9 Jan 2011

(Home made) Molten Chocolate Cake

I'm in the mood of main masak-masak (again tralala~). Selepas fluffy pancakes, bikin apa pula?

Teng...teng...teng!
(Bersiaran secara tunda bersama sayaaa ding dang ding dang Alexander)

Molten Chocolate Cake y'all!

Sumpah tak sangka langsung buat Molten Chocolate Cake ni senang NM! Setengah jam dah boleh siap. Ya, hidangan lazat ini ambil masa anda sebanyak 30 minit sahaja (penyediaan dan bakar).

Resepi diambil daripada Kak Rima (again!) heheheeh. Thank you for sharing this wonderful recipe :D (kalau pergi blog Kak Rima ni memang rasa nak try semua benda sebab gambar-gambar yang dia tepek amatlah mengghairahkan!)

Resepi 'Molten Chcocote Cake' (Kek Coklat Melimpah?)
250 gm dark choc (saya guna dark compound choc) -dadu
50 gm mentega -dadu
1/2 cawan gula
4 biji telur
1/4 cawan tepung (saya guna tepung super fine)
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh esen vanila

Note: Cari dark choc yang bagus ya uols bagi supaya rasa keknya melets!


Cara:
Panaskan oven 180C
Gris ramekins dengan mentega dan tepung.
Cairkan mentega dan coklat, double boiling technique. Ketepikan.
Pukul gula dan telur sehingga kembang.
Masukkan coklat yang telah dicairkan ke dalam adunan gula dan telur yang telah kembang.
Masukkan tepung, serbuk koko dan esen vanila ke dalam adunan. (Step yang ni kacau guna spatula je tak payah pakai mixer)
Bakar 10 minit dan hidangkan ketika warm (if sejuk tak melets uols!)


Fresh from the oven. Keadaan kek sejurus selepas dikeluarkan daripada oven. Biarkan 5 minit sebelum dihidangkan.

Tips: Kikis bahagian tepi kek dengan pisau so senang bila nak diterbalikkan atas serving plate.


'Salji'kan (*vomit - amponnn Kak Isz :p) gula aising dan serbuk koko sebagai hiasan. Tidak dilupakan juga si strawberry dan resberry yang sexy.


Cucuk kek secara manja dan 'lite-lite' supaya dapat memberi laluan kepada coklat cair di dalam kek mengalir perlahan-lahan dan tumpah ke luar :p

I gave this Molten Chocolate Cake 5 stars. Tersangatlah sedap tahap makan sambil nangis HA HA.

9 comments:

reena said...

waaaaaaa tak tahan tgkkkkk!

flowerella said...

harus akak try lepas ni.. *beria beli ramekin ari tu...*

mamaDhea said...

perghh.. meleleh ayaq liuq atas kibod.. huhu..

kena beli ramekin laa pasni nampaknyer.. :D eh, guna loyang kecik2 takleh ke?

cc said...

Reena,
Nt next time i buat, i bg u rasa k ;)


Flowerella,
Hoh dah ada ramekins! Wajib try kak nong, bukan harus lagi kekeke


Mamadhea,
Not sure la blh jd ke x takut dlmnya masak sgt, dah tak jadi pulak..hehe. Ramekins tu blh beli kat baking shop @ kat hypermarket pun selalunya ada. Sy beli kat BWY seketui rm3.50 je :D

Liyana said...

Ni kalau dessert kat hotel or fine cafe sudah kena berapa ni :)

IreneYaya said...

Ooo Em Geee!!! Sedapnyaaaaa.... How meh nak melaksanakan azam 2011 ginie?

cc said...

liyana,
hg standard utk MCC ni kat restoren yg agak standard rm25++ kot. buat sndr modal berapa je, dpt 4 ketui plak tu..kekeke


Ireneyaya,
sekali dlm seminggu xpa kot =P

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

subhanaALlahhhhh

Shahirah said...

Akak, ramekins tu saiz ape ye?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...