14 Jan 2011

"Assalamualaikum"

Jumaat datang lagi. Jadi sempena kedatangan hari Jumaat, hari mulia, penghulu segala hari ni, saya nak kongsi sedikit info yang saya dapat dari emel. (Thanx Tajah R sebab rajin forward emel kat aku hehe)

Sekadar renungan.

Sekadar berkongsi ilmu. InsyaAllah...

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? Apakah maksud disebaliknya?

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)

Baik gunakan "ASSALAMUALAIKUM" or "ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH"

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio IKIM (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut Ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata contohnya;
“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye”. Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”. Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan! Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam SMS atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesamalah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘. Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Sekian, semoga ada manfaatnya

Saya selalu taip "SALAM" untuk membuka bicara. It didn't bring makna yang elok (bermaksud 'selamat tinggal'). Jadi lepas ni kalau dah malas sangat nak menaip Assalamualaikum dengan penuh, kita ganti dengan As Salam, ya? :)

5 comments:

yaNa MaLeK said...

terima kasih kerana mengingatkan kite semua..saya pon sama selalu salam je..skng dah tau kena tukarr laa :)

aZr|n said...

thanks for sharing. if tak, dok hanyut taktau makna tiap2 butir.

cc said...

yana,
sama2...sharing is caring hehe


azrin,
sama2 jugak.
psstt..i loike ur new profile piccas. cuns hoccay! ampa dah kuruih la! :D

~ As ~ said...

yg psl bye tu, baru tau...

Wahida Shukeri said...

selalu gak guna salam ni..pasni kn tukar jadi as salam....thanks for the info..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...