3 Jan 2011

Ketika memandang ceiling

...aku terfikir bertuahnya jadi diri aku. Banyak sebab kenapa aku kata macam tu. Banyak sebab kenapa aku perlu bersyukur dengan setiap kurniaan-Nya.

Ok aku bagi contoh.

KERJA
Berapa ramai orang kat luar sana yang tengah buntu cari kerja? Tak ada kerja? Ramai kan? Jangan kata SPM holders, degree holders pun payah nak dapat kerja sekarang.

Memilih?
Iya. Mungkin. Kalau tanya aku, memang aku memilih pekerjaan. To tell you the truth, aku jenis orang yang kerja based on MINAT. Sebab tu aku kata aku memilih kerja. Kalau aku tak minat kerja tu, mesti aku tak akan dapat buat yang terbaik.

Dulu aku pernah attend interview dengan c*mb bank, dah lulus first interview dan depa dah call untuk second interview dengan orang 'atasan'. Aku siap tanya person yang call tu, apa kebarangkalian aku nak dapat post tu. Tau dia jawab apa? More than 60 pencent. Kira ok la kan lebih daripada 50-50. Kakaka...

Tapi apa yang buat aku menolak untuk pergi second interview tu? Aku tak minat dengan job's descriptions yang diberikan masa briefing dengan senior. Duduk borak-borak dengan depa masa tunggu turn untuk ditemuramah. Post yang aku apply tu kutip hutang melalui panggilan telefon HA HA. Boleh bayangkan?

Aku bukan jenis yang boleh duduk diam kat satu tempat macam tu je. To make it worst, buat benda yang sama. Kerja bahagian call centre, what to expect kan? Harus la kerjanya call, call dan call orang :p. Mesti korang fikir "dah tau tak minat awat pergi interview mangkok?" Masa pergi interview tu tak tahu pun post apa dia nak bagi sebab guna 'cable' *jangan tiru aksi ini HA HA .

Dengar description kerja yang senior kat call centre dept tu bagi je sudah bikin gua tensi. Belum pun start kerja lagi. Rasa macam takda life pergi-kerja-balik-kerja tiap-tiap hari macam tu je. Dengar je dah tak boleh nak cope, apatah lagi kalau dah kerja. Kang baru kerja seminggu dua, dah berenti. Lagi menyusahkan.

Kerja tanpa minat memang tak akan mendatangkan apa-apa faedah. Serius.

Macam ex-classmates kat uni dulu, aku rasa berapa kerat sangatlah yang dah stable dan ada kerja tetap. Ramai yang masih tercari-cari kerja. Ada pulak yang dah tetap di private nak masuk gomen.

Ada sorang staff aku tu, cakap tak minat dengan kerja yang dia buat sekarang. Kalau korang jadi aku kan, bahasa apa paling elok nak cakap kat dia? Macam mana la dia boleh kata tak minat, tak bersyukur langsung sedangkan kat luar sana berpuluh ribu orang apply post dia tu. Sedih kan?

Macam kerja jadi cikgu. Adalah beberapa manusia yang aku kenal apply gstt/ kpli/ dpli disebabkan itu pilihan terakhir. Kerja lain susah nak dapat kata depa. Apply skim-skim tu sebab terdesak. Tiada minat mengajar mereka jadikan benda terakhir. Kesian bukan kalau manusia macam ni ditakdirkan jadi tenaga pengajar anak-anak kita?

Tapi aku tak kata semua, ada yang apply tanpa rasa minat tapi sesudah menjalani kursus minat tu timbul. Terbukak hati dan betul-betul ikhlas nak mendidik anak bangsa *waving at someone ;)

Sebab tu dulu aku tak ralat bila tak pergi interview gstt. YB bising-bising sebab aku lepaskan peluang pun aku pekakkan telinga je HA HA. Sebab aku tahu deep down dalam hati aku ni, aku memang tidak ditakdirkan untuk menjadi pendidik. Aku bukan orang 'bangsa' penyabar. Kang kalau dapat hati aku tak ikhlas, sia-sia je aku kerja tapi tak dapat pahala.

Eh panjang pulak aku membebel. Nak cakap pasal kena ada minat bila nak buat kerja je sebenarnya :p




5 comments:

Sayang.Ibu said...

ermmm... are u waving at me? tetibe perahsannn... eheh

CikJJ said...

erkk..sudah tentu bukan waving pd sy kan..T__T

reena said...

tak minat jadi cikgu jugak sbb tak reti nak ajaq org. hehe.

mamaDhea said...

at some point, saya agak bersetuju.. :)

cc said...

sayang.ibu,
hakak cikgu bdedikasi xyah waving pun xpe ;)


cikjj,
lalala~


reena,
same here. plus tak penyabaq


mamaDhea,
thank you :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...