10 Jan 2011

Kenapa Faizal Tahir kena menang AJL25?

Sukacita saya nak membalas komen seorang adik (ke hakak?) yang call radio Era pagi tadi regarding dia tak suka Ana Raffali menang AJL25 malam tadi.

Saya quote komen dia (lebih kurang macam ginilah bunyinya);
Saya tak minat la lagu Tolong Ingatkan Aku tu. Saya tak faham isi lagu tu and kenapa dia nyanyi macam tu, ehh saya pun tak tau la nak komen apa (sambil gelak-gelak di hujung ayat).

Lepas tu Pak Nil balas;
Haaa awak pun tak faham kenapa awak tau suka, tapi juri faham dik kenapa lagu tu diangkat sebagai juara. Habis awak nak siapa jadi juara?

Adik (ke hakak?) tu jawab;
Saya nak Faizal Tahir menang. Tak ada orang buat persembahan macam dia Pak Nil...

(Saya terus tukar channel radio lain)

Sebab? Gua ANNOYED gila dengan cara dia komen! Muahahaha. Like seriously? Confident pulak call radio kasi semua orang dengar komen dia tu -___-"

Macam vangang je komen Ana Raffali tak patut menang sebab ko tak minat lagu dia? Lepas tu Faizal Tahir patut menang sebab suara and persembahan dia best (kat mata ko). Hadekkk (ke hakak?) ko tengok AJL baru tahun ni ke? Juara bukan dinobatkan ikut suara dan persembahan je dik non. Melodi dan lirik tu yang memainkan peranan penting. Penyanyi cuma 'mewakilkan' komposer dan penulis lirik untuk lagu yang terpilih.

IMHO, lagu Hanyut tak ubah macam lagu-lagu Faizal Tahir yang lain. Dari segi genre lah. Selamat Malam, Sampai Syurga dan Maha Karya Cinta lebih kurang je melodinya. Rock. Campur. Ballade.

On the other hand, lagu Tolong Ingatkan Aku sesuatu yang refreshing. Saya sangat setuju dengan status/komen FB milik Ogy Ahmad Daud. (kalau nak baca sila cari sendiri :p)

Kes tak minat seseorang artis tu bukannya alasan yang logik untuk kita tak suka sesebuah lagu itu diangkat sebagai juara. Macam itulah sebaliknya. Setuju? Tidak?


P/S:
Gua tak kisah siapa pun yang menang sebab juri yang memilih dan menobatkan lagu Tolong Ingatkan Aku tu bukan calang-calang orangnya dalam industri muzik. Tak kan lah bodoh-bodoh je depa nak bagi lagu tu menang kan?

9 comments:

inarshad said...

CC utk ketua juri AJL26!

reena said...

i second kak inarshad! ehhehehe.

i plak prefer Drama King as juara. sebab walaupun i tak suka MUH (i team Lan. haha BIAS), tapi lagu tu memang power bagi i. cuma sayang malam tu lagu tu diperform kureng mantap skit. i think kalau la Lan yang nyanyi, maybe ada chance jadi juara.

agree. ni bukan pertandingan artis mahupun performance artis (tp tak dinafikan performance memainkan peranan). ni pertandingan lagu.

mamaDhea said...

saya setuju.. eh eh.. tp mmg vangang laa org yg kol radio tue..

i.s.z.a.n said...

inarshad:
i'm abt to say the same, VOTE FOR CC AS KETUA JURI AJL26!! (sila bg akak menang sebab akak nak start blajar main guitar pastu nak taruk kat utube :P)

cc said...

undilah saya sbg YB anda! *hinss hinss

hahahaha tetiba sgt!


reena,
suara black agak kureng ms nyanyi lagu drama king. time lagu sofea jane best pulak. i team Lan jugak. Boooooo Taja :p

Noryanti said...

Sengal jugak..nama anugerah tu kan Juara Lagu..Bukan Juara Penyanyi ataupun Penyanyi Popular..hmmm

Sayang.Ibu said...

gua x tengok sampai abes, pasal gua nak kena bgn pukul 5 pagi, kalo tengok sampai abes, gerenti gua tido lmbt, then terbabas sampai matahari mencanak..yer.. gua mmg mcm baby, tido x bley kurang, terlebey xpe.. hahahahaaaa

eddie dewanaga said...

...gua suka Anna Raffali, sebab dia melampau cute, tentang lagu, gua gila lagu Sofea Jane, berhantu lagu dia dan berpuaka beb.

Lia @ Norli (Mamarempit) said...

penonton M;sia ni..masih tak sedar...mereka patut di sedarkan....hahaha...eh..bukan...mereka patut "diingatkan"

tolong ingatkan mereka...Juara lagu...bukan utk juara cam ABP...ada pahammmm kaaa adek manissss

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...