31 Jan 2011

Kampung ku dinaiki air (read: banjir)

Lintas langsung dari YP, Johor. Keadaan kampung halaman selepas hujan tanpa henti semenjak hari Rabu yang lalu.

Keadaan rumah jiran sebelah tepi...

Keadaan rumah jiran belakang rumah (jiran merangkap Pak Imam kat kampung)...

Tadi sempat berborak dengan isteri Pak Imam. Depa dah siap-siap alihkan barang ke tempat yang lebih tinggi (and depa pun kelihatannya seperti dah bersiap sedia untuk pindah ke Pusat Mangsa Banjir yang dah mula dibuka).

Rumah-rumah jiran belakang rumah memang cepat naik air sebab muara sungai. Yang paling hujung dan paling dekat dengan sungai tu lagilah, air banjir dah naik paras peha.

Keadaan rumah jiran depan rumah...

Air parit memang dah melimpah ke sebelah kawasan yang lebih rendah. Bayangkan aje lah 6 hari hujan tak mahu berhenti.

Mujur rumah mak kawasan tinggi...

Rumah Jah Mon atas bukit. Feeling-feeling duduk pulau kalau kawasan sekeliling dah start dinaiki air. Siap ada pokok kelapa kat depan rumah, tak ke ko rasa macam duduk kat Malibu? KAH KAH.

Lebih kurang jam 6 petang tadi hujan baru berhenti. Gerimis pun tidak. Alhamdulillah. Mudah-mudahan air parit dan sungai sempat surut sebelum hujan turun lagi.

5 comments:

reena said...

Bebbb teruk juga kampung u banjir ye? Fuhhh nasib baik rumah Jah Mon atas pulau Malibu.

yah-senbest said...

harap2 air smpt surut before cecah paras electric box. aminn. klo x bergelap gulita la ko na hahaha

alizan75 said...

siapa yg dokong budak tu....
mcm kenal jer....tp lupa lak nama nyer....heheeheee

swit@kon said...

be careful babe.
rumah makcik i kat melaka pun dah naik air tahap buku lali.

take care k.

mamaDhea said...

jejage okie.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...