orang tak pandang pun kah kah.

Memang tidak la saya nak membeli Corelle di Malaysia tanah airku. Kalau beli, umpama membayar tax saja -___-
Kirim adik sajalah tahun depan. Bila tengok harga Corelle kat Malaysia sikit punya mahal, baik-baik nak kirim 2 set terus up jadi 3 set. Kah kah kah. *lempang diri sendiri, biar sedar sikit!

Tadi yang kat Sogo, design takda yang menarik. Tak menarik kat mata sayalah. Mata orang lain, tak tahu lah pulak hehehehe.

Tadi tak beli pinggan, tapi beli something else. Barang 'acik-acik' jugak. Last week saya ada tweet pasal 'benda' tu. Nanti dah menghasilkan sesuatu daripada 'benda' yang dibeli tu, I will blog about it ;p

Plus, tadi kirim Tupperware (lagi???) kat my dear BFF sebab dia ahli so dapat discount lebih lalalala~

Adeeehhh...apa nak jadi dengan haku neh? Membeli-belah barang 'acik-acik' sajork neh?
T___T
Haku dah bengong agaknya. Kah kah.

"...I'm hotter than you"

Jacob memang hot. Hot tempered pun iya jugak.
On the other hand, Edward adalah cool. Saya hot tempered, jadi kena pilih Edward yang cool. *ehh, tetiba?

Oleh kerana saya memilih Edward yang cool, maka Cool Blog adalah minuman kegemaran saya. Ehh, takde kaitan. Dasar perempuan sewel!
-__-

:: Chocolate Blog ::

Kerana 'benda' inilah saya sanggup drive ke Tesco yang baru bukak kat Bandar Manjalara tu. Tapi best order Cool Blog kat sini tak payah tunggu 10-15 minit sebab takde orang. Haha. Serius orang sini tak minum benda nih ke apa? Orang sini minum Chocolate Iced Blended kat Coffee Bean or Starbucks je kot? *ohh statement berani matik nih haha

Kalau kat Johor, kena queue panjangggg gila. Setiap masa ada orang. Kalau weekends lagilah, sampai sesak kat depan booth Cool Blog nih. Tapi orang still queue jugak, tak ke gigih namanya? (termasuklah yang bercakap nih hehehehe).

Hari tu kali ke-2 pergi Tesco Manjalara (on weekends), pun booth Cool Blog takda orang. Orang yang lalu just passing by. Takda yang stop untuk order ke apa.
Kakak office yang ikut saya pergi Tesco last week tu pun kata benda nih sedap. Dia first timer hehehehe. Ohh benda best kita kena share kat semua orang, barulah semua happy ;p. Ngahahah.

:: Yang hitam-hitam tu pearl ::

Chocolate blog is Cool Blog's best selling item. Tapi kalau beli, WAJIB mintak 'pearl' sekali sebab takda 'benda' hitam-hitam tu memanglah kurang sedap. Saya suka gigit benda tu sebab dia kenyal.
Kalau minum time tengah panas...ohhhh sorgaaaa! ;p *telan saliva

Yang tak pernah try, pergilah try *wah tetiba promote dan-dan suruh orang try. Percayalah ini bukan kompeni bapak haku saya takda share pun, iklan tak berbayar kaedahnya.

Chocolate blog with pearl RM3.10
Chocolate blog with double pearl RM3.70

Harga memang dah hafal dalam kepala. Satu 'cedok' pearl tuh harga limaploh sen. Chocolate blog kosong dua hengget setengah.
Tapi takde pearl tak sedap. Ohh, dah mention tadi >.<

"Miss, chocolate blog satu...with pearl, please?"

Juadah Aidilfitri

...di pertengahan bulan Syaaban. Pehal perempuan nih puasa pun belum, tetiba juadah Aidilfitri kan? Hehehehee...

Meriah weh rumah malam tadi sebab masak lauk raya. Bau macam esoknya nak raya je ;p hahahahaha. Mana tidak, bau kuah kacang bagai. Tetiba mood nak berhari raya datang.
Dasar tak sedar diri, padahal puasa ganti ada lagi sehari belum habis bayar tsskkk.

Ohh takpe, Isnin depan akan puasa sampilah dekat Ramadhan. Sebab starting 1st August, kantin kat office dah tutup. Kontrak peniaga tamat sudah. Daripada menahan lapar sebab tak tahu nak lunch kat mana, baik puasa kan?
Konsep puasa dan jimat. 2 dalam 1. Kah kah.

:: Nasi impit ::

Lebihan nasi impit dari entry ini. Masih elok sebab simpan dalam fridge.

:: Kuah kacang @ sambal kacang ::

Kat rumah panggil sambal kacang, but I think most people from other state panggil kuah kacang. No? Tak kisahlah, nama lain tapi bendanya sama. Terlebih minyak atau pecah minyak ke apa entah orang panggil. Abaikan minyak yang terlebih tu, rasa maintain lazat ;p. Gila perasan sendiri masak sendiri cakap sedap kah kah kah. Sedap kat tekak sendiri kira ok la kan?

:: Ayam masak merah ::

Saja letak daun sup banyak sebab nak kasi habis. Kesian daun tu dah layu duduk dalam fridge. Plus bau daun sup kan wangi hehehee.

Tak ke macam raya? Kuah lodeh je takde, kalau ada memang lengkap juadah 'Aidilfitri' ku malam tadi.

27 Jul 2010

Weh Nine West bakpo mung sabotaj kawe?

:: Gambar sekadar hiasan ::

Comel kan ada bunga-bunga? Tapi tak retilah pakai heels melangit macam nih. Sangat tidak praktikal. Wedding shoes? Tersungkur di hari persandinganku? Ohh tidakkkk ;p


Bulan lepas tengok harga kasut kat website Nine West
Kasut 1: USD50
Kasut 2: USD60


Ada sale. Wah, terus laju je beli!
Suka suka suka ada sale!

Bulan nih, tengok balik kasut yang sama...
Kasut 1: USD40
Kasut 2: USD50


SENTAP!!!
Lagi banyak sale bulan nih.
Ada additional 20% off pulak tuh.
Mak sentap nok!

Tolak campur darab bahagi USD ke RM, sudah kerugian RM74
Sob sob sob
:')


Nine West, bakpo mung buat kawe gini?
*lap air mata

Moral of the story:
Jangan gelojoh kalau nampak perkataan S.A.L.E
Tssskkkk
T__________T

Kaching! Kaching! Kaching
(bunyi cash register)

Makanan akan jadi darah daging

Saya dapat email nih from a friend of mine:

Question:
Dear Marilyn,

Another element of halal is on the use of alcohol in food preparation / cooking or the presence of alcohol in the ingredient use such as sauces etc.

Can you tell me whether Sushi King use alcohol or use materials
(such as sauces) that content alcohol?

And this is what management of Sushi King replied:

Answer:
Dear Mr. Abdul Rahman Omar,

Thank you for your email. For your information, we are not a Halal restaurant as we do not have certification from JAKIM, but we only can claim us as Pork free. All our meat based products like chicken and beef are Halal Certified and we do not use any pork or pork derivatives in our restaurant.

Sushi King is not certified ‘Halal’. This is due to some of our food contains ‘Mirin’.

Mirin is derived from fermentation of rice and it is commonly used in Japanese cooking to enhance the taste of food.

Following are products that contains Mirin:
1. Unagi Kabayaki
2. Unagi Slice
3. Karei Nitsuke
4. Saba Misoni
5. Mamakari
6. Ikura

On top of that, some of our restaurants do sell beer

However, our meat materials such as chicken, beef and seafood are from Halal Certified source.

Hope this clarifies your concern.

Thank you.
Warmest Regards,
Marilyn Lim
Marketing Department
Sushi Kin Sdn. Bhd.
Tel: 03-56319060 Ext: 283

ERRRKKK...!!!

Last time tahu pasal Johnny's takde sijil halal from JAKIM. This time Sushi King pulak. Ohh, kopitiam tak payah mention la, terlalu banyak kesnya!

Setahu saya, mana-mana restaurant yang served beer @ alcohol memang tidak akan dapat sijil halal from JAKIM. Cuma bahan mentah yang digunakan je contohnya macam daging atau ayam boleh diberi sijil halal (kalau restaurant yang berkenaan apply la). Macam Tony Roma's, TGI Friday, Italiannese tu memang takda sijil halal sebab ada serve alcohol.

Berkali-kali makan kat Sushi King. Tak tahu mereka sebenarnya tidak termasuk dalam kategori tempat makan yang berstatus halal. Ya, silap saya. Tidak tahu dan tidak peka. T________T

Patutlah asyik malas memanjang. Ibadah pun lompang sana sini. Itu tanda hati tak bersih. Salah satu sebab ialah makan benda tak bersih. Faham maksud saya? Plus, kan makanan akan jadi darah daging. Darah daging akan membentuk keturunan.
Tengok betapa tak pekanya saya terhadap isu besar macam nih. Astagfirullah...

P/S:
Mari lancarkan kempen masak dan makan di rumah. Dijamin halal dan jimat wang.
Ting ting ting!


P/S/S:
Ada chan tabung ayam penuh.

Memenuhkan tabung ayam

Saya adalah gigih dalam misi untuk memenuhkan tabung ayam -__-

Hari nih pergi kerja macam acik-acik berniaga kain. Haha! Eh apa pasal gelak? Ini serius. Kena naik tangga bertingkat-tingkat, sampai kat tempat punch card rasa nak putus nafas. Mintak nyawa T___T.

Mana tidak macam acik-acik; Bahu kanan kiri kendong handbag dengan paperbag. Tangan kanan jinjing beg laptop. Tangan kiri pegang sekotak cupcake. Bahu lenguh gila sebab kanan kiri kendong benda berat. Macam-macam 'acik nih' bawak pergi office hari nih. Businesswoman berjaya kaedahnya. Wakakak.

Handbag jadi berat sebab disumbat dengan Victoria's Secret Body Mist 4 botol (over weight NF den tsskkk). Dalam paperbag isi Coach wristlet untuk diserahkan kepada pemilik dan yang perlu diposkan. Plus, sebekas steamed chocolate cake.
Kau hado gigih camtuh? Ngahahah.


:: Love Spell | Strawberries & Champagne ::

Tinggal 2 botol sajork selepas 2 orang staff berminat membelinya keh keh keh ;p. Sooka hati mak! Yelah weh memanglah senang jual. Hado kau nampak orang jual Victoria's Secret body mist harga RM48 sajork? Ado? Ado? Takdo kan? *Pang lempang diri sendiri
Ambik berkat konsep adik I berniaga sambil beramal gituh. RM48 tuh tak termasuk shipping sebab konsep adalah malas nak pos. Haha.

7 botol order dari JB, memang haku kirim kat YB jelah takda makna nak pos. Nasib baik para pembeli adalah sangat sporting boleh tunggu. Konsep bersabar di bulan Syaaban (berapa banyak konsep kau guna daa?). Hehehehe *waving at my customers ;)
Eh, tapi YB belum tahu pun dia kena angkut 7 botol VS nanti. Tapi peduik hapa, gunakan konsep paksaan. Kah kah!

Kena gigih penuhkan tabung ayam sebab saya ter'overdose' mengirim barang dari adik tersayang (bluwek) nun jauh di sana. Serius macam-macam saya kirim, bila list balik GULPPP! Hambek kau total adalah sekiannnnn...(terpaksa dirahsiakan sebab dikhuatiri penulis akan pitam bila tengok angka tersebut!)

Ting ting ting!
(bunyi duit masuk dalam tabung ayam)

Kaching kaching kaching kaching kaching!
(bunyi cash register kat shopping malls)

Haih -____-

26 Jul 2010

Yang pelik (lagi...)

Kalau tengah mengantuk di petang hari, klik saja website Nuffnang. Check keywords di blog. Confirm mengantuk akan hilang bila tengok keywords yang ada. Boleh buat bahan ketawa di petang hari. Serius dong!

:: Anda rabun? Sila klik untuk tumbesaran? ::

Target pasaran kek cawan?
Haha macam blog haku nih blog ilmiah la pulak kan, tak adanya marketing strategies ke hapa kat sini. Nih yang cari marketing student ke hapa nih? ;p

Harga Vios Malaysia?
Dey, lu pigi check kat website Toyota la dey!

Cerita Cheno Chelsea?
Sini bukan yerr, nak cari Cheno sila klik sini
(ohh si budak comel nih junior saya di sekolah! Tapi sorry la yerr, adik manis tu dah berpunya)

Cikchelsea dot com?
Auww~
Mak takda domain sendiri la nok.

Tidact Pimple?
Tidect gel boleh di beli di farmasi-farmasi berhampiran anda, Terima kasih.
(iklan tak berbayar oleh tuan tanah kedaung)

Bila Sogo nak sale?
Kak Jahhhh, sogo sale dah habis minggu lepas! Tapi usah khuatir dong, mulai esok Sogo akan kembali sale sempena Mega Sale. Sila serbu Sogo!

Sample percuma?
Terlalu general. Sample percuma apakah yang dicari di sini?
Sampling tu salah satu promotional tools yerr adik-adik (khas untuk adik-adik yang amik subjek marketing ;p)


Misi keywords pelik-pelik diteruskan lagi...

Mengasapkan dapur di hari minggu

Sudah seminggu menahan keinginan tekak untuk memakan Soto Ayam. Kat KL amat jarang sekali dapat bertemu dengan Cik Soto. Balik-balik Puan Nasi Ayam je yang banyak. Apatah lagi setelah melihat nasi impit di blog Kak Iszan, terus keinginan tidak dapat dibendung lagi!

Apa nak jadi, jadilah! Aku mesti kena buat Soto Ayam untuk membelai tekak! - monolog kepada diri sendiri (ceh over betul perempuan nih ;p)

Berbekalkan semangat dan keazaman yang jitu, sekonyong-konyong itu saya ke Tesco membeli barang-barang yang diperlukan untuk menghasilkan Soto Ayam. Ohh, weekend lepas adalah seronok sebab saya ditemani Dot di rumah (Dot ialah ex-housemate zaman study).

Siaplah Soto Ayam setelah sejam bersilat di dapur. Lengkap bersama accessories yang berkenaan kecuali 'Bergedil' dan kacang tanah (I hate kacang tanah, so tak payah goreng. 'Bergedil' saya tak reti makan dengan soto, so tak payah buat :p)

Mari tengok laporan bergambar sebagai bukti kukuh saya telah masak...
Macamlah ada orang kisah? -____-

:: Nasi impit segera chap Adabi ::

I preferred this brand compared to Nona. Adabi punya ada bau harum, bau macam ketupat =)

:: Accessories pelengkap hidangan ::

Ayam goreng yang sudah disiat-siat, sambal kicap, taugeh dan daun sup. Tidak lupa juga bawang goreng. Kalau takde sambal kicap yang pedas tu tak bermaknalah makan Soto Ayam. Umpama gerimis tanpa pelangi. Ehh, tetiba?

:: Mangkuk saya sebelum di sirami kuah sup ::

Mangkuk saya yerr, bukan saya mangkuk! Awak mangkuk? Mungkin.
Mengapa perempuan ini banyak merepek? Bisik hati pembaca.

:: Mangkuk saya setelah disirami kuah sup ::

Lazat sehingga menjilat dasar mangkuk! Eh tak percaya?

25 Jul 2010

Osteoporosis adalah scary

What is osteoporosis?

Osteoporosis is a condition characterized by a decrease in the density of bone, decreasing its strength and resulting in fragile bones. Osteoporosis literally leads to abnormally porous bone that is compressible, like a sponge. This disorder of the skeleton weakens the bone and results in frequent fractures (breaks) in the bones.

Source (and for further info about osteoporosis) from here

Saya adalah makhluk yang tak minum susu. Few months ago ada jugak percubaan minum susu tepung, tapi tak sampai sebulan tahannya! Serius tak boleh tahan dengan bau susu yang errr...tak tahulah saya nak cakap macam mana. Bikin kembang tekak saja T___T.

Susu tepung memang tolak tepi.
Susu segar boleh tahan lagi, tapi kalau suruh minum saja-saja memang tidaklah.
Soya pun jarang sangat saya minum, tapi saya suka soya! =D

Emak kata kalau tak start minum susu dari sekarang nanti kalau mengandung (lepas kahwin) lagi susah. Kalau breastfeed anak, lagilah kena minum susu banyak sebab nak bekalkan kalsium untuk 2 orang. Kalau tak minum susu? Eiiii, tak mahulah saya bayangkan saya rongak ketika kasih muda.
Scaryyyyy!

:: Multivitamins + Minerals & Bio Calcium ::

Jadi saya amik alternatif lain, makan 2 benda kat atas nih sebagai daily supplement.
Multivitamins tu saya telan err sebab saya rasa sejak kerja nih saya mudah sangat demam. Tak tahulah kalau boleh mendatangkan kesan kepada tahap kesihatan yang lebih baik, kah kah kah!

23 Jul 2010

Pssttt...saya ada rahsia Victoria ;)

Tuan tuan dan puan puan,
Tukang kayu dan tukang papan
;p

Iklan sat...

I have 12 bottles of Victoria's Secret Body Mist to let go.
Sila ke kedaikecilsaya untuk details dan harga.

:: PURE SEDUCTION ::

Ahhhh...bau ini memang seksi. Tidak syak lagi!

:: BERRY KISS ::

This is my favorite!

:: LOVE SPELL ::

Sweeeettttttt

:: STRAWBERRIES AND CHAMPAGNE ::

Fresh and yummy ;)

Perasan 'terer' sekejap

Lunch hour tadi saya angkut kakak kat office nih ikut pergi jalan-jalan cari pasal. Kakak tu memang sporting, laju je dia jawab "Bolehhhh..." bila saya ajak. Ilebiu Kak Sal! Thehehehe~

Boringlah anda sebab kena hadap gambar peta sajork dari semalam. Minggu depan saya hidang gambar lain okeh? Janji ;p

:: Destinasi adalah Tesco at New Village Mall, Bandar Manjalara Kepong ::

Sebab utama nak sangat pergi sana ialah........??? Saya mengidam ketagih nak minum CHOCOLATE BLOG!!! Sanggup okeh drive dari office ke Tesco semata-mata nak cari benda tu je. Muahahaha...
Hari tu masa dapat pamphlet New Village nih punyalah nak melompat keriangan sebab bila check ada booth Cool Blog kat situ. Hehehehee...
Serius kat KL nih tak banyak tempat ada Cool Blog, tak macam kat Johor. Area Batu Pahat je ada 3 booth Cool Blog; Carrefour, BP Mall & Summit Parade.
Ohh tadi sudah dapat sedut Chocolate Blog yang sungguh menikmatkan (err..?)

:: Route details dari office ke destinasi::

Tengok peta saja mana boleh 'tangkap' jalan 100%. Kenalah rajin membaca direction yang Inchek Gugel Mep dah sediakan. Direction pergi pendek sikit sebab penulis ada kerek sikit sebab dah faham jalan. Keh keh keh...

Ohh tadi Kak Sal kata "Gangster jugak perempuan nih drive"
Ohh well, what to do...darah Haji Shukur mengalir dalam diriku (ciri-ciri anak derhaka nih, tak pasal-pasal bapak dibabitkan ngahahah!)

:: Gambarajah jalan pulang ::

Saja cari jalan pulang untuk meng'confirm'kan perjalanan supaya tidak sesat ;p
Tapi serius masa pergi tak sesat sebab sampai je kat area Jalan Lang Emas tu banyak bunting Tesco, penuh kat pokok-pokok tengah jalan. Ah tapi fedulik la, tatap mak nak ferahsan mak terer cari jalan! Kau hado? Kah kah kah.

:: Route details - jalan pulang ::

Berbekalkan ingatan fotografik yang dianugerahkan oleh Illahi, mencari jalan pulang ke office adalah kacang goreng saja ;p. Peh eskyen tak boleh blah la kau! *Lempang sedas!

Balik tadi jalan adalah sangat jem sebab hujan. Kat KL nih kalau hujan pagi @ lunch hour @ habis office hour memang best sangattttt la. Menghadap jem la gamaknya walaupun rumah sekangkang kera sajork dari office.

Ohh, tadi pergi Tesco dapat tapau Subway's sandwich. Yeayyy..!!! *jakun mode


P/S:
Waving at my staff (Si 3 Abdul - haha suka hati je bagi nama 3 Abdul) yang sedang membaca. If saya tahu ada selain daripada kamu bertiga yang baca, confirm saya kunci blog nih. Ada paham? ;p

22 Jul 2010

5 hari seminggu, 8 jam sehari

Kerjalah
La la la la...la la la la la
*tetiba?

Dari rumah saya abang saya ke office saya adalah sangat dekat. Mengikut perkiraan Inchek Gugel Mep (read: googlemaps) dari point A ke point B (sila rujuk gambarajah di bawah) hanya mengambil masa 5 minit sahaja.

Tapi sebenarnya akan mengambil masa 2 kali ganda daripada masa yang dinyatakan oleh google. Sebab? JEM!!! Bukan jem nenas ke strawberry tuh, jem kereta.
Eh macam tak perlu nak explain -__-

:: Klik la untuk tumbesaran, kang rabun pulak baca tulisan kici-kici ::

So far Alhamdulillah tak pernah datang lewat ke office. Tak pernah rekod merah lagi atas punch card *hinss hinss bangga bangga. Keh keh!!
Sentiasa datang awal ke office *bangga lagi sekali. Lempang mahu? Muehehehehh...
Bukannya apa, sengaja datang awal ke office sebab tak mahu tersangkut lama atas jalan raya. Kalau keluar lambat merasalah menghadap jem kat Jalan Kuching tuh. Ohh sangat tak suka! Stress okeh drive kat KL nih, semedang jem.

Tapi best tinggal dengan abang, rumah dia tengah bandar. Nak pergi mana-mana semua dekat. Saya punya 'mana-mana' tu merujuk kepada gedung membeli tak nak belah. Dari rumah nak ke Sogo 5 minit. Nak ke The Mall 5 minit. Nak ke Pavilion 10 minit. Tapi Mid Valley/The Garden jauh sikit hehe...

Alhamdulillah kereta kici sudah dapat almost 2 weeks ago. Bukan hitam tapi putih. Terpaksalah orang malas nih jadi orang rajin semata-mata sebab nak 'bela' kereta >.<
Bapa PK kata cuci kereta hanya selepas 2 minggu, tips dia bagi - tak tahu sebab apa. Mungkin ada bersangkut-paut dengan tinted (saya agak saja).

Saya sedang dalam usaha memenuhkan tabung ayam, nak beli GPS untuk Si Kici itu. Buat masa sekarang bila nak ke mana-mana saya perlukan khidmat Inchek Gugel Mep.

Hobi terbaru saya adalah menghafal jalan dan peta!
Hobi anda apa?

21 Jul 2010

Bukan semua orang sesuai buat business (adik saya termasuk dalam kategori itu)

Mari saya huraikan kenapa adik saya tak sesuai jadi businesswoman.

Orang lain quote harga untuk Coach Ali Convertible Leather Hobo;
...ada yang RM790
...ada juga yang RM850

Adik saya quote;
RM490
termasuk kos penghantaran.

Cerr kira berapa beza harga di situ?

Adoi adikku, dia memang berniaga sambil beramal la. Orang lain kalau boleh nak untung MAX (kira mark up tinggilah!), dia tidak. Mark up just lepas kos minyak, shipping cost and untung sikit. Serius saya tak tipu. Saya sendiri tengok kira-kira yang dia buat.
Tak mengapalah adik, kau beli lepas tu jual balik pun sekadar suka-suka. Bukan serious seller pun. Kan? Kalau kau serius sumpah la kau lambat kaya untung :p

Tapi kakak dia pun sama jugak, dulu masa buat cupcake kalau ada customer mintak buat fondant deco yang leceh dan remeh bukan reti nak charge lebih. Sebab pikir kesian buyer kena bayar mahal. Padahal orang lain jual harga berlipat kali ganda lagi mahal untung dan kaya cepat. Rilek je?
Tapi bila fikir-fikir balik, memang tak berbaloi harga dengan usaha dan masa nak menyiapkan tempahan tu. Cuba bayangkan, kalau start pukul 9 malam around 2 atau 3 pagi baru siap. Siap fondant deco je! Yang lain belum termasuk.

Lebih kurang je kakak dengan adik! Kah kah.

Ohh apa sudah jadi?

...kepada diriku?

Semakin lama semakin berperangai seperti 'acik-acik'. Haha. Eh, serius! Hari tu beli Tupperware, sejak-dua-menjak-tiga-menjak nih bernafsu berminat dengan pinggan mangkuk la pulak. Haiyohhh.

Apasal ramai orang kata Corelle nih mahal? Sebab bila tengok kat website Corelle nih takde la mahal mana. Tengok harga kat website US, macam tak berapa mahal hehe. Contoh macam a set of 16 pieces, ada yang around USD40 je. Kalau convert kepada ringgit (x 3.2) baru RM128.

Mungkin kat Malaysia lah kot yang mahal. Saya mana pernah tengok harga Corelle dekat shopping mall. Tapi tau jugaklah orang kata kalau nak Corelle murah beli dari duty free zone. Dulu pergi Langkawi kakak borong Corelle 2 set. Semua dia beli, dari sekecil-kecil mangkuk, sampailah ke sebesar-besar pinggan! Time tuh macam sangat hairan "Apahal la perempuan dewasa suka sangat pinggan mangkuk?"
Sekarang baru faham perasaan 'perempuan dewasa' itu kah kah.

Tadi tengok yang set paling 'meriah' (76 pieces per set) harga adalah USD170. After convert jadi RM544. Murah weh murah. Macam nak suruh adik beli sekarang jugak, simpan sampai tahun depan bila dia ship barang-barang balik. Hehehehehee.
Astagrifullah, nafsu...nafsu!

The best part guna Corelle (in my personal opinion) nih ialah sebab dia ringan. Ringan boleh main lambung-lambung. Haha. Taklah, I mean kalau bawak banyak-banyak pergi sinki tu takdelah terasa beban. Cuba amik pinggan IKEA tuh, pastu bandingkan dengan berat pinggan Corelle. Pinggan IKEA adalah berat gila. Yang seramik yerr, bukan pinggan plastik. Jangan buat lawak budus, lempang nak?

Eh tetiba emo. Kah kah kah.

:: Happy Days ::

Penuh bunga-bungaan. Nih kalau letak dessert ke buah-buahan ke sesuai la kan? Kalau nak buat makan macam meriah sangat la pulak >.<

:: Textured Leaves ::

Macam daun pokok getah. Kalau makan pasti teringat kampung halaman :p

:: Floral Serenity ::

Tak tahu corak bunga apa nih tapi bila tengok terbayang bunga Sakura. Ke memang betul bunga Sakura? Hehe.

Macam ada unsur-unsur ke-Chinese-an sikit. Ke takde? Ke saya sorang je yang rasa begitu? Bowl hitam tu menambah feel macam set pinggan nih datang dari Dinasti Ming. LOL

:: Hoola Hoops ::

Yang nih simple je tapi warna hijau dia 'naik'. Tetiba rasa macam warna hijau nih cantik. Eh, dah ter-ber-jangkit Chika ke suka warna hijau? ;p

Warna hijau memang menarik, cuma kalau kereta warna hijau agak errrrr....... (sila sambung sendiri ayat tersebut)

:: Chocolate Mint ::

This would be my favorite. Suka gila design kotak-kotak macam nih. Lawa kan? Lawa kan? Sila cakap lawa sebab nanti mak sentap nok!

Seriously harga Corelle kat Malaysia berapa eh? Untuk set macam yang atas nih? Serius nak kirim adik bila dia balik next year. Nak 2 set, boleh? Tamak haloba gila. Kah kah. Habis nak beli Wedgwood (Vera Wang design untuk depa seh! Baru hari nih gua tahu kes kes kes), Royal Doulton or Noritake mana mampu tssskkkk
T__________T


:: Royal Albert Old Country Roses ::

Emak pasti akan suka sangat nih kalau dapat. Beliau memang suka English style macam nih. Baca from RD website, this is their best selling dinnerware pattern since 1962. Hoh, cuba bayangkan berapa puluh tahun?

Ia sedang sale. 20 pieces for GBP176.25
Masih masuk akal, bukan?

Baiklah, cuba tengok teacup dari Wedgwood pulak...

:: Ulander Powder Blue ::

ONE piece for GBP98
GILALAH!!!

Ada ke orang nak beli seketul teacup nih harga almost 100 pound sterling???
Ada kot, orang gila. Kah kah!!

Ok, lupakan Wedgwood. Kita lihat dining set from Noritake pulak...

:: Birchwood ::

:: Golden Wave ::

Elegant gila yang nih, kan? Kan? Plus it's gold color!
Rasa macam orang kaya bila pakai nih kah kah!

Hoh, tu pasal kakak saya beli masa tengah sale. I mean kalau RD buat sale, up to 80%. Tak ke menggelupur terus rasa nak beli? Hehehehe.
Kalau tak sale, rasa "Gilalah pinggan seketul harga macam nihhhhh???". Dah la harga yang dipaparkan (for Wedgwood) adalah dalam Pound Sterling. Cerr convert?

Ok sesi mencuci mata sudah tamat. So, what's or which one is your favorite? ;)

20 Jul 2010

Of Eclipse, Inception and Despicable Me

Review orang malas. Malas sebab roh nak cerita panjang takde sebab tahu ada orang yang tak sepatutnya baca sedang membaca, macam dah hilang my mojo untuk menulis. Alasan sungguh kan? Kah kah.

Last weekend, I've watched Eclipse for the second time. Menemani adik hensem tersayang sebab dah janji nak bawak dia naik kereta baru :p
So pick-up dia kat Shah Alam, then kitorang gerak ke TGV Bukit Tinggi, Klang.
Dia belanja tiket wayang. Saya pow dia 2 tiket, saja suggest buat movie marathon. Dia layankan sajork hiksss. Kau hado dapat kakak kaki meng'pow'? Muahahahah!!!

Adik saya single and available. Nak nombor telefon sila mintak ;p

Tengok Eclipse dah banyak kali (2 kali kat wayang, berkali-kali-kali-kali kat laptop) pun masih rasa nak lempang Bella bila tiba part dia suruh Jacob kiss dia. Tetaplah emosi!

Then for second movie, kami tengok Inception. Masuk lewat 10 minit, rugi rugi rugi. Dah la lambat, nak cari seat tak nampak pulak. Adesss. Gelap gila dalam panggung tuh! Terpaksa mintak tolong staff TGV assist kitorang ke seat. Huhu.

15 minit pertama adalah tak paham tengok cerita tu -___- sebab tak tengok dari awal. Ke memang tak akan paham walaupun tengok dari mula? Tapi lepas tu we managed to catch up the story line. Barulah paham, so bila ingat balik previous scenes rasa macam "Ohhhh..." hehehehee. Kena pergi tengok lagi sekali la macam nih! ;p (tetaplah tak puas hati tak dapat tengok dari awal)

Sumpah cerita nih BEST GILA!
Best sampai nak bagi bintang penuh tapi sebab ada ISO jadi bagi 4.9/5 je. Kah kah!! Memang khusyuk time tengok movie nih, tak terasa lama walaupun time duration adalah 2 jam setengah. Sanggup nih tahan wi-wi sebab tak nak missed anything ;p. Overrr tak?

Cerita pasal nak 'tanam' idea kat kepala orang lain, tapi melalui mimpi. Kira method 'menanam' idea tu guna mimpi. Dengar macam simple tapi cara nak 'tanam' mimpi tu punyalah susah. Dahla mimpi berlapis-lapis. Tak paham? Sila pergi tengok heheheh. Memang filem nih penuh dengan actions. Saya sookaaaa! Saya memang jakun teruja kalau dapat tengok movie best =D

Balik je daripada tengok Inception, terus promote kat abang-abangku suruh mereka pergi tengok. Tetaplah promote walaupun memang nan hado dapat royalty ke apa. Kah kah!! Ikhlas gitew~

:: Leonardo yang tidak mengecewakan ::

Duh? It's Leonardo dude. We're not talking about Ra.zak Mo.hai.deen film here??? Hahahahah *gelak syaiton

This weekend I'm planning to watch Despicable Me with my nieces. Baca review orang dok kata movie nih best. Plan nak tengok yang 3D, hopefully dapatlah book tiket awal @ dapat tiket nanti. Dah janji dengan anak buah, kalau tak jadi kesian dorang *anugerah makcik mithali

:: Tak sabar nak tengok! ::

Asal summer je mesti banyak filem best keluar kan? Cerita apa lagi yerr yang patut ditonton? Any movies tapi tolong jangan list Ra.zak Mo.hai.deen punya.

'Lock'

I've just found out that my staff read my blog. Err...to be exact, he told me about this >.<

OMG!

Lepas tahu terus rasa tak macho sebab me in office mode adalah sangat lain daripada dalam blog. 'Dalam' blog adalah diri sendiri.

So now, I'm thinking to 'lock' this place. Still thinking. Haven't decided yet.

Ohh kalau 'mangga', haruslah sediakan 'kunci' siap-siap kan? Jangan lupa duplicate sekali kunci tersebut. Ada sesiapa nak? Hehehehehe...

19 Jul 2010

More 'investment' for my skin :p

Melabur di The Skin Food. Bunyi 'melabur' tu best sikit daripada 'membeli' bukan? Haha. Dasar perempuan psycho! >.<

:: Untukmu wahai kulit ::

Beberapa barang baru dan restock item. Beli masa balik Johor hari tu. Sebab kalau beli kat KL tak dapat chop, tak penuh-penuhlah redemption card ku itu nanti :p

: Tomato Whitening Spot Serum ::

Selalu tak dapat mengawal nafsu kalau masuk The Skin Food. Sudahlah SA baik hati, rupa paras menawan pulak tu. Bila beliau suggest barang terus nak beli sebab nak kulit cantik macam beliau juga. Tak nak kalah kah kah!!

Macam inilah baru teknik pemasaran yang berkesan bukan? Ada bukti kukuh di situ (walaupun tidaklah tahu dia pakai brand yang dia jual ataupun brand lain hahah). Macam orang jual slimming product la, penjual kenalah kurus barulah orang boleh percaya. Betul tak? Kalau gemsss...?

Eh menyimpang sudaa~

Ohh ini pakai sikittttt je kat tempat yang hanya ada jeragat. Jeragat yerr bukan jerawat. SA tu kata satu tube nih boleh tahan up to 8 months. Hanya pakai dua kali sehari. Pagi dan malam.

:: Tomato Whitening Cream ::

I'm using this as my night cream. Bau dia wangi gila! Sumpah bau sedap sangat. Lepas apply spot serum, apply cream nih pulak satu muka. Lepas tu boleh tidur dengan lena bersama bau wangi :p

:: Black Sugar Mask ::

Macam fungsi masker lain, untuk remove dead cells and black heads. Lepas pakai mask muka rasa licin sangat. Saya sangattttt sookaaaa ini produk! Pakai 10-15 minit sahaja. Tak boleh lebih. Bila nak apply kena basahkan muka terlebih dahulu, okay?

: Green Tea Bubble Cleansing Foam :

Meng'restock' pencuci muka yang sudah mahu habis.

: Free samples :

Sila jangan segan silu untuk mintak free sample bila membeli tak nak belah di Skin Food. Kalau tak mintak memang jarang sangatlah SA nak menghulur. Jadi, sila buat muka tak malu ;p

Dapat sample percuma Salmon Brightening Eye Cream (pakai malam) and Salmon Brightening Eye Serum (pakai siang).

Sample of toner, serum, emulsion and night cream from Agave Cactus range. Belum 'usik' lagi. Ada sesiapa nak ke? Boleh post! Hehe.

Pertengahan minggu lepas, rasa sakit-sakit kat hidung and dagu. Symptom jerawat nak keluar. Tapi, since semalam yag kat hidung dah tak sakit which is VERY GOOD sebab tu maknanya jerawat tak jadi nak keluar. Yeay! =D. Yang kat dagu nih tenyeh je dengan Vicks + Tidect Gel. Habis cerita.

16 Jul 2010

Berita pagi Jumaat

Salam sejahtera dan selamat pagi, berita pagi ini dimulakan dengan...
(haha verangans nak baca berita kah kau? Layak kah kau? Berita radio pun belum tentu layak kah kah)

Tercemar pagi Jumaat saya bila tahu ada orang kata saya nih kaki disco/clubbing, kaki minum, kaki jantan.

Astagfirullah hal azim...

FITNAH

Mengucap panjang saya dengar. Tapi biarlah orang nak kata apa. Saya anggap ini sebagai satu dugaan. Saya jadi lebih kuat dengan adanya orang macam nih. Kuat dan kebal.

Mungkin dia tak tahu 'Al fitnatul ash shadum minal kot' <-- eja rumi pasal malas nak google plus keyboard takde tulisan jawi.

Bagus jugak ada kejutan macam nih pagi-pagi, banyak sikit saya berzikir untuk menenangkan hati. Pahala lebih hari Jumaat.

15 Jul 2010

Kuat dan bertenaga

It's a bridge camera. Everyone (mostly) thinks it's SLR. NO it's not. Kualiti gambar adalah ok, tapi sesungguhnya tidak secantik SLR. Serius. Kalau anda rasa gambar dalam blog nih cantik (kalau adalah kah kah), I mean gambar yang saya amik guna kamera nih la. Gambar ehsan ikhsan gugel tu takyah cerita la ;p. Sila ketahui bahawa semua itu sudah di toucp-up dan di edit menggunakan Adobe Photoshop. Guna skill yang tak berapa nak ada :')

FYI, kamera godang nih 'kuat' makan bateri. Ngap ngap ngappp.Heh bukan, maksudnya kena guna bateri power sebab kalau bateri murah macam Every.day (yang gambar kucing tu) nescaya 4 saat je dia hidup. Lepas tu terus innalillah. Dia memang tak layan bateri cikai dan murah-murah nih. *Wah ayat tak nak eksyen pulak kan? Panggg.


Image from t3.gstatic.com

Saya pernah try beli rechargeable battery brand Energizer. Tapi ketahuilah, battery jenis itu adalah tidak mencukupi kuasa. Fully charge pun kamera takmau hidup. Membazir je beli, dah la mahal -__-

Jangan tanya apsal kamera nih takde bateri khas (I mean kalau beli kamera kan biasanya dapat bateri sekali, kan?)

So, up till now terpaksalah guna bateri Energizer Lithium. Mahal memang mahal tapi tahan lasak lama. Kalau amik gambar sikit-sikit berbulan jugaklah tahannya. Tapi kalau bawak pergi holiday then snap gambar secara terus-menerus max 2 hari je tahannya. Ikut berapa lama kita on kamera tu.

:: Energizer Lithium ::

Normally price per Jacob's pack (pack of 2) RM16.90. Kamera nih memerlukan 4 biji bateri! RM33.80 demi 4 biji bateri :')
Tapi kalau beli kat Watson's per pack RM20.90 - mahal gila! Toksah la beli kat situ...heheheh. Kat Guardian, ICare and other pharmacies lain jual harga biasa. Tatau apsal bila sampai kat Watson's jadi mahal pulak. Hmmmm...pelik, pelik.

Tapi kalau masuk Watson's beli facial mask dia takpe, murah ;p
Ala setakat nak 'relax-relax'kan muka selepas 5 hari penat bekerja, setakat RM5 apalah sangat kan? nak beli facial mask La Mer manalah mampu

:: Watson's moisturising cucumber facial mask ::

Malam esok bolehlah mencantikkan merehatkan muka dengan mask nih. Lepas cuci and scrubbing tempek mask. Ahhhhh...syiookkk! Lepas tu feeling-feeling muka I halus mulus tulus auwww~

Majulah Watson's drug store (kecuali bateri Energizer Lithium!)

14 Jul 2010

Menikmati angin sepoi-sepoi bahasa di Puteri Harbour, Nusajaya

Sesat okeh nak pergi Puteri Harbour nih!
YB adalah tak terer jalan ke Nusajaya. Saya lagilah tak boleh harap, prapppp :p (0h nantilah tunggu tabung ayam penuh, akan ku beli seketul GPS).


:: Suasana sangat mendamaikan jiwa dan menenangkan minda ::

Eceh dan-dan buat ayat sedap! ;p
Ini kali ke-2 saya ke Puteri Harbour, Nusajaya. First time dulu pergi dengan family, bulan Januari @ Febuari kalau tak silap.
Tak banyak perubahan yang berlaku, masih lenggang. Kerja-kerja pembinaan di kawasan sekitar masih dalam proses.

Nak sampai ke Puteri Harbour, kena lalu kawasan bangunan kerajaan. Dah siap dah bangunan-bangunan kat situ. Cantik! Negeri lain mana ada pusat pentadbiran sendiri kan? Bangga kejap jadi rakyat Johor.
Ehh, tetiba? >.<


:: Kesian takde orang nak amikkan gambar, terpaksalah snap gambar kaki ::

Hengkau amik gambar haku, haku amik gambar hengkau. Pathetic gila! Muahahaha.
Kitorang memang takde buat apa kat situ, duduk je. Tengok laut. Tengok kapal persiaran. Tengok pokok. Tengok orang.
Dah takde tempat nak ngedet kat JB tuh, kehabisan idea sudah.

YB sibuk ajak tengok Eclipse.
Wajiblah saya tak nak, kang asyik dengar dia dok kutuk Edward dalam panggung. Tak ke haku sakit hati nanti? >.<


:: Muka mintak kena lempang...sangats kan? ::

Muncung-muncung gituh, ingat kau comel? Pangggggg! Adoiii...
I kan shy-shy cat depan kamera, apatah lagi bila YB yang amik. Terus I jadi pemalu ala-ala gadis Melayu terakhir. Auww~
Nak kena lempang lagik sekali? Amponnnn tanakkkk ;p


:: Muka budget cute muahahahah ::

YB nan hado bagi tempek gambar dia dalam blog, tapa hada haku kesah? Miahahaha.

Penulis: Der, lu tengok sini ah. Gua nak amik gambar lu nih

YB: Kata nak candid?

Penulis: Ala dah banyak gambar candid. Pandanglah sini, lu nih main-main la!

YB: Gua kan camera shy, lu amik jelah

Penulis: Eeeeiiii...leceh ah lu nih

YB: Yelah, yelah...gua pandang camera. Cepat amik (heeeeee sambil tersengih)

Terhasillah gambar di atas >.<


:: Kerusi pun jadikkk ::

Disebabkan takde orang nak tolong snap gambar berdua-duaan kami, terpaksalah set timer kat kamera :')
Motif nyorok belakang YB, biar nampak 'kecik'. Kah kah kah. Kejisss!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...